Monday, 12 November 2018

KENAPA NAK PEDULI SANGAT?

Apalah yang kita nak peduli sangat pada orang yang tak tahu hargai kita? Kenapa nak kena terhegeh-hegeh dengan orang yang tak peduli pun kita ada ke takde? Yang selalu beralasan dengan kita selalu takde masa tapi dengan orang lain semua boleh je. Kan? 

Bukan bermakna kita ni tak perlu siapa2. Ya, semua orang ada life masing2. Tapi ramai lagi orang lain yang bukan hanya bersama kita saat diperlukan tapi bila2 sahaja tanpa ada agenda yang tersembunyi. Titik.

Jadinya apa? Move on saja. Jangan sampai yang tak pedulikan kita tu mencari kita semula hanya kerana yang lainnya dah dirasa tak membawa makna apa2.
Dalam apa pun perhubungan, kawan, family, mahupun perkahwinan kalau kita ikhlas melakukan apa saja tanpa ada tujuan mengharapkan apa2, percayalah yang datang balik pada kita semuanya bukan jadi terpaksa atau dipaksa demi menjaga hati sesiapa sahaja. 

Ok tu je nak cakap. Positif & happy selalu. Manusia pergi meninggalkan kita tapi tidak Dia. Kita cuba ok? 🤗

Love, Mamajuju 💋
 
#loveyourselffirst #keeppositive

No comments:

Post a Comment