Bagi korang sendiri, apa yang paling mahal dekat dunia ni?
Emas? Berlian? atau benda lain?
Lain orang lain jawapannya ye tak?
Bagi
Mamajuju, apa yang paling mahal ialah kesihatan yang baik. Eh kenapa
pulak? Sebab bila kita mempunyai kesihatan yang baik, kita boleh buat
apa sahaja aktiviti ataupun benda yang kita suka. Betul tak? Kaya macam
mana pun takkan mampu beli kesihatan yang baik sebab kalau tak jaga
buruklah kesihatan kita.
Mamajuju
bagi contoh macam benda-benda manis. Benda manis ni bagi Mamajuju
adalah perosak kesihatan yang sangat bahaya sebab ia mampu merosakkan
sistem dan anggota badan. Benda-benda manis ni sinonim sangat dengan
diabetes. So kalau tak nak kena diabetes kurangkan benda manis. Banyak
lagi sebenarnya benda yang boleh merosakkan sistem dan anggota badan.
Sesetengah
orang anggap mereka muda mereka takkan kena penyakit macam ni. Bila dah
kena masa tu nasi dah jadi bubur. Kesihatan yang baik adalah nikmat
Tuhan yang tidak ternilai sebab tu Mamajuju cakap ianya mahal.
Orang kata..................... "Kurangkan manis dalam minuman lebihkan dalam senyuman"
Gituuuuu....hihi..
Semoga bermanfaat 😊
No comments:
Post a Comment