Monday, 13 January 2020

DRAMA PAGI ISNIN


"Assalammualaikum Mueed, Rauff bangun dah pukul 6.30. Bangun2 si manja2 mama. Nanti lambat pegi sekolah."

Kali pertama kedua ketiga memang lemah lembut mamanya kejut. Masuk kali keempat mulalah tonasi tu tinggi sikit tapi terkawal. Kalau tinggi sangat, mahu tercampak pulak air kopi jiran sebelah kalau dia tengah breakfast. Bhahahaha!

"Bagilah tidur sikit lagi. Lambat lagi nak pegi sekolah."

"Lambat apa yer? Masuk sekolah pukul 7.30."

Dah mula nak kena bebel pepagi budak-budak ni. Lemah longlai masuk bilik air. Alhamdulillah dah siap pakai baju semua , sorang nak minum susu coklat farm fresh, sorang nak koko sawanah. Breakfast semua nak makan dekat sekolah, bekal sandwich dah selit dekat beg masing-masing. Ok ready to go!
Dah target 7.15 keluar rumah.

"Ma, jap. Nak berak boleh? Sakit perut."

Pagi ni je 3 kali Mueed masuk toilet. Mamajuju dah risau. Tiap kali Mueed keluar toilet terus sapu minyak asmak bagi sedap perut. Dah berbelah bagi hati ni nak pegi kerja.

"Dah okay tak bang? Nak mama sapu lagi minyak?"

"Dah tak sakit dah perut mama. Ok sikit. tadi perut keras sebab makan banyak kot malam tadi."

Pandai pulak sedar diri makan banyak malam tadi. Mana taknya dinner nasik goreng pattaya daging habis sepinggan! Huahuahua..

Dulu tertanya-tanya, "Minyak asmak ni betul ke boleh guna untuk sakit perut jugak?"

Sebab selalu dengar minyak ni untuk batuk kahak je. Rupanya masa sakit perut, kembung perut pun boleh.

JImat pulak tu kalo beli botol besar. Boleh dapat freegift. Siap kumpul cop lagi!


No comments:

Post a Comment