Thursday, 28 March 2019

LOLA BABA BABY & KIDS FESTIVAL

KETERUJAAN KIAN TERASA. 😍

Dari team di lokasi booth. Belum siap lagi.
Booth 49, SCCC Setia Alam. Bermula esok sampai Ahad.

Semoga murah rezeki team Asmak. Amin.

Yang ada berdekatan tu, jemput datang tau. Tengok tentative pun menarik! 🤗
=========================

LOLA BABA BABY & KIDS FESTIVAL akan berada di SETIA CITY CONVENTION CENTRE, SETIA ALAM

Temui team Asmak di sana, booth no 49 ye! 😍
.
.
Pelbagai PROGRAM MENARIK serta EXPO JUALAN BESAR- BESARAN  barangan BABY & KANAK - KANAK serta IBU sehingga 90 % untuk lebih 1000 barangan terpilih.
.
.
KEHADIRAN MASKOT Lola Baba dan Maskot TERNAMA juga bakal bertemu pengunjung-Pengunjung bagi memeriahkan program.
.
.
PELBAGAI PERTANDINGAN seperti ✅Pertandingan Mewarna by Citrex
✅Pertandingan Kids Next Top Model theme Robotic
✅Pertandingan Bayi Merangkak
✅Pertandingan Bayi Comel
✅Gathering Kelab Kembar Malaysia
✅Lola Baba Fun Run - pendaftaran tutup 8/3/2019 daftar cepat di link ni :- http://www.checkpointspot.asia/lolababa
Banyak lagi sebagai daya tarikan kepada anak-anak dan juga penglibatan Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi aka PAKNIL (Duta Rasmi) Lola Baba Baby & Kids Festival dengan Program beliau iaitu TANYALAH PAKNIL.
.
.
Pelbagai Aktiviti bersama keluarga seperti :- 🔆 MINI PLANETARIUM 🔆JURASSIC PARK 🔆PETTING ZOO 🔆ROBOTIK 🔆VR 🔆PS4 🔆SOOPA DOOPA 🔆GIANT BUBBLE 🔆FACE PAINTING🔆AKTIVITI MEMANAH 🔆SAND ART dan macam-macam lagi.
.
.
Sebelum kami lupa.. ✅ FREE VOUCHER RM50 untuk 100 pengunjung PERTAMA setiap hari ✅ 35,000 SOFT PIN RM 8 dari T&GO
✅ CABUTAN BERTUAH RM1k SETIAP HARI OLEH PAK NIL
✅ HAPPY HOUR ✅ FREE GIFTS
SEMUANYA PERCUMA hanya di LOLABABA..
.
.
Yang PALING PENTING dapat jumpa PAKNIL  di sana tau...😍
.
.
Untuk maklumat lanjut, boleh email kami di
info@lolababa.com atau terus fb message kami.
.
.
Follow, Like & share @lolababa.official
FB - LolaBaba Baby & Kids Festival
Website – www.lolababa.com














#lolababakidsfestival2019
#lolababakidsfest
#lolababaclub #lolababateam #lolababasuperteam
#citrex #TNGdigital #paydibs
#paknil #lolababababykidsfest #hooray #teampaknil #bazaarpaknil #Asmak #WeAreFamily #AsmakByMhamsb

KITA BUKAN MALAIKAT

Kita memang tak boleh buat semua orang suka kita. Kita ni manusia yang tak sempurna. Bukan malaikat yang mulia di sisi-Nya.

Kita tak boleh buat semua orang sayang kita tapi kita boleh belajar untuk lebih menyayangi diri kita sendiri.

Kita tidak perlu selalu dihargai kerana jika tidak, hati kita akan selalu kecewa nanti. Mengharap penghargaan manusia akan selalu buat kita terluka. Tapi kita boleh belajar untuk lebih menghargai diri kita sendiri.

Hidup ni singkat je. Kalau semua diisi dengan kesedihan, jangan salahkan mereka atau mereka kerana yang memilih jalan sedih dan luka adalah kita.

Allah beri kita satu kesedihan kerana Dia akan gantikan dengan lebih banyak kegembiraan jika kita sabar. Dan sudah tentu Dia Maha Tahu yang kita mampu.

Assalammualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍

#selalukuat #selalupositif

Wednesday, 27 March 2019

SET PELENGKAP, JUS ASMAK GOLD




JUS ASMAK GOLD produk istimewa keluaran Syarikat MHAM Sdn Bhd. Produk #JusAsmakGold pelengkap kepada Minyak Herba Asmak.

Diformulasi daripada 100% herba terpilih  sangat sesuai jika digabungkan dengan #MinyakHerbaAsmak.

Diperbuat daripada :
🏵Lemon Juice
🏵Ginger
🏵Spinach
🏵Oregano
🏵Echenacea
🏵Licorice
🏵Apple
🏵Capsicum
🏵Garlic
🏵Cucumber
🏵Stevie
🏵Dong Quai

Jus Asmak Gold sangat membantu melegakan :
🌸Semput
🌸Batuk
🌸Kahak
🌸Selsema
🌸Membantu menguatkan ketahanan badan
🌸Menjadikan anda lebih sihat dan cergas
🌸Mengurangkan kolesterol

Sesuai Untuk Siapa ?
Sesuai untuk umur 3 tahun dan ke atas.

Isipadu?
350ml

Harga?
RM44.00 sahaja tidak termasuk postage

Keceriaan berganda dengan Jus Asmak Gold! 😍

Berminat untuk dapatkan Jus Asmak Gold?

📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/

DUIT BOLEH DICARI KESIHATAN TIADA GANTI




#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak
#MinyakHerbaAsmak #produkviral #jussemulajadi #asma #batukkahak #sakittekak #tekakperit

PERKARA YANG MEMBURUKKAN LAGI ASMA

Semua orang tahu perkataan asma tapi berapa ramaikah yang betul-betul kenal asma ni apa. Secara ringkas Asma ni merupakan penyakit yang berkait rapat dengan saluran pernafasan. Pendek cerita bila seseorang menghidap asma, saluran pernafasan mereka akan menjadi kemerahan, bengkak, menghasilkan lendir berlebihan dan mudah terangsang (hypersensitive). Ada beberapa perkara lagi kalau anda nak tahu yang boleh menyebabkan asma menjadi teruk.
.
.
SEJARAH KELUARGA (Family History)
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

JANTINA & UMUR
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

ALERGIK
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

MEROKOK (AKTIF&PASIF)
Asap rokok boleh memburukkan lagi asma seseorang sebab bahan kimia yang ada dalam rokok boleh memburukkan lagi saluran pernafasan,  Takde faedah pun merokok ni. Badan binasa keluarga sengsara.

PENCEMARAN UDARA
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar. ASap kenderaan dan juga debu boleh menyumbang kepada asma yang lebih kronik.

OBESITI
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.
.
.
Asma ni jangan kita pandang remeh. Kalau tak dijaga boleh meragut nyawa. Jaga kesihatan anda sebab ianya anugerah yang sangat berharga.

Semoga bermanfaat. 🤗

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Monday, 25 March 2019

SHAMPOO BEBAS SLE

"Zu, sorry kalau nak tanya soalan bodoh ni. Bhahaha! Kenapa #ShampooBungaRaya ni tak keluar buih ek? 4 kali gonyoh2 dengan air tapi buih tak klua gak. Kali ke-5 givap. 😂"

Ok meh Mamajuju cerita. Tahu tak apa itu SLE?
SLE atau Sodium Laureth Ether Sulfat adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam bahan pencuci untuk menghasilkan buih bagi menghilangkan kekotoran.

Penggunaan secara kerap boleh mendatangkan risiko kepada tubuh badan. Contohnya, SLE selalunya terdapat di dalam shampoo yang ada di pasaran biasa. Akibat penggunaan yang kerap rambut akan menjadi rapuh dan mudah gugur, kelemumur, gatal-gatal serta kulit kepala yg berminyak atau terlalu kering.

Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak kita haruslah lebih peka terhadap penghasilan sesuatu produk untuk kegunaan harian kita.
.
.
.
Shampoo Bunga Raya Plus - 6 in 1 Asmak ni tiada bahan kimia berbahaya dan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Ianya dapat membantu mengurangkan masalah-masalah berkenaan rambut dan kulit kepala.

Kandungan bahan dan khasiatnya👇👇

Berat : 60ml, 300ml & 500ml 🌺🌺

🌺Bunga Raya  - Merawat rambut yang keguguran dan kulit kepala yang gatal juga melebatkan rambut, menghitamkan rambut, dan melembutkan rambut.

🌺Coconut Oil - Melindungi Rambut dari Kerosakan Akibat Sinar Matahari, Menyuburkan Rambut, Sebagai Kondisioner, Mengurangkan kelemumur , Mengatasi Rambut Bercabang,  Menyehatkan Kulit Kepala, memberi Protein pada Rambut, Melembapkan Rambut, Melembutkan Rambut, dan Mencegah Uban.

🌺Babassu Oil - Menyegarkan kulit kepala

🌺Tea Tree Oil - Melembapkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dan rambut gugur

🌺Jojoba Oil     - Mengurangkan masalah rambut kusut dan gugur, membuat rambut lebih lembut dan bersinar , dan mengelakkan rambut bercabang.

🌺Acerola - Menguatkan rambut hingga ke akar, menggurangkan masalah rambut gugur dan berpontensi memberi vitamin pada rambut untuk kekal sihat

SBR 6 in 1 ini bebas SLE dan selamat digunakan untuk kanak-kanak. Jom tukar shampoo anda untuk rambut lebih cantik dan sihat secara semulajadi ok?☺

Nenas , Mamajuju 🍍
Stokis Asmak Gombak

http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my



#Info
#SajaKongsi
#HairCare

LIDAS NENAS YANG BERMANFAAT. ANDA MUNGKIN JATUH HATI!

Pada mulanya tak pernah terfikir pun kenapa suka nenas. Cuma suka sebab tengok ala2 queen. Tapi sebenarnya nenas ni rupanya ada macam2 khasiat tau. Bila baca pendedahan seorang pakar bedah, Dr Rizal Abu Bakar, lagilah rasa suka sangat nak makan nenas sebab ianya dikategorikan sebagai superfood. Kalau dapat ambil tiap-tiap hari pun lagi bagus. So apa yang Dr Rizal kongsikan?

1. Kandungan Vitamin C
Nenas sebenarnya sarat dengan vitamin. Siapa yang suka nak cantik secara semulajadi, nenas mampu mencantikkan kulit. Vitamin C ni penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Kajian ni terbukti dari Univerisy of Maryland Medical Centre.

2. Tinggi dengan khasiat Bromelain
Nenas mengandungi bromelain yang membantu untuk menghalang alzhemeir, menghilangkan keradangan, kecilkan tumor dan redakan osteoarthritis.

Dan yang paling best sebab bila baca perkongsian coach FitBella dalam masa yang sama pun, bromelain juga adalah antara bahan yang boleh menurukan berat badan. Wah!

3. Tenaga kepada otak
Nutrisi manganese yang terdapat dalam nenas penting unutk otak. Ianya membekalkan tenaga ibarat power bank.

4. Solusi anti stress
Terdapat sejumlah besar thiamin dalam nenas ni untuk menukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk badan kita. Ianya juga dipanggil vitamin anti stress. So dah tahu kenapa kita selalu happy go lucky? Hihi..

So rasa-rasanya dah mula suka tak dengan nenas? Takut lidas, mulakan dengan nenas madu. Kalau nak makan macam tu, makan dengan empulurnya sekali sebab dekat situlah banyak khasiatnya. Kalau nak buat jus, biarkan tanpa perlu tambah gula dan tak perlu tapis, minum terus. Jom mulakan moto anda, satu hari satu nenas!

Kredit info to Dr Rizal Abu Bakar


Thursday, 21 March 2019

2 ABDUL BEBAS NEB


Nak story telling sebelum tido boleh?

Mamajuju ni kan kalau nak rekemen benda elok, lebih suka kalau dah melalui pengalaman sendiri. Sebab? Bila kita bercerita, personally perasaan tu rasa lebih jujur sebab datang dari jiwa.

Macam ni...
Dulu, 4 tahun lepas..setiap kali 2 Abdul batuk teruk, tak sah kalau tak trigger dengan semput dorang. Sampai doktor pun dah naik hafal datang sebab nak amek neb. Doktor pun siap dah 'training' mak pak ni, kalau nampak diagfram anak ke dalam sangat, cepat-cepat bawak amek neb.

Sampailah bila mak mentua yang mempunyai hobi shopping online 😂, terjumpa minyak asmak ni. Masa mula-mula sapu tu memang tak ada nampak kesan terus. Tapi teruskan konsisten buat sapuan. Alahhh makan ubat klinik pun 3x sehari kan?

Sampailah dah masuk 3x penggunaan tu nampak nafas 2 Abdul dah tak laju, even kadang tu tak sempat semput dorang datang. Sebab bila nampak dorang start batuk, teruk apply minyak ni. Pendek kata tiap kali lepas mandi pun dah jadi rutin.

Lama-lama tu perasan kekerapan amek neb tu makin lama makin jauh gapnya. Dan setiap kali 2 Abdul batuk kaaa selsema kaa...memang guna minyak ni sebagai first aid kit. Alhamdulillah setakat harini tak sempat nak melarat sampai teruk. Ubat klinik ada je spare, bukan sampai tak percaya ubat doktor tau. Tapi, kita ikhtiarkan juga cara semulajadi.

Tu dulu...
Rasanya sekarang ni doktor Asiah dekat klinik famili tu dah tak ingat agaknya muka si 2 Abdul ni. Kalau tak asal datang neb, asal neb, datang.😂😅

Alhamdulillah. Apa-apa ikhtiar tu penting kan? Selebihnya serahkan pada Allah sebab Dia Maha Menyembuhkan.

Terima kasih Allah, terima kasih Asmak. ❤️

#Asmak
#WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang
#GoNaturalForABetterLife
#MinyakHerbaAsmak
#CelotehMamajuju

SEMPUT HILANG, TIADA NEB LAGI

3 tahun lalu,tahun 2015...Danysh kerap ulang alik ke hospital..Nak dikatakan setiap minggu mesti kita gi clinic atau trus ke hospital bila Danysh  kena semput teruk😢.. Suami perlu amik leave sampai unpaid leave tk bergaji pon ada..brapa kali juga Danysh cookies kena warded kerana semput teruk..oxygen kurang dlm badan..TAPI..

Sejak Kak Norlia Yahya❤ blanja Ati 1botol #minyak #herba #asmak & #Jus #Asmak_Gold utk Mohd Nur Danysh..Setiap hari tanpa jemu,selepas mandi..sebelum tidur Ati sapukan minyak ajaib❤ ni.. Ada caranya juga nak sapu minyak ni tau.

#Syukur_Alhamdulillah dalam seminggu gunakan minyak herba asmak nampak perbezaan yg ketara...Dah hampir 4bulan Danysh dah tk gunakan pam biru & pam peach tu lagi..Neb langsung dah tk sentuh lagi..

AND #No_MORE_HOSPITAL_VISIT utk Danysh kerana semput..Syukur Alhamdulillah.
Pada yang dah beli minyak herba Asmak ni dari Ati untuk orang2 yg tersayang..sapulah dengan konsisten ya..Insha Allah dengan Izinnya..boleh sembuh perlahan2..Yg penting Jgn jemu..kena rajin sapu je..

#Kredit : Yati Yusri




============================

➤ SEKARANG TAK PERLU NEB LAGI
.
❝ Anak saya selalu kena nebulizer. Waktu admit ward kena sedut kahak selang 4 jam kahak masih ada😥. TAPI bila sapu #MINYAK_HERBA_ASMAK ni sejam sekali waktu malam, Alhamdulillah hingus keluar sendiri. Kahak pun kurang❞ ~ Rosnah, Cheras
.
❝Start pagi semalam anak start batuk bunyi kahak. Saya bagi anak minum JUS ASMAK GOLD setengah sudu + sapu MINYAK HERBA ASMAK. Alhamdulillah sepanjang malam dah tak dengar bunyi batuk dah❞ ~ Maisarah,  Johor
.
#MinyakHerbaAsmak membantu cairkan mukus berlebihan.  Ada habbatussauda dalam minyak Asmak.
#JusAsmakGold membantu clearkan sistem pernafasan.  Jus perisa lemon.  Dah 6 kali masuk TV ALHIJRAH.  Alhamdulillah ramai yang serasi minum Jus ni😍
.
Tolong klik link ni utk dapatkan PRODUK ASMAK

📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/

Minyak Herba Asmak RM19~RM55
Jus Asmak Gold RM44

#AsmakByMhamsb #Testimonial #Feedback #Semput #Lelah #Asma #BatukTeruk #BatukKahak #SantaiPetang #SajaKongsi #AnakSakit #TakSihat #MommiesPrihatin #CodGombak #Poslaju

SESUDU MADU MAMPU HAPUSKAN 7 MASALAH WANITA

Madu bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai dapat membantu merawat kecantikan dalaman wanita. Jom, bongkar kelebihan madu yang juga merupakan makanan sunnah...

1. Segarkan Tubuh & Wajah
Pengambilan madu secara konsisten akan membantu memberi tenaga kepada tubuh sekali gus menaikkan seri wajah. Amalkan mengambil madu satu sudu sehari ketika perut kosong. Elakkan menggunakan sudu besi sebaliknya sudu plastik kerana ia dikatakan dapat mengekalkan khasiat madu.

2. Lindungi & Lembapkan Kulit
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, ia juga membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik-bintik hitam serta jerawat. Gunakan madu sebagai masker wajah. Oles madu pada wajah, kemudian biarkan kering. Bersihkan wajah dengan air perahan limau nipis. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah kelihatan lembap dan kemerahan.

3. Awet Muda
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.

4. Bersihkan Wajah
Madu juga boleh dijadikan pembersih wajah. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampur dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan tegang. Ia pembersih wajah semula jadi yang selamat dan berkesan.
Sejak zaman dahulu, madu bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah ia juga digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai dapat membantu merawat kecantikan dalaman wanita. MW kongsikan kelebihan madu yang juga merupakan makanan sunnah.

5. Atasi Jerawat & Parut
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan parut pada wajah. Sapukan madu pada bahagian yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air suam.

6. Cerahkan Kulit
Untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus dan cerah, anda boleh berendam di dalam tab yang dicampur dengan madu, susu dan air mawar. Kombinasi ramuan ini mampu meredakan tekanan dan menjadikan kulit gebu. Ia juga merawat tubuh dengan cara yang ‘lembut’.

7. Atasi Bibir Hitam
Bagi anda yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten sehingga

Kredit: Suzana Tahir

Wednesday, 20 March 2019

DUNIA, HANYA PINJAMAN DAN TRANSIT KITA

Bila tiba-tiba pagi tadi akaun FB Zue Incik Din kita entah kenapa auto logout (kebiasaan memang jarang logout dari hp), then nak login balik fb kata password salah sedangkan dah masuk password yang betul. Nak retrieve dari email dan hp number, email yang fb stated akan dihantar pun bukan email Mamajuju.

Perasaan masa tu? Tak tahu kenapa. Rasa tenang. Kalau ikotkan Mamajuju lagi kenal diri sendiri ni. Sejenis yang cepat risau, susah nak bertenang. Agaknya dah matang kot bila memikirkan alah fb je. Dan lebih kepada rasa yang apa saja dalam dunia ni semua hanyalah pinjaman.

Mamajuju jugak terharu sangat bila ada insan-insan prihatin dm tepi, wasap untuk ajar macam mana nak retrieve akaun balik. Sayang katanya. Ya, friend dah hampir 5k, orang dah kenal. Terima kasih tau. InshaAllah semuanya ada hikmah & Mamajuju akan cuba godek-godek lagi. Siapa laaaa yang jeles dengan akaun Zue Incik Din ni. Huahuahua.

Dalam hidup ni semua yang ada atas dunia ni pinjaman. Segala harta, keluarga, suami, anak-anak Allah bagi pinjam je kan? Bila-bila masa Allah nak tarik, dia akan tarik. Sedih? Menipu tak sedih. Kalau dalam kes fb ni, takkan la sampai Mamajuju nak guling-guling depan abam mark kot. 😂 Kadang Allah tarik satu nikmat, sebab Dia nak gantikan dengan yang lebih baik.

Jika kita beriman pada qada' dan qadar Allah atas segala musibah yang menimpa, masa akan menyembuhkan segalanya dan mengajar kita untuk jadi lebih kuat. Setiap aturan Allah dan jalan cerita-Nya mana mungkin yang akan mengecewakan kita. Dia Maha Mengetahui akan sesuatu yang kita tak tahu. Kita rasa sesuatu perkara tu baik untuk kita tapi belum tentu baik pada pandangan mata Dia.

So, move on.
Hidup kena tetap jalan terus!

Assalammualaikum, selamat malam. ♥️

Nenas, Mamajuju 🍍

#selalupositif #selalukuat

VITAMIN C DAN SELSEMA

Tahukah anda pengambilan vitamin C dapat membantu mengurangkan gejala selsema.

Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi iaitu:
Strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis.

Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selsema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.


Kredit: my.theasianparent.com

#Asmak
#Wearefamily
#AnakSihatHatiTenang

SIAPA YANG KITA PILIH?



Memilih dengan siapa kita ingin berkawan bukan sekadar dari segi hebatnya latar belakangnya, berapa jumlah harta kekayaannya, mahupun cantik rupa parasnya. Itu semua dunia.

Tapi biarlah mereka yang selalu sama bangkit dengan kita di saat kejatuhan, sentiasa penuh dengan bait-bait dan suasana positif.

Dan terutamanya yang selalu mengingatkan kita untuk melakukan kebaikan dan menegur kita jika kita salah.

Setiap langkah dan perbuatan kita adalah refleksi dengan siapa kita dikelilingi.

Assalammualaikum. ❤️

Nota kaki: Gambar tak ada kena mengena. Kebetulan tengan tunggu bas nak pegi LRT. Dah lama tak naik public transport.

#selalupositif #selalukuat

Monday, 18 March 2019

"SEKSA BETUL NAK MAKAN BILA BATUK NI."

Situasi ni biasa terjadi pada seseorang yang alami batuk. Yelah nak makan je batuk pastu mula nak tersembur makanan dalam mulut. Seksa betul rasa. Bagi orang yang mengalami batuk, ada beberapa jenis makanan yang sesuai dengan anda.

1. MAKANAN YAND MUDAH DITELAN
Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah dan sayur lembut, yogurt dan lain-lain. Contoh buah yang lembut ialah pisang dan betik.

2. ELAKKAN MAKANAN YANG KERAS
Makanan yang keras akan membuatkan tekak anda mula berasa gatal dan mula nak batuk. Bila ini terjadi ia akan bagi kesan dan meningkatkan risiko radang dibahagian tekak. Keropok antara makanan yang keras yang perlu dielakkan. Dah elok batuk baru makan ya.

3. MAKANAN BERGORENG
Makanan yang bergoreng harus dielakkan juga sebab ia mampu memberi ketidakselesaan pada tekak anda. Serdak dari makanan goreng tadi boleh membuat tekak anda gatal. Apa kata anda gantikan makanan goreng tadi kepada sup ataupun makanan berasaskan rebusan.

4. JAUHI MAKANAN YANG PEDAS
Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.

Jika batuk anda semakin teruk, segera berjumpa dengan doktor. Jangan sesekali tangguh.

Jaga kesihatan ya. 🤗

#MinyakHerbaAsmak
#JusAsmakGold
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

'GET UP' ATAU 'GIVE UP'?


Dalam bisnes rezeki semua orang tak sama. Ada hari rezeki kita. Ada hari rezeki mereka. Banyak atau sedikit, tetaplah bersyukur dengan kurniaan-Nya.

Hargai dan berterima kasih selalu pada mereka yang sentiasa memberi tunjuk ajar pada kita. Mereka yang tak pernah berputus asa memberi ilmu yang ada dan bersama-sama melihat penat lelah dan usaha kita.

Dengki, iri hati dan cemburu melihat kejayaan orang lain takkan membawa kita ke mana-mana. Jadikanlah sebagai pemangkin semangat untuk kita perbetulkan mana silapnya.

Kita yang memilih utk 'get up' atau 'give up'. Dan semua orang punya hak untuk berjaya dan kejayaan milik mereka yang selalu kuat berusaha. InshaAllah.

Assalammualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍



#Asmak
#WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak
#selalukuat #selalupositif
#throwback #AGA2019 #AsmakGrandAward2019

Thursday, 14 March 2019

DEDIKASI DAN SEPENUH HATI

Kena sabar.
Kena tahan.
Kena kuat.
Kena positif.

Even dah bermacam-macam kita cuba bantu, tak semua akhirnya boleh jadi kata setuju.

Nak jalan terus tapi banyak sangat halangannya. Banyak. Dan akhirnya semua jadi mati atau dicampak ke tepi. Tapi aku bukan orang yang boleh lihat tanpa ada solusi.

Boleh faham ke tak 'sakit' ni? Bukan nak kira istilah mengeluh dah lagi. Dan memang nak mengeluh pun penat. Tapi cuma nak tahu dah 'selam' sedalamnya kerja hari-hari ni?

Memang selalu positif. Cuma jangan bagi jawapan yang sebenarnya kau tak faham apa masalahnya.

Aku cuma nak buat kerja aku, dedikasi sepenuh hati selagi masih diperlukan di sini. Tapi tolong jangan beri aku alasan yang aku sendiri boleh berikan jawapan.

Mungkin aku lebih banyak tahu dari apa yang kau tahu sebab aku kuli.

#selalukuat #selalupositi

YANG PALING MAHAL DALAM DUNIA

Bagi korang sendiri, apa yang paling mahal dekat dunia ni?

Emas? Berlian? atau benda lain?

Lain orang lain jawapannya ye tak?

Bagi Mamajuju, apa yang paling mahal ialah kesihatan yang baik. Eh kenapa pulak? Sebab bila kita mempunyai kesihatan yang baik, kita boleh buat apa sahaja aktiviti ataupun benda yang kita suka. Betul tak? Kaya macam mana pun takkan mampu beli kesihatan yang baik sebab kalau tak jaga buruklah kesihatan kita.
 

Mamajuju bagi contoh macam benda-benda manis. Benda manis ni bagi Mamajuju adalah perosak kesihatan yang sangat bahaya sebab ia mampu merosakkan sistem dan anggota badan. Benda-benda manis ni sinonim sangat dengan diabetes. So kalau tak nak kena diabetes kurangkan benda manis. Banyak lagi sebenarnya benda yang boleh merosakkan sistem dan anggota badan.

Sesetengah orang anggap mereka muda mereka takkan kena penyakit macam ni. Bila dah kena masa tu nasi dah jadi bubur. Kesihatan yang baik adalah nikmat Tuhan yang tidak ternilai sebab tu Mamajuju cakap ianya mahal.

Orang kata..................... "Kurangkan manis dalam minuman lebihkan dalam senyuman"


Gituuuuu....hihi..







Semoga bermanfaat 😊


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Wednesday, 13 March 2019

2 HARI, JANGAN 3 HARI!



2 hari lepas memang santai & manja cara workout kita. Hanya buat set JB dan santai perut di depan tv. Ewah! Alasannya balik keje lambat dan masa terhad.

Harini terpaksa memaksa diri. Ni nak cakap pasal pengalaman sendiri. Kalau tersama tu, sep la sikit. 😂😅 Ada masa sampai 2 hari tak workout atau buat aktiviti yang terlalu santai tapi kalori yang masuk, mak ai! Kalori burn ciput...Bukan cakap pasal korang, pasal haku ni.

Tapi selalu set dalam kepala lepas 2 hari, dah bukan boleh bagi alasan lagi. Sebab selepas masuk hari ke-3 tak workout kemungkinan nak ke laut tu tinggi. Percayalah! Sebab badan kita dah mula bermalas-malasan dan selera makan membuak-buak. Badan mulalah naik lemau. Maka bermulalah rutin ternakan lemak semula dan kitaran struggle, cari coach, diet extreme datang lagi. And the list go on... 🥵

Penat tau sebenarnya nak mula balik! Kalau yang betul-betul melalui kepayahan dan kesakitan masa mula-mula training akan faham dan beringat.

Ya, tengah bercakap dengan diri sendiri juga ni yang masih obese dan kena tanam dalam benak kepala.

#masihobese
#fitmalaysia
#fitwithmamajuju

MIGRAIN BOEH BAWA MAUT KE??

Migrain! Selalu sangat kita dengar perkataan migrain tapi kita kadang tak tahu apa puncanya bukan? Bila migrain datang, kita pasti cari panadol, minyak kapak, balm, supplement, dan sebagainya. TAPI migrain tetap tak hilang dan kalau sembuh hanya untuk seketika. Kadang-kadang rasa nak hentak kepala kat dinding ataupun keluarkan otak dari kepala sebab terlalu sakit dan membuatkan tak selesa utk melakukan aktiviti harian.
 
Mula la tak selera nak makan dan sebagainya. Tapi apa tanda-tanda migrain ni ek?

1. TERTEKAN/STRESS MELAMPAU
Orang migrain akan rasa tiba-tiba mood jadi down dan tertekan. Kajian dari American Academy of Neurology 2010 menunjukkan rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain jadi lebih teruk.

2. KURANG TIDUR/BEREHAT
Orang yang migrain tak dapat tidur dengan lena, bangun tidur dengan lesu sebab kerap kena serangan migrain. Ramai yang kena insomnia atau susah nak tidur kesan dari migrain. Kurang tidur dan migrain pun ada kaitan lain, di mana orang yang kurang tidur juga boleh terkena migrain.

3. HIDUNG TERSUMBAT & MATA BERAIR
Sesetengah orang yang ada migrain mempunyai simptom sinus atau macam resdung. Hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata. Satu kajian menunjukkan 90% dari mereka yang ada sakit kepala sebab sinus atau resdung mempunyai migrain.(kajian dari GlaxoSmithKline, pengeluar ubat migrain)

4. BERDENYUT SEBELAH KEPALA ATAU KESELURUHAN KEPALA
Simptom atau tanda ini adalah paling biasa di kalangan orang yang kena migrain. Biasanya ia adalah rasa sakit pada sebelah kepala sahaja. Dari satu survey online yang dijalankan di kalangan pesakit migrain, 50% selalu mengalami tanda ini dan 34% sahaja yang merasakannya tidak terlalu kerap.

5.  LOYA & MUNTAH
 kajian yang dijalankan kepada 3700 orang pesakit migrain, 73%mengalami loya dan 29% daripada muntah-muntah. Satu kajian lain mendapati pesakit migrain yang ada loya disebabkan migrain akan merasa lebih sakit dan susah nak baik berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya.

6. SENSITIF DENGAN CAHAYA, BUNYI DAN BAU
Orang sakit migrain biasanya tak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala mereka bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah sakit.

So migrain ni boleh bawak maut ke? Yaa migrain boleh bawa maut kalau anda tak rawat dengan cepat. Kadang orang kena migrain ni anggap sakit kepala biasa je. Jumpalah dengan doktor untuk dapatkan rawatan serta nasihat.

Semoga bermanfaat 😊

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

KITA PERLU, BUKAN MAHU DAN TEPAT PADA WAKTU

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.

Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 216)

====================
Tak semua dalam hidup ni kita boleh dapat seperti apa yang kita rancangkan. Jalan cerita setiap dari kita Allah dah tulis. Dia akan beri apa kita perlu, bukan kita mahu, dan tepat pada waktu.

Merintih kepada manusia hanya akan menimbulkan dua hal; simpati dengan apa yang kita rasa atau bertepuk tangan menanti kejatuhan kita. Tanya diri yang mana satu sikap kita? 

Jangan berhenti berdoa dan meminta. Hanya Dia Maha Mendengar segala rintihan hamba-Nya.

Assalammualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍
 
#selalukuat #selalupositif

Tuesday, 12 March 2019

RASA NAK HANTUK JE KEPALA NI DEKAT DINDING

Kadang bila kita tengah syok atau sibuk buat aktiviti tiba-tiba mai pulak sakit kepala. Habis takde mood terus nak sambung aktiviti atau kerja yang kita tengah buat. Sakit kepala ni tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata sebab kadang-kala sangat ekstrem.

Sakit kepala ni punca dia bila kita stress, banyak berfikir dan sebagainya. Kadang ada yang sakit di bahagian belakang kepala, ada yang di bahagian dahi. Beza kan? Kenapa berbeza ek ?. Meh saya nak share sikit.

1. SEBELAH BAHAGIAN KEPALA (MIGRAIN)
Migrain ni ia serang di bahagian kepala dimana orang yang terkena migrain ni akan rasa berdenyut yang melampau dibahagian kepala. Kadang bila teruk sangat ada yang sampai muntah dan loya. Biasa orang yang ada migrain ni dia alah dengan bunyian, bau yang tak menyenangkan dan cahaya yang terang.

2. KESELURUHAN DAHI & SEKITAR KAWASAN MATA (MASALAH PENGHADAMAN)
Ini dialami oleh individu yang tidak mengamalkan diet yang seimbang. Untuk pengetahuan semua, sakit kepala yang turut dipanggil “cluster headache” ini boleh menyerang dari 10 minit hingga 3 jam lamanya bergantung kepada kekuatan seseorang. Dalam kes lain, sakit kepala ini turut akan membuatkan mata seseorang berair, lembab bahkan hidung tersumbat.

 3. ATAS KEPALA HINGGA BELAKANG LEHER (TEKANAN/STRESS)
Apabila seseorang tertekan, banyak urat utama dalam badan mula menegang dan bersimpul membuatkan kesakitan kepala bertambah parah. Jika anda mengalami pening kepala menyeluruh yang berterusan sehingga melibatkan bahagian belakang leher, anda sebenarnya tertekan. Kesakitannya berdenyut-denyut dan ada sesetengah pesakit ini menjelaskan yang mereka adakalanya sensitif dengan cahaya serta bunyi-bunyian.

4. DAHI HADAPAN HINGGA KE TULANG HIDUNG & BAWAH MATA (SELSEMA TERUK)
Ia menyerang bahagian belakang dan sekitar mata sehingga ke tulang hidung serta di sepanjang kawasan dahi. Sakit kepala jenis “sinus” ini terasa seperti ditekan-tekan pada bahagian yang berkenaan. Cuba berbaring dan bersandar sebab berdiri dan berada dalam keadaan badan tertunduk boleh menyebabkan kesakitan menjadi-jadi. Simptomnya adalah termasuk bengkak wajah, demam, telinga terasa pekak dan lain-lain.

5. BAHAGIAN HADAPAN & SISI DAHI (BIMBANG & STRESS)
Jika anda mengalami sakit kepala yang ini, anda mungkin menghadapi situasi yang mencabar. Sakit kepala yang terjadi pada bahagian dahi dan di sisi dahi ini biasanya berpunca dariapa masalah luaran yang kemudian memberi kesan kat fikiran lalu menyebabkan pening sebab terlalu banyak berfikir.

Jika sakit kepala anda kerap terjadi, jumpalah doktor dengan segera.

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Monday, 11 March 2019

TOLONG ELAKKAN MAKANAN NI

Okay nak masuk tengahari time nak lunch ni Mamajuju nak share sikit mengenai makanan yang harus dielakkan oleh pesakit asma. Sebenarnya takde lagi makanan yang "ajaib" yang boleh ubati asma ni tapi ada makanan yang boleh buatkan asma anda makin teruk.

Serba sedikit mengenai Asma :

➡ Ia adalah penyakit paru-paru.
➡ Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.
➡ Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.

Memang betul pun lain orang lain tindak balas terhadap jenis makanan yang sama tapi adalah lebih baik kalau pesakit asma memantau pemakanan dan mengelak dari makan makanan ini.

1. BUAH-BUAHAN KERING
Buah-buahan kering mengandungi 'Sulfites'. Sulfites ni bahan pengawet untuk panjangkan jangka hayat makanan dan ianya boleh bagi effect kepada penghidap asma. Tengok pada label makanan, kalau ada potassium bisulfite & sodium sulfite baik elakkan.

2. UDANG & MAKANAN LAUT
Udang ni tak kisah lah udang yang beku ataupun sudah dimasak sebab ia mengandungi sulfite juga. Udang sejuk beku ataupun makanan laut yang lain sering mengandungi sulfite sebab fungsi sulfite ni tak nak bagi terbentuknya titik hitam pada udang ataupun makanan laut huhuhu.

3. ACAR @ JERUK
Sebut je makanan ni mesti terliur fuhhh. Untuk penghidap asma ianya tidak elok sebab mengandungi zat sulfur yang boleh memburukkan lagi asma.

4. KENTANG GORENG
Kalau nak tahu kentang goreng ni bukan sahaja mengandungi MSG dan garam malah ia juga mengandungi pengawet bisulfites. Kalau nak juga makan kentang pastikan kentang tu anda yang masak atau rebus sendiri takpun kukus atau bakar dalam oven bukan yang digoreng.

5. BUAH-BUAHAN DALAM TIN
Kandungan pengawet dalam buah-buahan tin boleh merangsang 'bronchospasm' atau simptom asma yang lain. Nak makan buah pastikan buah buahan segar ya yang khasiatnya jauh lebih baik. 😊

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

ASSALAMMUALAIKUM

Kalau ada hal dalam hidup ni menjadi impian untuk dikecapi, kejar semahunya dan sekuat hati.

Jika impian yang dikejar masih belum diperolehi, usaha kuat lagi. Mungkin masih kurang di sana sini.

Takkan pernah ada satu usaha itu menjadi sia-sia jika kita tak pernah kenal erti putus asa.

Assalamualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju,🍍

#selalukuat
#selalupositif
#jomkerjakuat

Thursday, 7 March 2019

RAMBUT MAHKOTA IDAMAN SERING KEGUGURAN?

Ya, satu masa dulu macam ni la jugak Mamajuju. Beli shampoo biasa memang tak boleh, dah tahu. Duit terbang melayang RM58 hanya untuk sebotol 250ml isi kandungan. Terpaksa, sebab inilah yang paling serasi. Nak jimat tunggu time promo, masa tu balun 2-3 botol beli buat stok.

Susah hati bila setiap kali pergi ke bilik air, banyaknya si hitam bergumpal-gumpal di lantai. Belum kira lagi kalau sikat melekat-lekat dekat sikat. Huwaaaa.. 😭😭😭

Sampailah Asmak keluar #ShampooBungaRayaPlus, manalah tahu boleh jimat sebab 500ml RM49 atau 300ml RM39 kan?

Hari demi hari konsisten kita cuba..
Tanpa kenal erti putus asa..
Mula-mula tak nampaklah terus kesannya..

Tapi....
Harini memang dah kurang sangat masalah rambut gugur. Tambah lagi setiap hari lepas mandi oleskan dengan #SevenisHairOil. 2 kali seminggu manjakan dengan #HairMosturizerWithSerum

Dah tak risau bangun pagi rambut kusut susah nak sikat. Dah tak ada mimpi ngeri sampai terdongak terkehel nak sikat rambut. Alhamdulillah. 😍

Bau? Semerbak! Seharian berpeluh buat yang bertudung, kesegaran wangi bunga raya masih terasa.

Kalau kita tak jaga mahkota kita, siapa lagi kan? Psssttt...#AsmakHairCare versi #TrialSet pun ada tau kalau nak cuba-cuba. 🤗

==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my
==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my
==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my

@minyakherbaasmakgombak







#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak #HairCare #HairSolution #HairOil #HairSerum

REZEKI, ALLAH DAH JANJI PADA MEREKA YANG SUKA MEMBERI

Kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita 👇👇👇
.
Pernah tak kita terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
.
Pengalaman sendiri.
.
Alhamdulillah selepas annur rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu ditahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi Alhamdulillah semua berjaya diharungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
.
Semua berubah bila saya leka.
.
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. Keluar beriadah jauh sekali.
.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
.
Ini 8 amalan saya menjemput rezeki melalui anak :
.
1. Kanak-kanak pantang nampak mainan. Sebulan sekali beri mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.
.
2. Berikan mereka pelajaran yang terbaik. Jangan pilih taska sebab sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak anak-anak.
.
3. Luangkan masa bersama anak-anak at least seminggu sekali. 6 hari masing-masing sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama. Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat learning center di malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.
.
4. Sediakan keperluan yang terbaik untuk mereka. Jangan recycle sahaja. Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.
.
5. Banyak kaedah pembelajaran awal kanak-kanak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua bahagian kritikal otak berkembang masa ini.
.
6. Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak. Jangan sentiasa fikir mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu. Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STRESS? Sekali mereka stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.
.
7. Jangan marah anak tanpa berfikir panjang. Bila nak marah tu paksa diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan terkeluar kata-kata kesat. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah mereka buat.
.
8. Setiap kanak-kanak ada perkembangan berbeza. Fahami dan cuba bantu mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti dari membanding dengan kanak-kanak lain.
.
.
Alhamdulillah selepas saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
.
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah.
.
.
Tak percaya? cuba mewahkan anak isteri, hari ini suprise mereka dengan hadiah yang mereka idam selama ni. Tengok apa hasilnya.
.
Jangan salahkan saya bila rezeki melimpah tak henti-henti.
.
Sumber Penulisan : Mohd Fhais - suka berkongsi tentang bisnes dan rezeki

Wednesday, 6 March 2019

"AKU ADA ASMA LAH MALAS AKU NAK BERSUKAN"

Siapa kata orang yang ada asma ni tak boleh bersukan? Boleh je sebenarnya nak bersukan even anda seorang penghidap asma. Dekat dunia ni ramai je atlit yang menghidapi asma tapi boleh berjaya dalam dunia sukan seperti :

✅ Amy Van Dyken - Perenang Olimpik USA ( Pemenang 4 kali pingat emas Athen)
✅ Paula Radcliffe - Atlit Marathon Dunia
✅ Dennis Rodman - Pemain Bola Keranjang

Kalau nak tahu kita pun ada atlit yang power di pentas dunia di mana beliau juga merupakan penghidap asma. Beliau ialah Phoon Eyin iaitu atlit wushu Malaysia. Beliau sendiri tak sangka boleh pergi sampai ke peringkat antarabangsa sedangkan tujuan dia join wushu hanya untuk menguatkan badannya saja.

“Keluarga beranggapan sukan wushu alternatif terbaik untuk menguatkan tubuh saya. Saya juga menyertainya sekadar untuk suka-suka dan menganggapnya hanya sebagai senaman biasa. Lama kelamaan, penyakit asma saya kian pulih dan timbul minat untuk lebih mendalami sukan wushu kerana saya tertarik dengan seni, kelembutannya dan ketegasan yang ada dalam sukan ini. " kata Phoon Eyin

Beliau adalah antara penyumbang pingat buat skuad wushu negara apabila meraih dua pingat perak menerusi acara jianshu wanita dan qiangshu wanita sekali gus memperbaiki pencapaian satu perak dan satu gangsa pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.

So takda sebab bagi anda yang mempunyai asma untuk tak aktif dalam sukan. Sentiasa berjumpa doktor untuk meminta sebarang nasihat berkaitan asma.

Jom bersukan harini okay? 🤗

#fitmalaysia
#fitwithmamajuju
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

ASSALAMMUALAIKUM


Kita memang tak boleh selesaikan masalah semua orang tapi kita boleh cuba menjadi pendengar yang baik.

Kadang mereka yang meluahkan ni tak semua mengharapkan kita untuk menyelesaikan masalah mereka. Tapi dengan cara kita memberi komen membina mungkin dapat membantu seseorang itu kembali pulih semangatnya.

Kalau tak mampu membantu, jangan pula kita mudah melemparkan kata-kata yang kurang enak didengar. Kita hanya menambahkan sakit mereka di dalam dada.

Assalammualaikum, salam positif semuanya!

Nenas, Mamajuju 🍍
#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #selalupositif #selalukuat

Tuesday, 5 March 2019

"BANJIR, NASIB TAK KENA BAJU SEKOLAH!"

Nanti kalau Mamajuju cakap aje korang kata kita syiok sendiri sakan nak up produk.

Tapi ini betul-betul bukan cobaan. Memang rutin kita setiap hari lepas mandi, mesti sapu minyak asmak dekat anak-anak. Dan kebetulan si adik selsema. Sekali tak sampai setengah jam, dia bersin.. Hamek!

Memang puas hati sebab si adik tak berapa pandai hembus hingus sangat. Dah diajar, dia pegi sedut ke dalam. 😂

Mamajuju takkan rekemen kalau bukan benda baik. Kita dah guna dari 2016 time anak-anak batuk kahak sampai semput & kena amek neb sume.

InshaAllah BERKESAN! Buat sapuan KONSISTEN, korang akan dapat hasil yang 'LUMAYAN' 😅




@minyakherbaasmakgombak

#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak #Selsema #sapusapuje #throwback

ALHAMDULILLAH, SYUKUR SELALU

Kita rasa hidup kita dah susah sangat?
Jangan bandingkan dengan mereka yang senang. 


Tapi lihatlah mereka yang jauh lebih susah dari kita.
Selagi ada kudrat, berusahalah. Jangan mudah mengalah kerana setiap satu usaha kita lambat-laun pasti membuahkan hasil.

Dan selalu bersyukur dengan apa yang kita miliki harini.

Assalammualaikum. ❤️

#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak #selalupositif #selalukuat #bekind #begood

KEMASUKAN TAHUN SATU 2021


Bukan setakat isi borang secara online untuk permohonan kemasukan,
Pihak KPM pun mewajibkan ibu bapa mengisi maklumat murid secara manual.
Memang agak leceh nak isi maklumat kesihatan murid ni tapi jika korang faham memang senang je, janji rekod imunisasi anak lengkap.

Saya nak share maksud singkatan kat rekod kesihatan anak supaya senang korang nak isi borang pendaftaran nanti ya.

DTap/DT (kotak kuning) = difteria, pertussis dan tetanus
Hib (kotak pink) = h.influenza
IPV (kotak biru) = polio
MMR (kotak oren) = gabungan vaksin utk measles, mumps dan rubella

Jadi untuk ruangan Difteria, petusis, tetanus, hib dan IPV adalah sama tarikh untung masing-masing dos.

Untuk ruangan measles, mumps dan rubella adalah tarikh yang sama (iaitu MMR kotak oren).

Yang mana darjah 1 2019 kene isi borang secara manual. Ini stepnya.
so sape yang ada anak yang berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2019, bulan march nanti dah boleh stemby untuk isi borang pendaftaran darjah 1 untuk sessi persekolah 2020/2021 pula. 

Korang kene alert pada bulan march nanti, dekat laman web KPM ya untuk kemasukan tahun hadapan

harap nye, status ni membantu. 😊


KREDIT : WAN ANI

Monday, 4 March 2019

JANGAN AMBIL MUDAH!


Asma ialah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Dalam bahasa atau dialek lain, ia dikenali sebagai lelah & semput.

Serba sedikit mengenai Asma :
➡ Ia adalah penyakit paru-paru.
➡ Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.
➡ Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.

Macam mana nak tahu kalau kita ada asma ni?

Ade beberapa tanda yang boleh mengesahkan anda mempunyai asma :
❌ batuk yang berulang dengan berdehit.
❌ Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.
❌ bila ada diantara ahli keluarga anda mempunyai sejarah asma
❌ terdedah kepada punca-punca asma secara kerap

Hindari punca terjadinya asma :
❌ Asap rokok
❌ Debu
❌ Bulu haiwan
❌ Kenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif
❌ Sebelum bersenam/bersukan pastikan minta nasihat doktor dulu.

PELAN TINDAKAN ASMA

Pelan tindakan asma adalah perancangan bertulis yang dihasilkan bersama-sama dengan doktor anda tentang tindakan perlu dilakukan untuk mengawal asma semasa di rumah. Ini termasuklah :
➡Gejala yang perlu anda awasi.
➡Tindakan yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala-gejala tersebut.
➡Ubat-ubatan yang perlu digunakan beserta dos ulangan yang diperlukan.
➡Ketahui masa yang perlu untuk mendapatkan rawatan doktor.
➡Ketahui alamat dan nombor telefon yang perlu dihubungi untuk sebarang kecemasan.

Asma bukanlah penghalang utama untuk anda lakukan apa yang anda inginkan. Anggaplah ia sebagai satu cabaran dan tanamkan sikap yang positif setiap masa. Ia hanya satu penyakit dan anda mampu mengawalnya!

Semoga bermanfaat. 🤗

#Asmak
#MinyakHerbaAsmak
#JusAsmakGold
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

SENYUM ITU SEDEKAH

Mulakan harimu dengan senyuman. Walau banyak pahit semalamnya, hidup pasti perlu diteruskan.

Hidup terlalu singkat untuk diisi dengan kesedihan. Dan siapalah kita untuk menidakkan segala dugaan yang sudah tertulis untuk Dia menguji kita?

Aku, kau, kita pernah melalui rasa terluka dan kecewa tapi ianya bukan tiket untuk kita biarkan perasaan begitu terus menyakitkan kita.

Move on, ada hari baru lebih baik menanti. InshaAllah. ❤️

Assalammualaikum.

Nenas, Mamajuju 🍍

#selalukuat #selalupositif