Sunday, 4 July 2021

TERINGAT ZAMAN SEKOLAH

Dulu masa zaman sekolah aktif KRS laa..PKBM laut laa. Salah satunya join kawad tengah panas.


Masa tu muka berbelak ke apa lantak! Tapi bila abah asyik tegur nampak sangat berbelaknya, beli jugalah fair n lovely. Masa tu famous tau brand ni. Memang cepat putih balik & bajet dah bersih sangatlah muka tu. Time sekolah pakai je la ek apa ada.


Bila dah besar & dah keje mulalah sikit2 dengan ada tonerlah, moisturizer, sunscreen termasuk skrub. Ikotkan hati malas betholll nak buat rutin skincare ni. Tapi bila umur dah makin meningkat, boleh rasa dengan keringnya & mula ada jerawat halus tu. Sekarang ni skrub muka 2-3x seminggu tu mesti guna.


Korang pulak, guna skrub tak?


#MamajujuKongsi

Saturday, 3 July 2021

MANJAKAN RAMBUT DEKAT RUMAH JE.

Masa hujung minggu bila tak terkejar masa nak punch in waktu masuk kerja, bolehlah berlamaan sikit membelai rambut.


Alhamdulillah rambut gugur & kelemumur dah berkurang sangat lepas guna Asmak Hair Care set ni. Hanya di rumah dah boleh dapat yang lebih kuat dan sihat. 


Assalammualaikum, good morning! 🤗🌹

Friday, 2 July 2021

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIR


Kita sendiri sebenarnya yang menarik apa sahaja energi yang datang pada kita.


Kalau kita banyak fikir positif , InshaAllah yang positif akan banyak datang pada kita. Tapi kalau sebaliknya, dalam tak sedar kita sendiri yang menimbulkan toksik dalam diri. Sama-sama kita muhasabah.


Assalammualaikum, salam Jumaat. 🌹


#MamajujuKongsi

Thursday, 1 July 2021

KORANG GUNA SKRUB TAK?

Penting ke tak skrub muka ni?


Kalau ikotkan nak menjaga muka ni tak adalah susah mana pun. Rajin atau malas je. Hihi. 


Yang jadi lecehnya bila nak mencari pr0duk yang sesuai dengan muka kita. Kalau salah guna & cuba, silap haribulan skin breakout.


Lagi satu tolonglah kaji betul-betul & ambil peduli. Jangan mudah terpedaya dengan pr0duk timbang kilo. Study dulu kandungan yang sebelum decide nak beli. 


Dah jumpa pr0duk yang sesuai dengan muka pun kulit masih kusam? Kita nak kena biasakan diri exfoliate muka sekurangnya 2 kali seminggu.


Ini untuk membuang sel kulit mati di permukaan kulit supaya kulit dapat menyerap kebaikan dan manfaat skincare dengan lebih baik dan efektif.


Bagi kebanyakan orang, membersihkan wajah dengan sabun sahaja sudah mampu untuk membersihkan kotoran pada wajah. Sebenarnya kita memerlukan lebih dari sabun bagi memiliki wajah yang halus, cantik dan berseri.


Antara kebaikan skrub pada wajah adalah seperti:


Menanggalkan sel kulit mati

Menganjalkan kulit

Mengurangkan masalah jerawat 

Mengecilkan liang-liang pori

Mengurangkan blackhead dan whitehead

Mencerahkan kulit

Mencegah penuaan kulit


Setiap dari kita memiliki jenis dan keadaan kulit yang berbeza-beza. Setiap perbezaan tersebut memerlukan pr0duk yang tepat untuk memastikan kulit tidak bertindak balas pada bahan yang mungkin sensitif untuk kulit kita. 


Jadi, pastikan dulu apa kondisi kulit anda sebelum memilih jenis skrub yang sesuai ek. 


Semoga bermanfaat! 🤗





#MamajujuKongsi

Wednesday, 30 June 2021

SALAH KE?

Apa salah dilihat sederhana? Apa salah dilihat biasa-biasa?


Kita gebang dekat socmed 'kekayaan' yang kita ada. Kebendaan yang kita nak miliki dengan duit kita yang 'banyak' sangat tu. Tapi hakikatnya? Yang tahu siapa kita je menyimpan seribu satu rahsia. 


Hidup ni memang realitinya bukan semua indah belaka. Tak berdosa pun jika dilihat tak sempurna sebab kita manusia. 


#MamajujuKongsi

Tuesday, 29 June 2021

JALAN TERUS!

Bila kita struggle dan kita mula berfikir untuk berputus asa, ingatkan diri kita tentang masih ada lagi sinar harapan & kepercayaan sesuatu yang baik, tak mustahil terjadi jika kita kekal sungguh-sungguh melakukannya dan terus melawan segala halangan yang datang semampu kita.


Percaya diri untuk kita capai apa yang kita impikan walau mungkin ada orang lain meragukan kemampuan dan meletakkan limit pada kita.


Mana tahu kan bila kita berjaya nanti, kita mampu memberi inspirasi pada orang lain untuk menjadi versi terbaik dalam diri.


Assalammualaikum! 🌹


#MamajujuKongsi

Monday, 28 June 2021

BUNGA RAYA BOLEH BUAT APA EK?

Alamakkk sampai naik berkeruping dekat kulit kepala tu! Rasa merenyam gatal-gatal tak payah ceritalah lagi-lagi masa berpeluh. Segan jugak bila berterabur dekat lengan baju.


Apa benda tu?


Rambut berkelemumur lerrr.


Kalau yang pernah alami, boleh faham situasi ni. Setiap kali sikat rambut tu, bukan main meriah kelemumur berterabur. Kalau sikit, boleh tahan lagi ek.


Bukan tak cari cara kan? Tapi mungkin belum jumpa yang sesuai. Sampailah ada yang rekemen Shampoo Bunga Raya ni. Ramuan bunga raya dalam shampoo ni mampu untuk bantu tingkatkan kesihatan pada kulit rambut. 


Seronoklah lepas ni kelemumur makin kurang. Jangan kata kelemumur, siap pakej haruman semerbak bunga raya dapat sekali.


https://wa.me/60193392160

https://wa.me/60193392160

https://wa.me/60193392160


#ShampooBungaRayaPlus

Sunday, 27 June 2021

KE MANA-MANA, HANGKUT!

Dulu masa 1st trimester pregnant, ke hulur ke hilir usung EO Refreshing Aromatherapy ni tau.

Bab paling tak boleh lupa penah sekali tengah isi minyak kereta, kalau ikutkan sebelum pregnant jenis suka je bau minyak kat pump station tu. Tapi bila awal pregnant dulu, bau menusuk je teros rasa nak muntah. Macam spontan tau.

Menggelabah masuk kereta cari EO ni. Bhahaha!

Mommies yang tengah mual-mual & mabuk kepayang tu cepat-cepat spare satu EO. InshaAllah membantu sangat!


Saturday, 26 June 2021

STRESS RESDUNG NI!

Sakit kepala bila bersin kuat sangat, dengan hidung berair lagi!

Tak ada yang suka mood bangun pagi jadi spoil bila setiap hari resdung makin menjadi-jadi.

Kalau dengan masa PKP ni nak urus rumahtangga, work from home & melayan PDPR anak-anak lagi, boleh jadi stress.

Ada yang terpaksa ambil mc kalau dan teruk sangat. Yela tak boleh nak fokus pada kerja-kerja harian kalau kepala tak bagi kerjasama.

Melainkan kalau awal-awal dah standby kapsul herba untuk resdung, Asmak Herbs. Cuba konsisten amalkan untuk legakan rasa tak selesa sebab resdung.

Lepas ni bangun pagi pun fresh tak ada sangat dah resdung terganggu. Bonus bila nak makan seafood dengan sambal belacan pun hidung tak gatal dah!


Friday, 25 June 2021

STOK TAK PERNAH MISS TIAP BULAN EK?

 


Sekarang kalau setok sampai, memang mintak abam poslaju letak sampai dalam.

Lepas dah spray, kita transitkan dekat luar sementara tunggu incik suami pulak bawak naik ofis untuk disusun.

PKP tak PKP, InshaAllah barang tetap re-stok setiap bulan sebab masih ada orang cari sebab keperluan untuk rawatan alternatif.

Thursday, 24 June 2021

MACAM MANA PDPR MAK-MAK BAPAK-BAPAK SEKALIAN?

 

Selalu pesan dekat 2 Abdul nanti tugasan PDPR dah siap, snap gambar & share dalam group homework.

Dah tenang-tenang lepas mama habis waktu kerja, baru mamanya upload satu-satu dalam GC.

Alhamdulillah anak-anak faham & boleh bawak diri buat dulu mana yang mudah faham. Yang tak faham, kalau memerlukan kefahaman mama nak bercampur baur dengan waktu kerja, samada sambung malam atau bawa ke weekend.

Dalam masa-masa gini, mama nak kena sama pastikan kesihatan mental mama pun stabil. Kesian dekat baby kat dalam ni pun yer jugak.

Jangan putus-putus untuk terus meminta pada Dia agar sentiasa dikurniakan ketenangan dan kesabaran walaupun ada hari memang akan diuji.



Wednesday, 23 June 2021

MACAM MANA BAGI SETEL RAMBUT GUGUR?

Bencilah tengok rambut gugur banyak-banyak berterabur atas lantai! Masalah yang biasa orang perempuan especially yang baru lepas bersalin akan hadap kan?

Kalau bertudung pun, semua perempuan nak juga tetap jaga kesihatan rambut tanak ada keguguran teruk. Tambah-tambah yg ada suami, mestilah nak nampak rambut sihat pakej wangi2. Walaupun berpeluh ketiak urus rumahtangga, segan kalau penampilan tak sedap mata suami memandang ek.

Macam-macam shampoo dah cuba. Yang murah yang mahal, organik tak organik tapi rambut gugur ni memang nak kena sabar bila cuba-cuba nak cari yang bersesuaian.

Sampailah satu masa jumpa Shampoo Bunga Raya ni. Bau wangi memang semerbak. Tapi bab paling suka bila perasan rambut yang dulu gugur banyak-banyak tu, lama-lama makin kurang. Kalau tak dulu, sampai boleh nampak 'denai' atas kepala ni.

Nak rambut cantik & sihat baik untuk diri atau suami tak semestinya kena spend mahal-mahal. Siap boleh buat terapi sendiri je dekat rumah. Kilatkan pulak rambut dengan minyak rambut sevenis hair. Bukan dapat rambut yang kurang gugur je, tapi sampai terteleng kepala suami nak cari apa bau yang mengancam & wangi sangat ni!




Tuesday, 22 June 2021

JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN LUARAN


Jangan tengok luaran orang bila senang seolah-olah dia tak pernah susah. 

Jangan tengok luaran orang bila banyak ketawa seolah-olah dia tak pernah menangis. 

Hidup pasti ada turun naiknya. Cuma ada yang memilih tak perlu berkongsi semua derita kita pada orang lain sebab dia percaya pasti dekat luar sana masih ada yang lebih susah dari dirinya sendiri. 

Cuma yakin dan percayalah segala susah yang kita pernah, telah & akan hadap atau harung, jika kita sabar, redha & tetap bersyukur dgn apa yg ada di depan mata, manisnya akan tiba. 

#MamajujuKongsi


Monday, 21 June 2021

SIKAP MANUSIA TAK ADA COMMON SENSE

Suami selalu pesan bila dapat barang, jaga elok-elok. Tak kisah barang mahal barang murah, jaga elok-elok. Tapi kadang-kadang ada jugak culasnya.

Sama juga dalam hidup ni, kalau kita rasa sesuatu perkara tu tak mendatangkan kepentingannya pada kita lagi, jangan sampai tak ada common sense dengan perasaan orang lain atau keadaan sekeliling.

Ramai yang suka pentingkan diri sendiri sampai tak peduli langsung keadaan sekeliling. Langsung tak peduli! Betul ke tak perlu ambil peduli sampai menyusahkan orang lain?

Kadang susah nak hadam apa yang orang lain fikir walau sesuatu perkara tu hal-hal asas kehidupan. Contoh bila berhutang tak perlu sampai orang yang bagi pinjam nak menagih. Atau guna barang orang, tak perlu sampai tunggu orang tanya bila nak pulang.

Basic kan tu? Soalan simple je. Tenang ke hidup tu? Jangan pura-pura.


Sunday, 20 June 2021

SELAMAT HARI ABAH!

Hari bapa ek harini?


Selamat Hari Bapa untuk abah Zainuddin Zaini, arwah abah mentua, Selamat Kasmuri dan soulmate yang kelakor, jadi tempat bergurau, berperang, menyakat incik suami Abdul Shukur Selamat.

Kenapa suami kita pejam mata sebelah pak mentua tu? Tido ke? Hihi.




Thursday, 10 June 2021

DAH SAPU MINYAK HERBA ASMAK DENGAN ANAK?


Kadang bila hari panas sampai berpeluh-peluh mulalah nak bukak kipas kuat sikit, turn on aircond lama sikit dari biasa. Tapi tak semua tahan lama-lama dalam sejuk kan?

Kalau baby lama sangat dalam sejuk, mudah kena batuk kahak & selsema. If dibiarkan, takut kahak jadi berlendir. Boleh dengar masa baby bernafas kuat tu nanti.

Sebaiknya standby rawatan alternatif & ikhtiar dengan Minyak Herba Asmak. Biasakan setiap waktu pagi & malam sebelum baby tidur untuk sapu dekat dada & belakang badan baby. InshaAllah dapat melegakan kahak berlendir anak.

Tekstur minyak yang mudah meresap dapat bantu bagi kelegaan yang lebih cepat & baby pun dapat tidur lebih lena.

Mak ayah pun InshaAllah tak ada sampai sembab-sembab mata berjaga malam. Ye la, bila tak cukup tidur nanti, nak bangun esoknya & mulakan rutin macam biasa pun lemau je nanti kan?


Wednesday, 9 June 2021

RAWATAN ALTERNATIF LEGAKAN BATUK KAHAK & SAKIT TEKAK

Setiap kali kalau prospek atau customer share masalah batuk kahak, biasanya selain sapuan luaran dengan Minyak Herba Asmak, Mamajuju suka nak suggest dengan set pelengkap Jus Asmak Gold sama.

Dulu-dulu memang rasa kesan tu dekat diri sendiri & famili je. Tapi Alhamdulillah ada yang pernah cuba dah rasa keberkesanannya.


Tuesday, 8 June 2021

NAK KURANGKAN GULA PUTIH?


Throwback l
unch haritu tunaikan permintaan si abang Mueed nak ayam masak lemak cili api. Si adik layankan je.

Bapaknya dah tahu pesen, ayam asingkan goreng je. Nanti dia amek kuah lemaknya. Mama teringin pulak sambal tumis telur.

Dah lama tak letak gula putih dalam sambal sebab ganti dengan 3 titik stevia. Apa kabar gula dalam bekas tu ek?

Monday, 7 June 2021

SIMPUL BIAWAK

Kalau yang biasa kena simpul biawak ni je yang faham 'feel' dia macam mana. Nak urut pun tak boleh, dia macam keras kejang tak boleh pegang. Biasanya jadi time tengah pregnant gini.

Kalau macam Mamajuju datang nak kena tu, masanya mesti nak dekat pagi sebelum masuk Subuh. Bila jadi tu terus terjagalah dari tido. Lepas tu dok main jari kaki sambil duduk tepi katil, baru pelan-pelan hilang.

Sekarang pun dah siap sapu Minyak Herba Asmak. Cuma tambahan pakai stokin panjang nak cuba-cuba kurangkan. Moga si 'biawak' ni kalau datang 'menyerang' pun tak perit sangat.

Nite!


Friday, 9 April 2021

5 BOTOL SEKALI!


"Haritu saya beli untuk kakak. Baru-baru ni ada jiran dia tanya. Dia bagi yang dia punya. Lepas tu dah ramai yg nak, pening dah dia
" - Puan Yana, Sentul.


Kena sangatlah tu dah pening cari Minyak Herba Asmak ek. Hihi.

Alhamdulillah promosi mulut ke mulut bila produk berkesan kan? Dari sorang je cuba, melarat dekat orang lain sama.


Thursday, 8 April 2021

SELLER GUNA PRODUK SENDIRI, YANG MANA SATU?


Tengok dekat rak dapur madu kurma merah Asmak dah habis. So kita bukak yang baru. Tapi dalam masa yang sama, kita ju-al pr0duk ni.


Kalau korang yang mana satu?
1. Bayar macam kastemer beli.
2. Bayar kos modal je.
3. Diam2 amek je la free, rompak modal sendiri.

Jeng jeng jengggg...

Assalammualaikum! 🌹

Wednesday, 7 April 2021

JADI SEDERHANA ATAU KELIHATAN BIASA APA SALAHNYA?


Last time masa sesi dengan founder Asmak, beberapa amanat sebagai peringatan dipesan.

Buat bisnes sentiasa letakkan serba serbi Allah no. 1 & niat kerana Allah. Kalau kita rasa buat bisnes ni sampai melalaikan kita dengan dunia, muhasabah balik.

Tak salah pun kita nak capai apa kita nak dalam hidup. Semua orang ada impian kan? Cuma jangan dimomokkan hal bisnes ni dengan perkara semuanya indah-indah belaka.

Contohnya kalau bukan stok kita, kita up macam stok kita. Kalau bukan sales kita, kita up macam sales kita. Biarlah nampak sederhana sesuai dengan usaha yang memang kita betul-betul kerjakan sendiri dengan kerja keras tulang empat kerat kita.

Ya, Asmak memang tak janji bulan bintang, sampai khinzir pun boleh terbang. Tapi InshaAllah berkat konsisten, ianya menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Tuesday, 6 April 2021

TENTANG SEDEKAH.

Bila tengok orang mintak sedekah, jangan serabut kepala nak fikir:


✅ Badan sihat lagi tak cari keje ke? Kita tak tahu dah berapa banyak tempat dah diminta, tapi satu pun belum berhasil.
✅ Kalau orang tua, mana anak-anak dia tak tolong, biar mak ayah mintak sedekah? Kita tak tahu kalau anak-anak pun struggle meneruskan kehidupan mereka.
Fikir banyak-banyak, fikir bukan-bukan, takut-takut dari kita nak cari pahala, langsung dapat pakej dosa.

Kita mampu, kita beri.
Tak mampu, kita doakan.

Monday, 5 April 2021

SEMANGAT PAGI!

Kita kuat bukan sebab kita punya kudrat tulang empat kerat.


Kita positif bukan sebab kita tak pernah rasa negatif.
Kita tenang bukan sebab kita tak pernah rasa gusar.

Tapi kita kan ada Allah, tempat kita meletakkan kepergantungan dan pengharapan kita?


Sunday, 4 April 2021

ANAK SULUNG.


Ingat, bahu anak pertama itu harus kuat.


Dada anak pertama juga harus lapang.
Apalagi kamu perempuan.

Selalu kuat dan semangat terus ya? 🌹

Saturday, 3 April 2021

ASMAK FAMILY ESSENTIAL KIT.


"
Akak selalu be_li yang 50ml tu. Tapi Asmak ada 3 saiz kan? Nak be_li yang set tu terus."

Bila kastemer suka standby Minyak Herba Asmak macam-macam saiz ni sebenarnya bukan untuk kegunaan sekeluarga untuk kemudahan sendiri je.

✅ Boleh buat set permulaan sekeluarga.
✅ Nak hadiahkan untuk kawan-kawan, sedara-mara, adik beradik yang bakal menimang cahaya mata.
✅ Set untuk dihadiahkan kepada pengasuh, nurseri, taska, tadika dan di sekolah pun boleh.

Set ni boleh jadi pelbagai guna untuk kebanyakan masalah terutamanya memberi keselesaan pada bayi sehingga dewasa untuk tidur walaupun dalam batuk kahak & selsema.