Thursday, 23 January 2020

REZEKI KAN ALLAH DAH TETAPKAN?

Sejujurnya memang tak boleh nak faham jenis manusia yang tak boleh tengok orang lain ada rezeki lebih sikit.

Kalau orang tu memang deserve rezeki lebih dari kita kerana usaha, kegigihan dan skill yang dia belajar dan sudi pula memberi manfaat pada orang lain dengan bayaran mampu milik dengan niat nak membantu, apa masalahnya?

Ada orang dia cari rezeki bukan hanya nampak nilai duit semata-mata tapi dalam masa yang sama nak  kepuasan dengan niat nak bantu orang lain sebaik yang dia boleh.

Ya, memang tahu ada orang jenis tak kisah pun. Jenis kejar duit semata-mata. Asal dapat duit banyak. Faham tak faham, tahu tak tahu kau punya pasal.

Cuma kalau yang dengan niat nak membantu tu Allah beri dia rezeki lebih, janganlah kita nak mempersoalkan. Itu Allah dah tetapkan untuk dia.

Jangan buat pe'el ni depan Mamajuju eh. Haku ketuk dengan senduk kayu nanti. Tapi risau gak sebab orang tua dulu kata kalau ketuk dengan senduk jadi monyet. Percaya nau kecik-kecik dulu. 🤣

#CelotehMamajuju

No comments:

Post a Comment