Monday, 24 February 2020

WORKOUT TIME LUNCH HOUR LECEH??


Ada yang tanya soalan macam ni tiap kali Mamajuju pegi gym...

"Tak susah ke nak mandi?"
"Sempat ke pegi, tak kelam kabut?"

Dia macam ni. Buat apa pun kalau awal-awal dah set benda tu susah memang akan susah jadinya. Kita adalah apa yang kita fikir.

Masa kita, pandai-pandailah kita urus. Kebiasaannya lunch hour, Mamajuju ambil masa 30 minit workout then 30 minit nak setel semua.

Tak lunch ke? Mamajuju sejenis yang ok untuk multitasking dalam satu-satu masa. So curi masa kalau makan sambil sambung keje.

Pegi gym kat ofis ni pun depends. Kalau tak clash dengan meeting, boss tak ada nak jumpa, tak ada urgent keje kena submit by sekian waktu, kita pegilah.

Kalau ada terguna masa keje, biasanya zu akan ganti balik samada datang lebih awal, balik lambat sikit, atau time malam lepas anak-anak dah tidur, kita buatlah.

Kalau ada yang cakap tak penat bila sambung keje balik? Jawapannya tak, sebab zu rasa lebih fresh dan bertenaga.

Boleh ke boleh?

Nota kaki: Tak tahu nak makan apa, kita try jus gym junkie. Baru lepas gym kan? Bhahahaha!

#fitwithmamajuju

Wednesday, 19 February 2020

DAH MATANG KE TU?


Bila dah masuk umur 34 tahun to be exact, bukan sebab rasa dah tua. Jiwa ni sentiasa perasan muda. Bhahahaha!

Mamajuju cuma rasa bukan lagi fasa untuk duduk memikirkan hal remeh-temeh yang mungkin dulu mengusutkan perasaan dan fikiran.

Atau bila ditimpa rasa susah, masih nak duduk mengenang nasib tanpa tindakan. Nak sedih kejap ok, but bukan reason Mamajuju untuk stay lemah.
Orang sakitkan hati? Buat kita marah? Banyak simpan dendam kesumat? Selagi tak mudaratkan diri, move on, next! Tak ada siapa tak pernah melalui fasa ni. Tapi sampai satu masa kita kena let go kalau kita nak rasa bahagia dalam diri kita.

Satu lagi perasaan jelak untuk bercakap pasal orang lain yang tak ada keperluan pun untuk digosipkan. Lebih suka fikir pasal diri sendiri, apa lagi Mamajuju boleh buat lebih baik untuk kehidupan ni samada untuk diri atau orang sekeliling.

Hidup ni singkat. Jalan kita bukan hanya menunggu hari tua baru kita akan pergi meninggalkan semuanya. Tak ada jaminan pun. Bukan sebab kita baik sangat tapi selagi ada kesempatan, berbuatlah baik semampu seikhlas kita. Cukup Allah ada untuk menilai setiap gerak-geri.

#CelotehMamajuju

Sunday, 9 February 2020

VIRUS SANA SINI

Sekarang bila mula je batuk kung kang, selsema sok sek walau sikit tak boleh pandang remeh. Tambah-tambah ada macam kes virus sana sini. Paling risau tengok anak-anak.

Moga Allah sentiasa lindungi dan berikan kesihatan yang baik buat kita semua.

Dan mungkin cara-cara ini boleh membantu. Semoga bermanfaat yer?

#StokisAsmakGombak

Saturday, 8 February 2020

SOALAN BODOH

"Zu, sorry kalau nak tanya soalan bodoh ni.

"Soalan bodoh apa pulak ni beb? Ko dah kenapa?"

"Tak adalah. Nak tanya kenapa shampoo bunga raya ni tak keluar buih ek? Empat kali aku gonyoh dengan air tapi buih tak keluar jugak. Masuk kali ke-5 aku givap weyh!"

"Owhhh ingatkan kenapa tadi. Ko penah dengar pasal
Sodium Laureth Ether Sulfat atau orang panggil SLE?"

"Menda tu? Aku ni tau guna je beb."

"SLE ni sejenis bahan kimia yang selalu guna dalam bahan pencuci untuk hasilkan buih nak hilangkan kotor dekat baju. Kalau selalu guna, boleh bagi risiko dekat badan kita. Ada je banyak shampoo yang ada SLE ni kat kedai."

"Kalau kerap sangat guna shampoo yang ada SLE ni rambut akan jadi rapuh, mudah gugur, kelemumur, gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau terlalu kering."

"So dalam shampoo bunga raya Asmak ni tak adalah ek?"

"Tak ada beb. Kandungan dia pun selain bunga raya, ada bahan-bahan semulajadi lain juga macam tea tree oil, coconut oil, jojoba oil, babassu oil dengan acerola. Jangan risau sebab bebas bahan kimia yang berbahaya."

"Cantekkkk...tq beb! Ni pakej dapat ilmu baru pasal SLE tau."

https://NakCubaProdukAsmak.wasap.my

#StokisAsmakGombak
#ShampooBungaRaya

Friday, 7 February 2020

BAJET KOMANWEL PULAKKK...


Puas hati main harini sebab laki bawak dekat court badminton. Lebih semangat sebab si abg dah boleh main & enjoy nak sama-sama beriadah. Maybe dia sedar diri bambam tak boleh duduk diam saja kumpul lemak. Huhu..Yang sorang lagi biasalah sebab perasan dia kurus, so tak berminat sangat.

Tak sabar tunggu anak-anak besar dapat bergu main empat beranak. Tu pun kalau umur panjang, masih fit dan tak sakit pinggang.

Eh....lupa ke? Minyak urut moden, Fresh & Cool kan ada? Bhahaha!

#fitmalaysia #fitwithmamajuju
#CelotehMamajuju

EKSEN KO EH?

Bila Mamajuju broadcast wasap ke para pelanggan tentang tips legakan selsema anak, ada customer yang reply.

"Sekarang sapu asmak je."

Ecehhhh kemain customer ni. Eksennnn.. Hihi...

Tapi betul kalau tade masa nak renyah-renyah dengan macam2 petua. Zaman 2020 semua nak pantas. Sambar minyak asmak sap sap sap tenyeh tenyeh, InshaAllah kurang selsema tu. Malam pun anak tidur lena.

#CelotehMamajuju
#StokisAsmakGombak

Thursday, 6 February 2020

SANA SINI SITU ASMAK




Meriahnya Asmak buka booth sana sini. Ini baru yang under HQ. Belum lagi beberapa program lain dan yang dari para pengedar.

Datang tau, ada macam-macam aktiviti menarik di booth nanti.

#AsmakActive2020
#StokisAsmakGombak #MenjadikanHidupLebihBaik