Thursday, 10 October 2019

YAKIN BOLEH!


Kadang memang susah nak ubah mindset orang ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Cuma kita tanya balik diri kita. Apa lagi impian kita yg kita nak buat sangat tapi selalu rasa malas, asyik2 penat, pantang letak kepala dah kroohhhh. Buat kerja sikit dah mengah2.

Tuan puan yang budiman masih belum terlambat nak ubah mana2 tabiat buruk kita dalam pemakanan. Mamajuju faham sebab ini yang Mamajuju sendiri juga lalu dulu.

Nak makan tak salah tapi kita tanya diri kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Betul segala aneka makanan sedap terhidang depan mata tapi memadai untuk kita ambil sesuai dengan keperluan kalori badan kita.

Cuba dulu. Diet dengan menjaga pemakanan dengan cara yang betul, Mamajuju jamin korang akan enjoy the journey! Semua bermula dari apa yang kita fikirkan dalam benak kepala kita.

Mamajuju bersyukur di kelilingi orang2 yang supportive. So bila diri rasa nak give up pun fikir banyak kali. Yang perli, kutuk itu biasa. Lelama senyaplah bilamana kita berjaya buktikan.

Teruskan niat kita ke arah yang lebih baik. Sayang diri kan? 🤗

Nota kaki: Kalau dah mula berjinak2 exercise pelan2 kot ade rasa sakit muscle sana sini, meh risik #FreshNCool dengan Mamajuju ok.

#fitmalaysia #fitwithmamajuju #selalukuat #selalupositif #RoadTo66kgForNormalBMI

Wednesday, 9 October 2019

THE MORE YOU DRINK THE MORE YOU SHRINK


Ramai rupanya nak tau. Tq for those yang like & nak tahu. Tahniah sebab korang selangkah lagi ke arah gaya hidup yang lebih sihat! 😍 So Mamajuju nak share apa yang dah coach ajar supaya korang pun dapat manfaat sama. 🤗

So siapa dekat sini yang sebenarnya dah mula start jaga makan? Betul2 konsisten? Ade tak yang rasa pening, mual2, sakit kepala atau cirit birit awal2?

Yes, tahniah sebab korang mengalami POSITIVE CLEANSING EFFECT. Ni satu perkara normal yg dihadapi oleh 5 dari 100 orang sebab badan start melakukan proses pembersihan semulajadi. Jadi kena buat apa? MINUM AIR PUTIH  SAHAJA.

Apa KEPENTINGAN AIR DENGAN NAK TURUNKAN BERAT ni? 🤔

Biasanya kita ni minum air time dahaga je kan? Tak pun takut tercekik masa makan. 😂😅 Badan hantar signal minum masa dahaga sebab dah rasa dehydrated. Tapi sebenarnya kita kena minum air sebelum rasa dahaga tu datang.

Kena faham yang 70% daripada badan kita ialah air. So penting kan air untuk badan kita?

Setiap 20kg berat badan perlu 1liter air. So contoh berat badan korang 50kg, bahagilah 20, so korang akan dapat berapa liter air putih yang korang kena commit utk minum setiap hari.

Lebih baik berulang-alik toilet sebab kerap rasa nak kencing dari buat perangai kencingkan orang.😂 Jadikan amalan tapi bukan air manis yer. Itu tak termasuk. Dapat kurangkan atau elak terus lagi bagus. 😊

Kalau rasa lapar, pergi minum air dulu. Sebab bila badan kita kurang air, badan tetap akan hantar signal "lapar". Tu yang rasa mulut nak mengunyah 24 jam tak berhenti2. 😅

So bila rasa lapar, jangan cari makanan dulu, tapi pegi minum air putih dulu. Kalau dah minum air, masih lapar, barulah boleh makan snack2 yg sihat.

Mamajuju pun dah cuba dan terus konsisten. Minum banyak2 ikot keperluan badan still lesap 6.4kg dalam masa tak sampai 2 bulan. Ni la salah satu rahsianya.

So.... THE MORE YOU DRINK, THE MORE YOU SHRINK. Mitos je tu kata minum air putih banyak jadi gemuk air laaa...apa laaaa. Dah tu yang korang minum air manis selambak tu tak nak buat jadi mitos jugak ke?

Semoga bermanfaat. Like, komen, share jika sudi. 🤗

#fitmalaysia #fitwithmamajuju #selalukuat #selalupositif #RoadTo66kgForNormalBMI #AirPutih #JomAmalkan