Monday, 22 June 2020

GULA DALAM SEJARAH DUNIA

Sebelum kita berbincang tentang perbezaan antara gula perang dan juga jenis-jenis gula yang lain, mari kita imbau kembali sejarah gula dalam peradaban manusia.

Di benua Asia, gula mula dihasilkan di sub-benua India sejak zaman purba. Dari situ, penyebarannya mula berlaku sehingga ke Afghanistan masa kini. Penting untuk diingatkan bahawa gula bukanlah sesuatu yang mudah didapati mahupun murah ketika zaman purba.

Malahan, di kebanyakan bahagian-bahagian lain di dunia ketika itu, pemanis utama yang digunakan adalah madu. Asalnya, manusia awal mengunyah tebu demi mendapatkan rasa manis gula di dalamnya.

Mujurlah untuk penduduk Asia Tenggara dan sub-benua India, tebu merupakan spesis tumbuhan yang natif kepada kawasan tersebut, membolehkan penemuan ciri-ciri dan potensi tebu. Antara rujukan sejarah terawal berkaitan tebu boleh didapati dalam manuskrip Cina, dikatakan bertarikh sekitar abad ke-8 BCE.

Dalam tradisi perubatan tamadun India (Ayurveda), gula asalnya bukanlah sesuatu yang dikira penting sehinggalah mereka menjumpai kaedah untuk menukarkan gula daripada tebu menjadi granul kristal, memudahkan proses simpanan dan penghantarannya.

Gula dalam bentuk granul kristal ini mula ditemui pada zaman empayar Gupta sekitar abad ke 5 CE.  Pelayar-pelayar India yang membawa mentega dan juga gula ini kemudiannya bertindak mengajar pelayar dan pedagang lain yang mereka temui dalam perjalanan mereka. Tidak lama kemudian, sami Buddha yang bermusafir pula membawa ilmu penghasilan gula ini ke tanah besar China.

Kredit : Hellodoktor

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Artikel Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

======================

Untuk info lanjut tentang #Potonguler krimer pertama di dunia tanpa gula putih, jemput ke telegram samada untuk mencuba atau menjadi sebahagian dari Team Super MJ 👇👇👇

https://t.me/joinchat/Ay8uwB3D3jJ0qFv4_GrVow

#SayNoToGulaPutih
#StokisAsmakGombak

No comments:

Post a Comment