Showing posts with label bayi saya. Show all posts
Showing posts with label bayi saya. Show all posts

Wednesday, 12 December 2018

NAK GUNA UBAT GIGI APA YA UNTUK ANAK SAYA?


Harini #Mamajuju nak share mengenai pemilihan ubat gigi yang sesuai dengan si comel anda.
Takkan nak gunakan ubat gigi yang berbahaya untuk si comel anda betul tak? 

Dalam ubat gigi, kandungan yang penting adalah fluorida. Fluorida adalah bahan aktif dalam ubat gigi yang membantu mencegah pereputan gigi. Tetapi ia juga boleh membahayakan jika digunakan terlalu banyak. 

Sewaktu memilih ubat gigi, semak kadar fluorida yang tertera di bungkusan:

Kanak-kanak di bawah tiga tahun sepatutnya menggunakan ubat gigi dengan kadar fluorida yang rendah iaitu kira-kira 1000ppm (bahagian per sejuta).
Kanak-kanak berusia lebih tiga tahun boleh menggunakan ubat gigi biasa, dengan syarat kadar fluoridanya tidak melebihi antara 1350ppm dan 1500ppm.

Gunakan sedikit sahaja ubat gigi seperti dicadangkan dan galakkan si comel meludah semula. Jika anda ikuti garis panduan ini, ubat gigi berfluorida rendah dan ubat gigi biasa adalah selamat digunakan, termasuklah di mana jika fluorida telah dicampurkan di dalam air.

Menelan sejumlah besar fluorida boleh merosakkan gigi, menyebabkan warna gigi tidak sekata, malah boleh juga menyebabkan muntah-muntah dan cirit birit.
Elakkan juga memilih ubat gigi dengan perisa buah-buahan supaya anak-anak anda tahu ubat gigi bukanlah makanan.
Jika si comel masih lagi menelan ubat gigi, bertukarlah kepada jenama yang mempunyai kadar fluorida 550ppm atau kurang.
Lepasni dah tahu dah nak pilih ubat gigi yang sesuai untuk si comel anda. 😊

Jadilah ibu bapa yang bijak dan peka.

Next post Mamajuju akan kongsikan cara menggosok gigi si comel anda dengan betul

Stay tuned !

Love, Mamajuju 💋
 
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #UbatGigiUntukBayi

Sumber : Babycenter.com

Tuesday, 11 December 2018

BILA SAYA BOLEH MULA MENGGOSOK GIGI ANAK SAYA?


Ibu bapa mana yang tak teruja bila tengok si comel mereka mula tumbuh gigi. Bila si comel sengih nampak gigi yang cute tu hehehe. 🤭

Tapi dalam teruja tu ibu bapa kena tahu bahawa gigi si comel sudah perlu penjagaan yang baik.

Mulalah membersihkan gigi si comel anda 2 kali sehari sebaik sahaja giginya muncul. Pentingnya penjagaan ini dari kecil adalah untuk membiasakan rutin ini dengan si comel anda.

Besar kemungkinan gigi pertamanya adalah gigi hadapan di sebelah bawah, yang tumbuh ketika si comel berusia enam bulan. Terdapat sebilangan kecil bayi yang dilahirkan dengan sebatang gigi yang telah tumbuh. Ada juga bayi yang masih belum tumbuh gigi sewaktu berusia setahun.

Pada usia kira-kira dua setengah tahun, si comel anda sepatutnya mempunyai 20 batang gigi susu.

Sebaiknya andalah yang menggosok gigi si comel sehingga usianya tujuh tahun. Pada usia itu dia akan mampu menggosok giginya sendiri dengan baik. 😊

Nanti #Mamajuju akan kongsikan berus gigi yang mana sesuai untuk si comel anda.

Stay tuned 😊

#InfoByAsmak #MinyakHerbaAsmak

Sumber : Babycenter.com