Showing posts with label diabetic. Show all posts
Showing posts with label diabetic. Show all posts

Thursday, 9 July 2020

SEDAPNYA MANIS GULA!


TAHUKAH ANDA?

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasikan gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika di aplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasikan gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.
.
.
.
Bantu saya kurangkan pengambilan gula putih dengan #Potonguler! 🙏

Krimer Susu (350ml) RM8.00
Krimer Coklat (250ml) RM6.00

https://BantuSayaKurangkanGula.wasap.my

#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor

Thursday, 2 July 2020

NAK INSAF, TAK NAK DAH MINUM MANIS!

Perkongsian dari Puan Ayu lepas 'berhijrah' kepada #Potonguler

Susahnya nak cari makanan dan minuman yang manis tapi sihat. Kan seronok kalau dapat nikmati kemanisan tanpa risau terlebih gula dalam badan?

Kak Ayu faham derita yang ditanggung pesakit kencing manis. Anda pening kepala fikir macamana nak 'avoid' gula sampaikan terpaksa makan makanan yang tawar dan membosankan. Akhirnya sampai suatu masa tu, anda tak tertahan lagi dan 'give up'. Main bedal je apa yang melintas depan mata. Lepas jumpa doktor, kena ceramah, balik rumah insaf berpantang balik kejap, tapi tak lama lepas tu ke laut balik.

Bayangkan kalau anda terus-terusan menipu diri anda? Anda makan je tanpa hirau berapa banyak pengambilan gula putih dalam diet harian anda. Akhirnya badan anda tak mampu nak proses gula berlebihan tu. Buah pinggang anda mula rosak. Bahagian badan anda ada yang mula tak terima lagi ubat. Kalau ada luka, luka tu melarat sehingga ada bahagian rosak dan perlu dibuang. Ngeri kan?

Menyedari hakikat ini, Kak Ayu 'decide' jual stevia sejak 2014 dan kini terbaru ada susu pekat manis #Potonguler. Susu ni dapat bantu anda hilangkan ketagihan terhadap kemanisan gula putih ni. Anda dapat nikmati kemanisan tanpa perlu risau lagi.

Ni pun untuk manfaat akak abang jugak untuk berubah ke arah gaya hidup lebih sihat. Kita sama-sama bantu cegah sebelum sakit datang menjengah. Inilah masa yang sesuai untuk akak abang yang nak cuba kurangkan gula dalam pemakanan dan minuman seharian.


======================

Bantu saya kurangkan pengambilan gula putih dengan #Potonguler! 🙏

Krimer Susu (350ml) RM8.00
Krimer Coklat (250ml) RM6.00

https://BantuSayaKurangkanGula.wasap.my

#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor

Saturday, 27 June 2020

KARBOHIDRAT RINGKAS - GULA

Dari sudut nutrisi dan juga untuk kepentingan kesihatan, terdapat dua jenis karbohidrat utama yang selalu dibincangkan iaitu ringkas dan kompleks. Jenis yang ringkas atau disebut sebagai refined carbs dalam bahasa Inggeris, merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda.

Gula putih juga dianggap sebagai karbohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah dihadam dan diserap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Ini bukanlah sesuatu yang diinginkan kerana peningkatan paras gula yang laju dan mendadak dalam darah akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah dalam jangka panjang.

Bagi gula kompleks pula, ianya terdiri daripada dua kumpulan iaitu jenis yang berkanji dan juga bijirin penuh. Kedua-duanya mengambil lebih masa untuk diuraikan dan untuk dihadam oleh badan. Turut disebut sebagai whole carbs dalam bahasa Inggeris, ianya merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding gula ringkas kerana keupayaannya untuk tidak mengakibatkan peningkatan paras gula dalam darah yang mendadak dan cepat.

Selain itu, ianya juga berupaya untuk membekalkan tenaga dalam tempoh yang lebih lama akibat daripada peningkatan paras gula yang beransur-ansur dan terkawal. Tambahan lagi, bijirin penuh adalah sumber serat dan nutrien yang baik. Sesetengah bijirin tertentu mungkin mengandungi zat besi dan asid folik (seperti beras putih dan roti putih).Contoh makanan yang tergolong dalam kumpulan gula kompleks ini adalah seperti berikut:

Berkanji
Sayuran berkanji seperti kentang, kacang, jagung
Roti, bijirin
Bijirin penuh

Oatmeal
Kacang dan bijian (badam, walnut, kacang tanah)
Buah-buahan (beri, epal)
Kacang kering
Roti gandum
Beras perang
Sayuran

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Artikel Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Kredit : Hello Doktor
.
.
.
Tak perlu risau kalau nak kurangkan pengambilan gula putih hanya dengan Potonguler.

http://wa.me/60193392160

#PotongGuler
#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor