Friday, 9 April 2021

5 BOTOL SEKALI!


"Haritu saya beli untuk kakak. Baru-baru ni ada jiran dia tanya. Dia bagi yang dia punya. Lepas tu dah ramai yg nak, pening dah dia
" - Puan Yana, Sentul.


Kena sangatlah tu dah pening cari Minyak Herba Asmak ek. Hihi.

Alhamdulillah promosi mulut ke mulut bila produk berkesan kan? Dari sorang je cuba, melarat dekat orang lain sama.


Thursday, 8 April 2021

SELLER GUNA PRODUK SENDIRI, YANG MANA SATU?


Tengok dekat rak dapur madu kurma merah Asmak dah habis. So kita bukak yang baru. Tapi dalam masa yang sama, kita ju-al pr0duk ni.


Kalau korang yang mana satu?
1. Bayar macam kastemer beli.
2. Bayar kos modal je.
3. Diam2 amek je la free, rompak modal sendiri.

Jeng jeng jengggg...

Assalammualaikum! 🌹

Wednesday, 7 April 2021

JADI SEDERHANA ATAU KELIHATAN BIASA APA SALAHNYA?


Last time masa sesi dengan founder Asmak, beberapa amanat sebagai peringatan dipesan.

Buat bisnes sentiasa letakkan serba serbi Allah no. 1 & niat kerana Allah. Kalau kita rasa buat bisnes ni sampai melalaikan kita dengan dunia, muhasabah balik.

Tak salah pun kita nak capai apa kita nak dalam hidup. Semua orang ada impian kan? Cuma jangan dimomokkan hal bisnes ni dengan perkara semuanya indah-indah belaka.

Contohnya kalau bukan stok kita, kita up macam stok kita. Kalau bukan sales kita, kita up macam sales kita. Biarlah nampak sederhana sesuai dengan usaha yang memang kita betul-betul kerjakan sendiri dengan kerja keras tulang empat kerat kita.

Ya, Asmak memang tak janji bulan bintang, sampai khinzir pun boleh terbang. Tapi InshaAllah berkat konsisten, ianya menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Tuesday, 6 April 2021

TENTANG SEDEKAH.

Bila tengok orang mintak sedekah, jangan serabut kepala nak fikir:


✅ Badan sihat lagi tak cari keje ke? Kita tak tahu dah berapa banyak tempat dah diminta, tapi satu pun belum berhasil.
✅ Kalau orang tua, mana anak-anak dia tak tolong, biar mak ayah mintak sedekah? Kita tak tahu kalau anak-anak pun struggle meneruskan kehidupan mereka.
Fikir banyak-banyak, fikir bukan-bukan, takut-takut dari kita nak cari pahala, langsung dapat pakej dosa.

Kita mampu, kita beri.
Tak mampu, kita doakan.

Monday, 5 April 2021

SEMANGAT PAGI!

Kita kuat bukan sebab kita punya kudrat tulang empat kerat.


Kita positif bukan sebab kita tak pernah rasa negatif.
Kita tenang bukan sebab kita tak pernah rasa gusar.

Tapi kita kan ada Allah, tempat kita meletakkan kepergantungan dan pengharapan kita?


Sunday, 4 April 2021

ANAK SULUNG.


Ingat, bahu anak pertama itu harus kuat.


Dada anak pertama juga harus lapang.
Apalagi kamu perempuan.

Selalu kuat dan semangat terus ya? 🌹

Saturday, 3 April 2021

ASMAK FAMILY ESSENTIAL KIT.


"
Akak selalu be_li yang 50ml tu. Tapi Asmak ada 3 saiz kan? Nak be_li yang set tu terus."

Bila kastemer suka standby Minyak Herba Asmak macam-macam saiz ni sebenarnya bukan untuk kegunaan sekeluarga untuk kemudahan sendiri je.

✅ Boleh buat set permulaan sekeluarga.
✅ Nak hadiahkan untuk kawan-kawan, sedara-mara, adik beradik yang bakal menimang cahaya mata.
✅ Set untuk dihadiahkan kepada pengasuh, nurseri, taska, tadika dan di sekolah pun boleh.

Set ni boleh jadi pelbagai guna untuk kebanyakan masalah terutamanya memberi keselesaan pada bayi sehingga dewasa untuk tidur walaupun dalam batuk kahak & selsema.


Friday, 2 April 2021

MAK-MAK SEBELUM ADA ANAK DENGAN SELEPAS ADA ANAK.

 

Uiiiiii....mak-mak uiiii banyak tak beza kita nak bersiap sebelum ada anak-anak dengan bila dah ada anak tu?

Moga Allah sentiasa permudahkan urusan mak-mak sekalian uiiii...🥰


#MamajujuKongsi

Thursday, 1 April 2021

HATI-HATI BILA BERKATA-KATA.

Jangan kita rasa bila kita lebih tua, serba-serbi kita betul sampai tak boleh menerima teguran yang baik dan pandangan orang lain. Semua manusia tak sempurna.

Aku tak berapa pandai bab agama ni. Tapi sama-samalah kita fahamkan potongan surah Al-Asr ayat 1- 3 ni:

"Demi Masa!"
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian."
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Hargai masa yang kita ada terutama dengan mereka yang rapat dengan kita supaya tak ada yang menanam sifat benci pada sikap kita kerana mulut sendiri yang tak pernah berusaha menjaga hati dan perasaan orang lain selagi mana ia tak memudaratkan.