Monday, 29 July 2019

ALPA SEORANG ISTERI


Kita semua faham cabaran seorang isteri yang kebanyakkannya dah tak sama dengan zaman mak2 kita dulu.

Tapi wahai para isteri yang solehah. Mamajuju cakap ni pun untuk diri kita sendiri. Adakala kita lupa kannn di mana tempat kita sebagai isteri jika kita mahukan syurga-Nya. Walau besar mana pun gaji, tinggi mana pun pangkat kita, balik rumah suami adalah ketua keluarga yang perlu dihormati.

Faham sangat kadang kita sebagai isteri contribute mungkin ada yang lebih tapi jika kita ikhlas, dalam hati kita takkan ada sedikit pun rasa tak bahagia tu sebab kita niat bekerja sebab nak bantu keluarga dan ringankan beban suami kan?

Faham segala kepenatan dan tekanan. Tapi Allah itu Maha Baik. Pasti ada ganjaran buat kita bila kita berbakti pada orang2 yang kita sayang.

Dan Kadang-kadang kita sebagai isteri kena fikir macam ni setiap langkah kaki kita ke arah kejayaan itu adalah kerana doa dan redha seorang suami.


#CelotehMamajuju #selalukuat #selalupositif #workingmum #solutionconsultant #mamajujuatwork

Tuesday, 23 July 2019

KENA PAKSA!

"Macam manalah nak jadi rajin exercise macam zu ni?"

"Jeles tengok hari2 zu exercise."

Tuhan je yang tahu macam nak memaksa diri ni untuk workout. Dia lebih mencabar bila buat sorang tak ada geng. Ada kan yang rasa macam tu?

Nak tahu apa rahsia? Antara bebelan kepada diri sendiri bila ada hari yang malas sangat nak workout. 👇👇👇

"Ko kata badan berat, sakit lutut. Dah tu nak biar terus sakit ke? Asyik bagi alasan lutut sakit tanpa usaha buat apa2 nk kurangkan?"

"Ko tak suka tengok rumah sepah2 & kotor, nak mengemas guna tenaga. Kalau badan tak fit, penat sikit ko dah ngeluh. Belum kira lagi dengan marah2nya. Sebab penat kan?"

"Keje kat ofis ada masa menjengkelkan. Nanti ko sendiri yang cepat stress."

Kita lebih tahu kelemahan dan kemampuan kita. So ubah mana yg boleh ubah sebab semuanya dalam mindset kita. Dah kalau 40x kali ko dah guna mantra malas, mmg malaslah jadinya.

Exercise ni terapi diri sebenarnya. Macam kita solatlah. Kalau kita tak solat, carilah hiburan yang macam mana pun, ianya bersifat sementara. Tapi dengan solat dan mencari tuhan, datanglah keadaan yang bagaimanapun InshaAllah kita akan sentiasa tenang. 🤗

Nota kaki: Tetiba teringat MyKori. Throwback la dulu kisah beberapa bulan yang lepas makan dgn geng mmu. Haihhh.. 😂😅

#CelotehMamajuju #fitmalaysia #fitwithmamajuju #workoutahome #myminiworkoutarea

CERITA PETANG


Bila nampak laki kita masuk
dapur tengah godak2 dalam besen kecik. Rupanya nak buat jemput2. Dia tak suruh kita. Agaknya dia fikir dh 2 harini kita duduk rumah sambil keje sambil jaga anak2, bawak pegi klinik, penat.

Sebenarnya takdelah penat mana. Walau ada hari2 tertentu memang penat tapi macam mana penat pun bini ni, tetap ada sikit tak sampai hati, nak buat jugak even mulut tu ada masa kumat kamit bebel sorang2 kann..😂 So kita offer nak gorengkan. 🤗

Kadang kita kena fikir macam ni lah..tolenrasi hal2 sekecil ni buat kita tak sedar yang sebenarnya utk hal2 lain yang Allah permudahkan adalah kerana kita mengembirakan hati orang lain especially isteri, suami dan ahli keluarga kita. Belum kira lagi keramatnya doa suami dan ibubapa kita yang mengiringi perjalanan hidup ni.

Pernah tak rasa bila kesulitan kita tetap rasa berlapang dada? Mana tau kan ade orang sekeliling kita yang makbul doanya untuk kita.

Nota kaki: Jadi tak syiok bila dh tolong gorengkan, termakan skali pulak. Ayuh ke mini gym untuk rutin petang ni! 😂😜

#CelotehMamajuju #selalukuat #selalupositif #binifit #tamakpahala

KERJA MEMANG TAKKAN PERNAH HABIS.


Selagi hidup, kerja memang takkan pernah habis. Belum kira setiap hari nak go thru 'negotiation day' dengan 2 Abdul ni, tak termasuk bapak kepada 2 Abdul ni.

Bersyukur dengan apa yang Allah beri. Sekurang-kurangnya kita tak ada masa nak mencari cerita tentang kehidupan orang lain yang tak sepatutnya. Apatah lagi nak menjadi tuhan menghukum orang lain mengikut hukuman kita.

2 hari ni Mamajuju kena pakai 2 topi, sebagai seorang wanita bekerjaya, then jururawat peribadi kepada anak2. Ni baru anak2 yang sakit tau. Kalau bapak dier sakit, uiii lagi manja kalah baby. 😂 Tapi itulah salah satu gudang pahala kita jugeee.. 😘

#assalammualaikum #selamatpagi #selalukuat #selalupositif #gambarthrowback #gellwellsoon2Abdul

Monday, 22 July 2019

NAK KATA, KATALAH!

Sesiapa pun boleh bercakap apa mereka suka tentang kita tak kira yang baik atau buruk.

Dan kebanyakannya ada yang kita sendiri susah nak kawal.

Apa yang kita boleh kawal adalah cara kita menerima dan respon terhadap segala kata-kata orang terhadap kita.

Kita hidup ni pun tak hadap dek puji dan tak mati dek keji. Kalau kita nak melayan semua yang orang kata, satu keje tak jadi nanti.

Anggap sajalah semuanya untuk kita ambil iktibar mana yang baik dan kita perbetulkan mana yang tak baik dalam diri kita ni.

Kita manusia. Bukan malaikat. Setiap kesilapan yang kita lakukan adalah pelajaran baru untuk kita lebih improve. Jangan benak sangat ulang kesalahan yang sama udah lerr..

Aku cakap ni pun untuk ingatan diri sendiri jugak. Kadang ada masa nak ke petang tu datang jugak benak diri sendiri ni.😂

So chill & move on! 😉🤗

#CelotehMamajuju #selalukuat #selalupositif

Monday, 8 July 2019

REVIEW NAWAWI'S COTTAGE

Bila first time guna apps #OYO, plan nak cari tempat cuti yang hanya untuk santai-santai sambil spend lebih masa dengan anak-anak. So tersangkutlah dengan Nawawi's Cottage ni.

Ini memang first time datang sini. Bila tengok harga dekat OYO pun RM75 semalam dengan ada pool yang memang jadi feveret 2 Abdul, tak tunggu, terus book.

Bilik selesa dan presentable. Untuk Mamajuju asal selesa nak tido, mandi, solat dan yang penting anak2 enjoy, tu dah cukup. Soal makan, sebelah tempat ni ada restoran suka bumi tapi tak pasti kenapa tak bukak. 😅

So sampai hari Ahad semalam, dinner makan nasik ayam gemas, dalam 6km je jarak. Then pagi tadi husband keluar dalam pukul 7.15am cari breakfast dekat medan selera berhampiran. Kalau tanya Mamajuju, tak susah cari makan dan tempatnya takdelah terlalu dalam ke ceruk cuma lalu kawasan perkampungan mcm tu. Ada je room service kalau nak order tapi faham2 sendirilah rate standard hotellah. Hihi.. Cuma kalau yang tak selesa drive gelap2, betterlah keluar dinner awal. Ada je lampu jalan, tak la gelap mana. 😊

InshaAllah semestinya rasa nak datang lagi. For those yang sukakan ketenangan, tengok kehijauan bolehlah cuba tempat ni.
















#ShortVacay
#MamajujuGoTravel
#MamajujuTravelRevie