Penting ke tak skrub muka ni?
Kalau ikotkan nak menjaga muka ni tak adalah susah mana pun. Rajin atau malas je. Hihi.
Yang jadi lecehnya bila nak mencari pr0duk yang sesuai dengan muka kita. Kalau salah guna & cuba, silap haribulan skin breakout.
Lagi satu tolonglah kaji betul-betul & ambil peduli. Jangan mudah terpedaya dengan pr0duk timbang kilo. Study dulu kandungan yang sebelum decide nak beli.
Dah jumpa pr0duk yang sesuai dengan muka pun kulit masih kusam? Kita nak kena biasakan diri exfoliate muka sekurangnya 2 kali seminggu.
Ini untuk membuang sel kulit mati di permukaan kulit supaya kulit dapat menyerap kebaikan dan manfaat skincare dengan lebih baik dan efektif.
Bagi kebanyakan orang, membersihkan wajah dengan sabun sahaja sudah mampu untuk membersihkan kotoran pada wajah. Sebenarnya kita memerlukan lebih dari sabun bagi memiliki wajah yang halus, cantik dan berseri.
Antara kebaikan skrub pada wajah adalah seperti:
Menanggalkan sel kulit mati
Menganjalkan kulit
Mengurangkan masalah jerawat
Mengecilkan liang-liang pori
Mengurangkan blackhead dan whitehead
Mencerahkan kulit
Mencegah penuaan kulit
Setiap dari kita memiliki jenis dan keadaan kulit yang berbeza-beza. Setiap perbezaan tersebut memerlukan pr0duk yang tepat untuk memastikan kulit tidak bertindak balas pada bahan yang mungkin sensitif untuk kulit kita.
Jadi, pastikan dulu apa kondisi kulit anda sebelum memilih jenis skrub yang sesuai ek.
Semoga bermanfaat! 🤗
#MamajujuKongsi
No comments:
Post a Comment