Tuesday, 23 June 2020

JENIS-JENIS PENIAGA

1. Peniaga geli-geli duit sayur.

Biasanya yang ni ada income tetap. Maksudnya seorang yang bekerjaya. Ade gaji setiap bulan. So meniaga ni geli geli je. Ada, ada. Tak ada pun I still ada gaji chuollss.

2) Peniaga dah cukup segala.

Tak kisah kalau tak meniaga pun, duit senang dapat baik dari suami atau mak bapak. Pendek kata nak apa, ting! Terhidang depan mata. Bisnes suka hatilah nak buat ke tak. Time rajin promote. Time tak rajin, bersawang socmednya. Sebab senang dapat apa nak kan?

3) Peniaga tak tahu nak apa

Jenis yang takde ciri-ciri dua di atas. Tak kerja tapi hidup senang pun tak. Tak tahu apa benda dia nak. Tapi asyik merungut susah & tak cukup. Teringin nak itu ini. Tapi usaha hangat-hangat taik ayam. Kadang tak usaha apa pun. Ke korang lebih tahu dia nak apa?

4) Peniaga lompat-lompat.

Suka lompat-lompat dari satu produk ke produk yang lain. Bila try jual produk tu dalam mase sebulan tak dapat 1 juta, bulan depan lompat produk lain pulak. Cenggitulah berulang-ulang. Tapi okay lah daripada peniaga yang tak tahu nak apa tu. At least ade usaha kan?

5) Peniaga yang ada matlamat.

Peniaga jenis ni kebanyakan memang fokus bisnes. Meniaga sebab nak bagi manfaat kepada orang lain. Nak happykan orang tersayang. Balas jasa ibu ayah. Bukan jenis meniaga sendiri, cuba nak cari team & bantu naik sama-sama. Biasanya jenis ni akan nampak progress pencapaian dia dari masa ke semasa. Dan ada juga yang bekerja tergolong dalam ni sebab mungkin sebagai next plan kalau nak berhenti kerja.
.
So.... Kalian yang mana?
.
.
Tak setuju takpa. Kita raikan perbezaan pendapat gitoohhhh..hehe..

#CelotehMamajuju
#StokisAsmakGombak

No comments:

Post a Comment