Thursday, 6 December 2018

MUAK!

Sekarang ni bukan ada geng bawang je kan?

Geng mak2 full bf vs mak2 fm.
Geng mak2 surirumah vs mak2 bekerja.


Yang dua geng kalau dapat dihagolkan kepala masing2 baru nak berhenti bersaing2 nak bercakap geng mana yang paling hebat. 

Ehhh ehhh kita ni sesama perempuan menda macam ni pun nak compare ke? Dah takde menda lain ke nak compete kalau yer pun? 

Muak la weyh!
Cubalah belajar hargai apa pun kelebihan dan kekurangan semua mak2 dalam donia ni. Kita ni perempuan walau lemah kudrat pun tolonglah jangan lemah sangat mental buang masa nak fikir hal2 macam ni. 


Baik fikir nak besarkan anak2 kee..nak jaga suami cantik2 depan suami keee..buat apa yang kita suka & minat dalam hidup ni keee. Apa-apa je la yang bermanfaat yang dapat tambah nilai hidup kita sebagai wanita. 

Come on! Dah nak masuk 2019 ni!
Tak marah, cuma rasa nak smackdown je dengan isu2 mcm ni yang tak sudah2. 😪

 
#LoveYourself #BeProudForWhoYouAre #SyukurSelalu

Wednesday, 5 December 2018

MENJADIKAN WAJAHMU LEBIH BAIK




Kaisa Skincare bukanlah produk yang menjanjikan haaa besok muka dah putih melepakkk...haa lusa dah licin epal kulit muka. Kaisa adalah produk untuk kulit yang diproses secara semulajadi 

Meh Mamajuju share sedikit info ringkas :

Kaisa Skincare adalah produk kecantikan berasaskan bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia berbahaya iaitu:

🌺Habatussauda 🌺Aloevera 🌺Vitamin C 🌺Ekstrak Yis 🌺Minyak Argan 🌺Sakura 🌺Rose

Bernotifikasikan KKM dan SELAMAT uiii...
So macam mana Kaisa Skincare berfungsi pada kulit wajah chuolllsss itewww?

+Membersihkan kulit wajah anda
+Mencerahkan kulit kusam
+Menegangkan kulit muka
+Memudar dan menghilangkan parut dan jeragat
+Mengecutkan dan mencegah jerawat
+Menanggalkan sel-sel kulit mati ,blackhead dan whitehead
+Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru
+Melembapkan kulit wajah
+Mengecilkan liang pori
+Melicinkan dan melembutkan kulit wajah
+Menjadikan kulit wajah awet muda
+Mengelakkan penuaan
+Menjadi pelindung dari pencemaran udara
+Memulihkan kulit dan mencantikkan kulit wajah


Dalam Kaisa ni ada 4 item iaitu:
✓ Facial Cleanser 60 ml (NOT170501342K)
✓ Serum FaceCure 30ml (NOT170501345K)
✓ Foundation FaceFood 3 in 1 20g (NOT170501343K)
✓ Night Cream FaceRest 20g (NOT170501344K)


Tak nak ke kulit wajah yang halus, bebas jerawat, jeragat, licin dan cantik semulajadi? Mesra wuduk pulak tu?

Mamajuju dah pakai. Korang bila lagi? Nak cuba dulu pun kita ada #set #trial tau! 🤗
 
#KaisaSkinCare #MenjadikanWajahmuLebihBaik #NaturalSkincare #SkinCare #BukanProdukTimbangKilo

Monday, 19 November 2018

UNTUK DIRI, KEPUASAN DIRI, BANGGA DIRI ATAU BERSAING?





 
Kadang rasa sedikit meluat bila ada puak2 yang pergi bersukan ni tak kisah laaa yang workout dekat rumah dekat gym kee...bila badan dan jadi cantik sikit, mulalah rasa proud sangat. Dah pandailah nak komen2 orang ni badan gemuk, orang ni tak pandai jaga makan. 

Yang rasa lagi menyampah eh ko pun pernah gemuk kan? So tak perlu nak memandang orang lain yang gemuk tu macam hina sangat. Tak kurang juga yang suka nak membanding2kan badan sendiri dengan yang lebih gemuk dari dia. Come on lah!

Bila kita mula nak transform badan kita jadi lebih fit & sihat, tolonglah betulkan niat tu. Kalau awal2 niat ko dah salah, memang tak ke mana lahh. Nak masuk pertandingan ratu cantik ke?  Atau ratu kebaya? Yang tu lain cerita. 

Kita memang tak gemar betul bila rasa badan dah cantik sikit, ada shape sikit mulalah rasa bangga. Mula nak banding2 badan siapa lagi cantik. Tujuan kita nak bersukan biarlah badan selalu ada stamina, sentiasa fit. Nak uruskan rumahtangga, tak cepat penat, beribadah jadi lebih mudah di samping nak berusaha kekal sihat. Bukan sebab nak bersaing dengan sesiapa pun! Annoying tau tak?

Dan untuk mereka yang nampak orang terdekat kita ada ikhtiar nak mulakan gaya hidup sihat tu, janganlah diperlekehkan. Bagilah kata2 semangat. Ni tak..tau nak kecam je. Mulalah keluar ayat, "Alahh kejap je tu..", "Gemuk takpe janji happy." Weyh apa ni? Kalau orang tu nak cuba slim untuk fit & sihat, cakap yang murni2 boleh tak? Kalau dia dah pilih jalan nak turunkan berat badan maknanya mungkin dia tak happy badan dah berat, sakit tapak kaki serba-serbi faham?

Buat yang betul2 nak berusaha turunkan berat badan, bersukan & jalani gaya hidup lebih fit & sihat, buktikan korang boleh. Jangan hangat2 tahi ayam je nanti. Buktikan cakap2 orang yang perli2 tu semuanya salah!

Ehhh tak marah laaa..geram je sampai rasa nak hayun dumbell 10kg ni. Bhahahah!

Nak buat apa, buat untuk diri sendiri sebab kita sayang diri sendiri okay?

Love, Mamajuju 💋

ANDA HAMIL? ELAKKAN DARI TERKENA JANGKITAN HFMD

Secara fitrahnya, seorang wanita yang hamil wajib mengelakkan diri dari terkena apa jua jenis penyakit.
.
Begitu juga dengan HFMD. Sentuhan yang mampu memindahkan virus yang menyebabkan HFMD perlu dielak.
.
Bagaimanakah Virus HFMD Disebarkan?
.
Virus HFMD adalah disebarkan melalui sentuhan secara langsung (close contact) dengan cecair yang keluar dari hidung dan mulut, air liur, cecair dari gelembung kulit yang pecah, ataupun najis mereka yang dijangkiti.
.
Apa Terjadi Bila Wanita Hamil Dijangkiti HFMD
.
Jangkitan tersebut akan menyebabkan gejala yang sederhana atau tiada langsung. Namun, virus tersebut berisiko untuk dipindahkan ke bayi jika wanita tersebut dijangkiti betul-betul sebelum kelahiran.
.
Setakat ini, sangat jarang bayi yang baru dilahirkan mengalami gejala yang serius sehingga menyebabkan kematian, namun risiko jangkitan yang serius adalah tinggi semasa 2 minggu pertama selepas kelahiran.
.
.
Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat! 🤗

Friday, 16 November 2018

LA TAHZAN


Setiap langkah kaki kita dalam hidup ini jika diduga sekecil-kecil atau sebesar-besar dugaan, yakinlah Dia takkan pernah menduga lebih dari apa yang kita mampu.

Dia Maha mengasihi & Maha mengetahui akan sesuatu yang ditimpakan kepada hamba-Nya untuk menguji sejauh mana kita beriman pada-Nya.

La Tahzan. Allah itu sebaik-baik perencana. Dikau takkan pernah sendiri menghadapinya.

Love, Mamajuju 💋

#selalupositif
#selalukuat
 
 

HAPPY 15TH BIRTHDAY!


 

2003. 

Tahun aku SPM. Tahun budak ni lahir. Teringat last paper kimia, mama masuk ICU, jiran2 tolong tgkkn dia sementara aku jawab exam. Habis exam semak lebih kurang dan berlari cepat2 balik rumah.

Esoknya bermula tanggungjawab aku yang berbeza. Belajar mandikan & uruskan baby. Nenek jiran sebelah selalu pesan, "Nak mandikan adik nanti panggil nenek." Tapi tak suka susahkan orang, cuba buat sendiri. Bila mama dah discharged, kita mula belajar masak orang pantang. Hikmahnya bila ada anak sendiri, kita tak kekok nak urus anak. 

Ada juga yang suka tanya, "Berapa bulan anak ni?" Ehhhh ingat aku tua sangat ke?? 🤣🤣🤣

Selamat hari jadi 15 tahun adikku @_zulaikhaaa ! Rajin2 belajar, jgn jadi mcm kakak ko yang main2 & sengal ni. Bhahaha! Moga segala impian dan cita2 menjadi kenyataan. ❤️

Tak mintak banyak, jangan cantik dari aku je. WAKAKKAKAKAKAKAK! 😂

#15thbirthday #myyoungestsister


Thursday, 15 November 2018

APA KATA PENGGUNA?


Customer beli hari Isnin lepas sebab baby 4 bulan #SELSEMA . Semalam feedback anak tido lena lepas sapu #MinyakHerbaAsmak

Sebab tu Mamajuju pun sukaaaaaaa sangaaaaat sapu minyak ni kat anak2!

Rugi kalau ada yang belum cuba lagi tau. 😍🤗

Jangan cakap Mamajuju tak penah kabor kebaikan minyak ni ek. 🙄

==>http://60193392160TeamAsmak.wasap.my/
==>http://60193392160TeamAsmak.wasap.my/
==>http://60193392160TeamAsmak.wasap.my/

@minyakherbaasmakgombak

#APA_KATA_PENGGUNA

#AsmakByMhamsb
#MinyakViral
#AdaKKM