Sunday, 4 July 2021

TERINGAT ZAMAN SEKOLAH

Dulu masa zaman sekolah aktif KRS laa..PKBM laut laa. Salah satunya join kawad tengah panas.


Masa tu muka berbelak ke apa lantak! Tapi bila abah asyik tegur nampak sangat berbelaknya, beli jugalah fair n lovely. Masa tu famous tau brand ni. Memang cepat putih balik & bajet dah bersih sangatlah muka tu. Time sekolah pakai je la ek apa ada.


Bila dah besar & dah keje mulalah sikit2 dengan ada tonerlah, moisturizer, sunscreen termasuk skrub. Ikotkan hati malas betholll nak buat rutin skincare ni. Tapi bila umur dah makin meningkat, boleh rasa dengan keringnya & mula ada jerawat halus tu. Sekarang ni skrub muka 2-3x seminggu tu mesti guna.


Korang pulak, guna skrub tak?


#MamajujuKongsi

Saturday, 3 July 2021

MANJAKAN RAMBUT DEKAT RUMAH JE.

Masa hujung minggu bila tak terkejar masa nak punch in waktu masuk kerja, bolehlah berlamaan sikit membelai rambut.


Alhamdulillah rambut gugur & kelemumur dah berkurang sangat lepas guna Asmak Hair Care set ni. Hanya di rumah dah boleh dapat yang lebih kuat dan sihat. 


Assalammualaikum, good morning! 🤗🌹

Friday, 2 July 2021

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIR


Kita sendiri sebenarnya yang menarik apa sahaja energi yang datang pada kita.


Kalau kita banyak fikir positif , InshaAllah yang positif akan banyak datang pada kita. Tapi kalau sebaliknya, dalam tak sedar kita sendiri yang menimbulkan toksik dalam diri. Sama-sama kita muhasabah.


Assalammualaikum, salam Jumaat. 🌹


#MamajujuKongsi

Thursday, 1 July 2021

KORANG GUNA SKRUB TAK?

Penting ke tak skrub muka ni?


Kalau ikotkan nak menjaga muka ni tak adalah susah mana pun. Rajin atau malas je. Hihi. 


Yang jadi lecehnya bila nak mencari pr0duk yang sesuai dengan muka kita. Kalau salah guna & cuba, silap haribulan skin breakout.


Lagi satu tolonglah kaji betul-betul & ambil peduli. Jangan mudah terpedaya dengan pr0duk timbang kilo. Study dulu kandungan yang sebelum decide nak beli. 


Dah jumpa pr0duk yang sesuai dengan muka pun kulit masih kusam? Kita nak kena biasakan diri exfoliate muka sekurangnya 2 kali seminggu.


Ini untuk membuang sel kulit mati di permukaan kulit supaya kulit dapat menyerap kebaikan dan manfaat skincare dengan lebih baik dan efektif.


Bagi kebanyakan orang, membersihkan wajah dengan sabun sahaja sudah mampu untuk membersihkan kotoran pada wajah. Sebenarnya kita memerlukan lebih dari sabun bagi memiliki wajah yang halus, cantik dan berseri.


Antara kebaikan skrub pada wajah adalah seperti:


Menanggalkan sel kulit mati

Menganjalkan kulit

Mengurangkan masalah jerawat 

Mengecilkan liang-liang pori

Mengurangkan blackhead dan whitehead

Mencerahkan kulit

Mencegah penuaan kulit


Setiap dari kita memiliki jenis dan keadaan kulit yang berbeza-beza. Setiap perbezaan tersebut memerlukan pr0duk yang tepat untuk memastikan kulit tidak bertindak balas pada bahan yang mungkin sensitif untuk kulit kita. 


Jadi, pastikan dulu apa kondisi kulit anda sebelum memilih jenis skrub yang sesuai ek. 


Semoga bermanfaat! 🤗





#MamajujuKongsi