Wednesday, 5 February 2020

EKZEMA ANAK KURANG, TANGAN MAMA LEMBUT

Bukan tangan mama je lembut sama. Alhamdulillah cantik sikit mama tengok kulit kaki Rauff.

Haritu saja je kebetulan nak check si Mueed tak sihat, tanya doktor sekali kaki Rauff ni teruk ke?

Tapi doktor cakap biasakan sapu lotion yang bukan ada bahan-bahan kimia ni sebab budak ekzema memang tak boleh kering. Bila kering jadi gatal, tu yang sedap dia keruk.

Walau mama ni jenis pemalas pakai lotion dekat diri sendiri tapi anak punya hal, terus rajin. Konsistenlah dalam 2 minggu ni setiap pagi masa siapkan dia pegi sekolah, balik taska & sebelum tidur.



https://NakCubaProdukAsmak.wasap.my

#CelotehMamajuju
#StokisAsmakGombak

DILEMA SEORANG MAK YANG BEKERJA

"Macam anak dia sorang je lah sakit."
"Asyik keje EL je dia tu. Alasan anak sakit."
"Tengok tu. Minggu ni dah berapa hari asyik masuk keje lambat."

Sedih tak bila ada rakan-rakan sekerja mommies membawang macam ni?

Ada ke mommies yang suka tengok anaknya tak sihat dek kerana batuk kahak lambat sembuh?

Ingat rasa tenang ke kita sebagai mommies yang bekerja nak anta anak ke taska dalam keadaan tak sihat?

Dah tu bunyi pulak makcik bawang yang lain pulak, "Nasib baiklah aku tak keje. Tak adalah risau sangat sebab bila jaga anak sendiri. Hamboihhhhh mulut ko...

Eh tade mommies yang tak sayang anak tau. Baik yang surirumah atau yang bekerja. Masing-masing susah hati bila anak batuk kahak berhari-hari.

Semua mommies nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mungkin salah satu cara melegakan keresahan di hati dengan persediaan awal stok minyak herba asmak.

Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Nampak je anak nak start batuk tu, sap sap sap depan belakang dada anak dengan hidung.

https://NakCubaProdukAsmak.wasap.my

Tuesday, 4 February 2020

TOLONG JANGAN SEPAK EH?


Baru ada peluang dengar audio sharing dari founder Asmak kita tentang macam mana nak buat orang kenal, lepas tu suka, then trust dengan kita.

Salah satu nak buat orang suka dengan kita adalah dengan bermanis muka.

So santai-santai petang kita bermanis muka sikitlah. Ke korang rasa nak penyepak dengan gaya begitu? Bhahaha!

#StokisAsmakGombak
#HanaBoosterSerum
#KaisaSkinCare

BAHAGIA YANG NI KENA CERITA DEKAT ORANG!

Alangkah bahagianya kalau ada rawatan alternatif dengan 1001 manfaat untuk satu keluarga kan?

Dari bayi sehingga dewasa boleh guna. Semua boleh sama-sama rasa kebaikannya dan jimat pulak tu sebab satu produk untuk semua.

Manalah tahu kannn ni salah satu cara lain untuk kita legakan masalah batuk kahak, selsema, kembung perut, sembelit, sakit kepala, migrain, resdung, senggugut, luka kecil, terkena gigitan serangga, bengkak, lenguh dan lain-lain.

Ada bahan-bahan utama macam gamat gold, habatussauda, minyak kelapa & minyak kayu putih.

Harga mampu milik lagi kalau yang baru nak cuba. Sekecil-kecil cili padi 10ml pun ada.

Tapi kalau sambar belian RM39 ke atas dah dapat gift & siap keahlian Asmak Member Club (AMC) secara automatik. Syiok sebab banyak manfaat bila dapat AMC ni.

Eh tapi produk apa ni?
.
.
.
.
Semestinya Minyak Herba Asmak!

Monday, 3 February 2020

CUBA DULU

"Yang kecil 10ml kan? Boleh hantar ke Selayang Baru?"

Begitulah wasap ringkas dari Puan Ayu lepak klik link wasap yang Mamajuju share dekat sosial media.

"Inshallah boleh puan. Nama saya Zu. Boleh saya terangkan sikit pasal minyak asmak ni."

"Eh takpe..sebelum wasap ni memang saya dah baca dulu info. Nak cuba ni pun sebab dengar minyak ni bagus untuk masalah batuk kahak & selsema. Kebetulan anak memang tengah tak sihat ni."

"Alhamdulillah betul tu puan. Dalam minyak ni ada gamat gold, habbatussauda,  minyak kayu putih dan minyak kelapa dara."

"Cuma ada saya ternampak orang cakap ada kandungan haiwan dalam minyak ni? Cemas jugak saya dengar ni! Binatang apanya letak dalam minyak. Macam pelik je?"

"Owhhh...tu gamat la tu Puan. Gamat tu kan sejenis haiwan. Memang ramai yang confuse bila nampak ada kandungan haiwan dalam minyak asmak ni."

Borak panjang lebar, Alhamdulillah Puan Ayu share location untuk Cod. Lepas beberapa hari, Mamajuju follow up balik.

"So far dah pakaikan dekat anak. Memang eloklah. Cepat je elok selsema & batuk dia. Hingus pun keluar lancar. Kalau tak hidung tersumbat. Sekarang selsema batuk semua dah tak ada. Cuma sapu minyak asmak je, tak ada bagi ubat minum."

Dalam hati, senyum kambing kita. Alhamdulillah.

https://StokisAsmakGombak.wasap.my

#StokisAsmakGombak

Sunday, 2 February 2020

MAHAL!


"Mahallah! Kenapa minyak nampak macam biasa je mahal ke?"


Terkesima kejap bila customer respon gitu lepas bagitau harga.

"Yang 10ml RM19 free postage tak?"

Terus rasa nak pengsan pulak. Macam nak berlari jauh dari planet bumi ini. 

"Puan cuba dulu. Bahan dalam ni macam habbatussauda, gamat gold, minyak kayu putih, minyak kelapa bukan bahan biasa-biasa. Semua dalam sumber yang berkualiti."

"Alah! Awak meniaga beli banyak-banyak tentu dapat murah."

"Kita ikot harga retail yang dah ditetapkan HQ puan. Tak ada istilah buang harga. Nanti dah jadi kes aniaya agen lain. Lagipun kebanyakan customer yang dah cuba, balik terus sapu berkali-kali terkejut tengok banyak lendir pekat keluar melalui, muntah najis dan hingus."

Lama customer diam, kita sambung cerita lagi.

"Zaman sekarang semua nak cepat kan puan? Ada masa bolehlah kita nak bakar bawang putih, tenyeh kunyit. Tapi time tak ada masa InshaAllah minyak asmak ni boleh bantu. Bukan setakat legakan masalah batuk kahak anak puan tapi jimat masa."

"Haaaa kalau puan cuba yang 30ml RM39 pun dah boleh pilih gift apa yang puan nak. Setiap pembelian RM30 pun dah dapat satu cop Asmak Member Club."

Gementar tunggu jawapan. Tapi akhirnya customer sambar yang 30ml. Alhamdulillah.

https://NakCubaProdukAsmak.wasap.my

#CelotehMamajuju
#StokisAsmakGombak

Saturday, 1 February 2020

URUTAN BUAT SI ABANG

"Ma, boleh tak tolong urut Mueed..?

Redup je mata dia mintak urut. Takut agaknya tengok mama penat nak suruh urutkan.

"Mueed sakit badan ke bawak beg berat?"

"Tak adalah. Mueed boleh. Cuma sakit sikit je."

Dia cuba tak nak cakap beg sekolah tu berat. Mueed tak cakap pun, mama tahu berat.

Tapi selalu cakap dekat dia mama abah pun dulu macam tu. Semua orang lalu fasa yang sama. Bukan tak kesian tapi tanak dia mudah sgt rasa susah untuk hal yang kecil-kecil.

Pelan-pelan mama urutkan pinggang & kaki dia. Bukan main dah macam dekat pusat urut, siap baca komik ko eh. Bhahaha!

#TheAbduls #AbdulMueedZaeem