Senang rasa hati bila rumah dah siap kemas, makan tengah hari dah siap masak. Marilah kita duduk2 rehat ambil nafas sekejap sebelum mula kerja seterusnya sambil baca perkongsian di bawah ni.
Secara umum untuk kedua jenis bisnes online dan offline,ini perkongsian dari saya.
1.Berdoalah kepada Allah dengan doa yang spesifik. Minta agar dikurangkan rasa malu dan diberikan keyakinan diri.
2. Kenali diri sendiri. Buat senarai kelebihan, kekurangan diri sendiri beserta cadangan mengatasi.
3.Tentukan minat terhadap bisnes dan cuba 'master' dengan apa yang hendak diusahakan.
4. Sekiranya anda seorang wanita dan masih mempunyai suami, sila minta izin suami terlebih dahulu. Lebih bagus libatkan pasangan agar dia tahu apa yang kita buat. Sekiranya dia seorang ekstrovert bolehlah dapatkan sokongan darinya.
5. Yakin dengan bisnes/ produk yang hendak diusahakan. Pendek kata kalau pelanggan tanya apa pun boleh jawab.
6. Yakin dengan diri sendiri dengan sentiasa memikirkan kata-kata motivasi dan nasihat dari mereka yang sudah berpengalaman.
7. Baca dan dengar pengalaman orang lain.
8. Sekiranya offline,tanamkan dalam diri yang anda nak bantu selesaikan masalah orang lain dengan produk tersebut jadi kenapa perlu malu?
9. Meniaga adalah sunnah nabi dan pekerjaan yang sangat mulia .Mereka yang berniaga pergantungannya terus kepada Allah berbanding dengan orang yang makan gaji ramai yang tersalah berharap kepada majikan semata-mata (bukan semua).
10. Jangan rasa kecil hati atau sedih jika tiada yang membeli atau jualan kurang memberangsangkan sebaliknya kaji kenapa jadi begitu dan berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa.
11. Tanya diri sendiri jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh?
Nor Fazilah Abd Mohd,
Mentor Usahawan, Ibu anak 5
Norfazilah.com
No comments:
Post a Comment