Wednesday, 9 October 2019

THE MORE YOU DRINK THE MORE YOU SHRINK


Ramai rupanya nak tau. Tq for those yang like & nak tahu. Tahniah sebab korang selangkah lagi ke arah gaya hidup yang lebih sihat! 😍 So Mamajuju nak share apa yang dah coach ajar supaya korang pun dapat manfaat sama. 🤗

So siapa dekat sini yang sebenarnya dah mula start jaga makan? Betul2 konsisten? Ade tak yang rasa pening, mual2, sakit kepala atau cirit birit awal2?

Yes, tahniah sebab korang mengalami POSITIVE CLEANSING EFFECT. Ni satu perkara normal yg dihadapi oleh 5 dari 100 orang sebab badan start melakukan proses pembersihan semulajadi. Jadi kena buat apa? MINUM AIR PUTIH  SAHAJA.

Apa KEPENTINGAN AIR DENGAN NAK TURUNKAN BERAT ni? 🤔

Biasanya kita ni minum air time dahaga je kan? Tak pun takut tercekik masa makan. 😂😅 Badan hantar signal minum masa dahaga sebab dah rasa dehydrated. Tapi sebenarnya kita kena minum air sebelum rasa dahaga tu datang.

Kena faham yang 70% daripada badan kita ialah air. So penting kan air untuk badan kita?

Setiap 20kg berat badan perlu 1liter air. So contoh berat badan korang 50kg, bahagilah 20, so korang akan dapat berapa liter air putih yang korang kena commit utk minum setiap hari.

Lebih baik berulang-alik toilet sebab kerap rasa nak kencing dari buat perangai kencingkan orang.😂 Jadikan amalan tapi bukan air manis yer. Itu tak termasuk. Dapat kurangkan atau elak terus lagi bagus. 😊

Kalau rasa lapar, pergi minum air dulu. Sebab bila badan kita kurang air, badan tetap akan hantar signal "lapar". Tu yang rasa mulut nak mengunyah 24 jam tak berhenti2. 😅

So bila rasa lapar, jangan cari makanan dulu, tapi pegi minum air putih dulu. Kalau dah minum air, masih lapar, barulah boleh makan snack2 yg sihat.

Mamajuju pun dah cuba dan terus konsisten. Minum banyak2 ikot keperluan badan still lesap 6.4kg dalam masa tak sampai 2 bulan. Ni la salah satu rahsianya.

So.... THE MORE YOU DRINK, THE MORE YOU SHRINK. Mitos je tu kata minum air putih banyak jadi gemuk air laaa...apa laaaa. Dah tu yang korang minum air manis selambak tu tak nak buat jadi mitos jugak ke?

Semoga bermanfaat. Like, komen, share jika sudi. 🤗

#fitmalaysia #fitwithmamajuju #selalukuat #selalupositif #RoadTo66kgForNormalBMI #AirPutih #JomAmalkan

No comments:

Post a Comment