Wednesday, 31 October 2018

"RASA NAK MAKAN ASAM PEDAS LAH'

Throwback Ahad lepas.
On the way balik dari JB, laki kita ngidam nak asam pedas. Nak masuk Melaka, dah terlepas. 


Makanya beliau suruhlah Mamajuju google kot ada kat belah2 Nilai. So terjumpa laa Empire Assam Pedas ni. Tengok star rating pun 4 setengah dari 5. 

Perut pun tengah lapar kann. Pekena pulak dengan asam pedas yang cukup serba-serbi rasanya. Laki sampai macam nak hirup kuahnya kasik licin.
 
Yang lain2 kami orderlahh lauk sampingan telur dadar & kailan ikan masin. Budak2 nak ABC. Kat sini ada jugak cendol tapi tak larat nak order banyak2, kang tak habis. 

Overall makanan sedap. Korang kot terlalu nak cuba, waze aje nama kedainya. InshaAllah akan berjumpa.

Nota kaki: Dah masuk Nilai, memang amek kesempatan laaa ajak laki pegi kedai karpet murah, Carpet Prima. Hihi.

#throwback #weekend #reviewasampedas








Thursday, 25 October 2018

HANYA DIA, SELAMANYA DIA..

Dalam hidup ni kan akan sampai satu tahap kita akan berhenti berharap pada orang. Minta tolong pun kadang dah jadi rasa tak perlu sebab kita akan tahu perasaan tu akan rasa lebih kepada banyaknya kecewa dan hampa.

Bukanlah nak kata kita tak perlu siapa2 dalam hidup. Tapi ada masa yang diperlukan itulah yang kadangkala susah kita harapkan. Jadi harus kita perbuat apa?

Sabar & yakin selalu pada diri yang kita sebenarnya mampu lakukan sendiri jika keadaan mendesak. Set dalam kepala jangan pernah meletakkan harapan yang tinggi pada manusia. Selagi mampu buat dengan kudrat sendiri, buatlah.

Selalu bermohon pada Allah agar selalu diberikan kesihatan dan kekuatan tubuh badan yang baik supaya dalam keadaan apa sekalipun kita tetap gagah melangkah. "Kau tanak tolong? Aku buktikan aku mampu lakukan sendiri."

Manusia tidak selalunya salah jika tidak menolong manusia lain. Yang menjadi salah bila mana kita sebagai manusia meletakkan pengharapan yang tinggi pada manusia lain melebihi pengharapan kita kepada Allah.

Di mana kekuatan yang harus kita cari? Di sisi Dia yang Maha Mendengar segala rintihan kita. Kerana Dia sebaik-baik tempat kepergantungan kita.

Love, Mamajuju

#CelotehMamajuju

Tuesday, 23 October 2018

MANFAAT HINGUS SEMASA SELESEMA



Hingus ataupun disebut sebagai *“Nasal Mucus”* akan muncul semasa selesema. Ada yang tertanya-tanya, perlu ke mucus ni datang semasa selesema? Menyusahkan betul, ye tak? 😅
.
Hakikatnya, mucus sangat-sangat diperlukan oleh badan kita. Fungsi dan jasanya terlalu besar, lagi-lagi semasa selesema menyerang. Nak tahu apa fungsinya? Teruskan baca.
.
Melembapkan rongga hidung
Memerangkap bendasing seperti habuk, bakteria/virus ataupun
agen jangkitan yang masuk ke hidung semasa bernafas.
Sebagai lapisan perlindungan (immunity badan)
.
Semasa selesema atau batuk, mucus tu akan menjadi tebal/pekat dan bertukar warna menjadi kuning atau hijau, yang kita sebut sebagai hingus atau kahak. Itu tandanya kuman dan bakteria telah terperangkap di dalam mukus tersebut.
.
Jadi, berterima kasihlah kepada hingus dan kahak. Mereka banyak menolong badan kita melawan penyakit!
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Monday, 22 October 2018

KEBAIKAN MINYAK HERBA ASMAK

Ehh ehhhhhh lama tak update blog ni. Baru tinggal brape hari je dah berhabuk bersawang ni? Hiks. Ok, last time Mamajuju ada share kan macam mana lahh boleh kenal dengan Minyak Herba Asmak ni. 

So post kali ni macam nak share apa yang best sangat minyak asmak ni ek?  Kalau tanya kita sejujurnya minyak ni memang kita dah guna untuk macam2 hal dah.

Kang anak dah start batuk2, cepat2 sapu. Kadang kita sendiri pun rasa nak selsema berekon sepanjang kat ofis, dok tenyeh2 dengan minyak ni, rasa sedap je. Nak2 kalau ada hari sakit kepala, dapat urut2 dengan minyak ni memang nyaman.

Dulu2 guna dekat 2 Abdul ni untuk semput je tapi lelama bila dah serasi tambah pulak boleh untuk macam2, memang jimatlah. Ada satu botol untuk rawat macam2 sakit yang tak memudaratkan. Dah kadang lebam sana sini terjatuh terhentak kaa, perut tak sedap macam sebu keee..memang mencapai minyak ni dulu.

Bukanlahhh kata tak suka ubat klinik. Cuma pakai apa yang ada dulu kat dalam rumah ni kan? Hihi..


 

Friday, 5 October 2018

Doktor Tak Bertauliah

Apa kes ni? Ni cerita hampir 3 tahun lepas sebenarnya, 2016 camtu.. Time 2 Abdul kita kecik lagi. Kesian weyh tiap kali batuk, sampai datang semput. Doktor sampai dah pesan, tengok diagfram kalau ke dalam sangat cepat2 datang klinik amek neb. Kadang tu memang mak mentua rajin buatkan bawang putih bakar, tumbuk2 pastu campur dengan olive oil. Bertuah punya menantu bukan nak buat sendiri kan? Huhu..

Pastu mak mentua kita ni pulak kaki shopping online. Rajinlah beliau cari2kan minyak untuk cucu2nya. "Nah, ko cuba sapu kat Mueed & Rauff, kot ok ke. Mak jumpa kat online." Kita dok sapu2lah tiap kali budak2 ni batuk. Mula2 tu memang macam tak perasanlahh kesan dia kan..tapi dah masuk dalam botol ke-3 tu, eh ok pulak. Sebab nampak memang kekerapan pegi klinik amek neb tu dah tade. Kalau tak doktor memang dah kenal sangat datang klinik sebab apa. Huhu..

Then, cuba2lah mencari kot ada stokis2 terdekat kalau nak cuba2 jadi agen. Masa ni memang tak tahu lerrr kenapa tertarik nak jadi agen. Sebab memang tak terfikir kenapa nak jual minyak untuk asma ek? Then jumpalah dengan Kak Lela & Kak Suzana agen sebelah Putrajaya. 

Then, mula dari situlahhh perjalanan kita sebagai agen under #TeamAsmak. 


Ok, nanti sambung mencecehhhh lagi ek. 

Love, Mamajuju 💋

Tuesday, 2 October 2018

Keropok Lekor, Aiskrim Malaysia, Kacang Pedas, Nasik Lemak

Tak tahulah dari mana datang darah meniaga. Mungkin dari arwah atok kottt. Memang sejenis suka berjualan. Teringat lagi zaman sekolah2 tolong mama jual keropok lekor & aiskrim mesia depan rumah. Belum kira lagi jual kacang pedas dekat sekolah. Siap ada persaingan, kawan sekelas jual gula2 arnab. Alahh yang boleh makan kertasnya tu. Hihi..

Pernah jugak tolong mama masa time kerja, sebelum kawen tapi weekend laa..Berjualan nasik lemak, mihun & kuih2 depan rumah. Tapi kejap on off on off pasal master chef kadang2 tak larat.

Kalau tak meniaga pun memang sejenis suka cari duit sampingan. Time baru2 kawen belum ada anak, kita buat home tuition laaa jahit beads lahhh. Biz silih berganti buat, Tapi biasalah bila kau tak fokus, caca marba semua jadi sekejap aje. Tapi..tapi..tapi belum givap lagi! Sampailahhh 2016 camtu Mamajuju berkenalan dengan Produk Asmak. Rasa2 macam dah ditemukan jalan yang betul. InshaAllah! 

Love, Mamajuju. 💋
 

Monday, 1 October 2018

Kisah muda-mudi, budak zaman 80-an





Kalau nak recall2 zaman dolu2 kan..kita ni anak sulong dari 5 orang adik beradik. Dibesarkan dari keluarga yang biasa2 aje. Mama kita surirumah sepenuh masa & abah kita dulu pernah berkhidmat dengan MAS tapi sekarang dah pencen rehat2 aje kat rumah. 

Time sekolah pun Mamajuju bukanlah tergolong dalam kalangan budak2 yang bijak pandai pun. Yang paling kelakar rasanya sampai sekaarang teringat, macam mana dari darjah 1 membawak ke darjah 4 matematik boleh fail?? Bhahahaha! Tapi masuk darjah 5 dan seterusnya dah ada kesedaran la nak belajar rajin sikit. Tapi dah kata kan kita ni budak biasa2? So apply IPTA memang tak dapat. End up bajet cita2 nak buat perubatan tapi dah kalau subject sains ko 'bijak pandai' sangaaaatt, celah mana nak dapatnya weyhh? Huahuahua..

Tapi Alhamdulilah berkat cukup2 makan tu lah, ada rezeki masuk MMU. Memula2 dari foundation sampai 1st year degree tu sakitlah sikit sebab PTPTN pun dapat ikot kadar yuran je. Faham2 lah bila masuk private ni kann. Sampai teringat dulu duit dah tade sangat ni, dapat makan kerak nasik + kicap kebetulan housemate tak abeskan, pun dah nikmat. Alhamdulillah.

Kita bila dah tau otak ni bukan jenis genius, baca skali ting teros masuk kepala otak kann, memang biasa akan belajar awal2, buat nota cantik, score dekat assignment, Alhamdulillah masa 2nd year degree, kita ditawarkan scholar oleh Yayasan Telekom Malaysia. Alhamdulillah! Dan bermulalah langkah berjaga2 mengekalkan CGPA supaya tak kena terminate. 

Life dekat MMU biasa2 aje. Kalau tak dengan housemate, dengan geng2 budak silat gayong. Honestly tak ramai kawan sebab jenis yang suka buat hal sendiri. Oh ya, kita dulu amek BBA (Hons) Finance with Multimedia. Kiranya budak management lahhhh. Tapi mungkin kita ni kalangan budak management paling selekeh sebab pergi kelas dengan T-shirt, jeans & selipar jepun. Time presentation ajelah pun cantik sikit. Tu pun kena perli. Lantak! Bhahaha..

Alhamdulillah course time tu cuma 3 tahun, takde praktikal. Kalau campur foundation, lagi setahun lah. So dalam 2008 camtu kita graduated. Jenis yang tak suka duduk saja2. Dalam masa yang sama dah tau habis study mesti TM panggil. So boleh dikatakan asyiklahhh keje call YTM bila nak panggil. Dalam nak panggil2 tu, sempatlah kerja sebulan dekat Delifrance. Memang suka cari pengalaman & dah biasa cari duit sendiri. 

So sampai ke harini adalah dalam 10 tahun lebih dah berkhidmat dengan TM. I LOVE TM! Hiks..

Love, Mamajuju. 💋