Bagi korang sendiri, apa yang paling mahal dekat dunia ni?
Emas? Berlian? atau benda lain?
Lain orang lain jawapannya ye tak?
Bagi Mamajuju, apa yang paling mahal ialah kesihatan yang baik. Eh kenapa pulak? Sebab bila kita mempunyai kesihatan yang baik, kita boleh buat apa sahaja aktiviti ataupun benda yang kita suka. Betul tak? Kaya macam mana pun takkan mampu beli kesihatan yang baik sebab kalau tak jaga buruklah kesihatan kita.
Mamajuju bagi contoh macam benda-benda manis. Benda manis ni bagi Mamajuju adalah perosak kesihatan yang sangat bahaya sebab ia mampu merosakkan sistem dan anggota badan. Benda-benda manis ni sinonim sangat dengan diabetes. So kalau tak nak kena diabetes kurangkan benda manis. Banyak lagi sebenarnya benda yang boleh merosakkan sistem dan anggota badan.
Sesetengah orang anggap mereka muda mereka takkan kena penyakit macam ni. Bila dah kena masa tu nasi dah jadi bubur. Kesihatan yang baik adalah nikmat Tuhan yang tidak ternilai sebab tu Mamajuju cakap ianya mahal.
Orang kata..................... "Kurangkan manis dalam minuman lebihkan dalam senyuman"
Gituuuuu....hihi..
Semoga bermanfaat 😊
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
No comments:
Post a Comment