Kita memang tak boleh buat semua orang suka kita. Kita ni manusia yang tak sempurna. Bukan malaikat yang mulia di sisi-Nya.
Kita tak boleh buat semua orang sayang kita tapi kita boleh belajar untuk lebih menyayangi diri kita sendiri.
Kita tidak perlu selalu dihargai kerana jika tidak, hati kita akan selalu kecewa nanti. Mengharap penghargaan manusia akan selalu buat kita terluka. Tapi kita boleh belajar untuk lebih menghargai diri kita sendiri.
Hidup ni singkat je. Kalau semua diisi dengan kesedihan, jangan salahkan mereka atau mereka kerana yang memilih jalan sedih dan luka adalah kita.
Allah beri kita satu kesedihan kerana Dia akan gantikan dengan lebih banyak kegembiraan jika kita sabar. Dan sudah tentu Dia Maha Tahu yang kita mampu.
Assalammualaikum. ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍
#selalukuat #selalupositif
No comments:
Post a Comment