2 hari lepas memang santai & manja cara workout kita. Hanya buat set JB dan santai perut di depan tv. Ewah! Alasannya balik keje lambat dan masa terhad.
Harini terpaksa memaksa diri. Ni nak cakap pasal pengalaman sendiri. Kalau tersama tu, sep la sikit. 😂😅 Ada masa sampai 2 hari tak workout atau buat aktiviti yang terlalu santai tapi kalori yang masuk, mak ai! Kalori burn ciput...Bukan cakap pasal korang, pasal haku ni.
Tapi selalu set dalam kepala lepas 2 hari, dah bukan boleh bagi alasan lagi. Sebab selepas masuk hari ke-3 tak workout kemungkinan nak ke laut tu tinggi. Percayalah! Sebab badan kita dah mula bermalas-malasan dan selera makan membuak-buak. Badan mulalah naik lemau. Maka bermulalah rutin ternakan lemak semula dan kitaran struggle, cari coach, diet extreme datang lagi. And the list go on... 🥵
Penat tau sebenarnya nak mula balik! Kalau yang betul-betul melalui kepayahan dan kesakitan masa mula-mula training akan faham dan beringat.
Ya, tengah bercakap dengan diri sendiri juga ni yang masih obese dan kena tanam dalam benak kepala.
#masihobese
#fitmalaysia
#fitwithmamajuju
#fitmalaysia
#fitwithmamajuju
No comments:
Post a Comment