Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Wednesday, 8 July 2020

KESAN PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN.


Di Malaysia, makanan yang tinggi dengan gula bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Minuman manis mudah didapati dan diambil dengan hampir semua hidangan. Minuman seperti teh ais, kopi, milo dan sebagainya menjadi kegemaran buat si kecil mahupun orang dewasa.

Apa yang lebih merisaukan adalah minuman manis yang kaya dengan gula ini lazimnya diambil dengan hidangan yang turut kaya dengan kalori daripada gula dalam bentuk berbeza - nasi. Nasi adalah polimer kompleks bagi gula atau lebih tepat lagi, karbohidrat. Ianya merupakan makanan ruji di Malaysia, mendominasi sebahagian besar pinggan-pinggan hidangan di negara ini. Dalam satu hidangan bersertakan satu minuman sahaja, sebahagian besar keperluan kalori harian seseorang itu telahpun dipenuhi.

Akibat daripada tabiat mengambil makanan yang tinggi dengan kalori daripada gula atau karbohidrat, ianya menyebabkan badan seseorang itu terus menerus membawa dan mengumpul kalori yang berlebihan dan juga simpanan gula (glukosa) yang tinggi dalam badan.
Apabila gula dimakan dan dihadam, 4 kilo kalori tenaga dihasilkan untuk setiap satu gram gula mudah. Penghadaman karbohidrat bermula di mulut – di peringkat mulut, enzim amylase akan dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar air liur di sekitar bahagian dalaman mulut manusia. Proses pemecahan gula kompleks kepada gula yang lebih pendek dan asas ini berlaku melalui penguraian ikatan glikosida antara unit-unit gula. Penghadaman gula ini berlaku dengan tidak lengkap dan akan disambung semula apabila bahan makanan sampai ke bahagian usus kecil. Di dalam bahagian awal usus kecil, turut dikenali lebih tepat lagi sebagai Duodenum, enzim amylase dikeluarkan oleh struktur pankreas dan bertemu dengan bahan makanan, menghadam dengan lebih lanjut gula yang terdapat di dalamnya.

Pengambilan karbohidrat yang banyak mampu membekalkan tenaga yang banyak, dengan syarat, ianya digunakan. Oleh sebab itu, atlet profesional mengambil karbohidrat yang banyak bagi membekalkan badan mereka dengan jumlah tenaga yang tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga harian mereka. Namun yang demikian, rakyat Malaysia rata-ratanya mengamalkan gaya hidup sederhana walaupun mereka mengambil jumlah karbohidrat dan gula yang tinggi. Apabila kandungan gula berlebihan dalam badan berlaku, terdapat beberapa proses yang akan berlaku bagi mengawal paras gula dalam darah. Antaranya ialah proses glikogenesis (penghasilan glikogen). Glikogen ini adalah gula dalam bentuk simpanan. Organ yang banyak bertanggungjawab dalam melaksanakan proses ini adalah organ hati. Glikogenesis hati menyumbang kepada penurunan paras glukosa dalam darah. Hormon yang paling penting dalam pengawalan kepekatan glukosa dalam plasma darah adalah insulin. Insulin yang terikat pada reseptor spesifik pada permukaan sel dalam tisu adipos dan otot, meningkatkan kadar kemasukan glukosa ke dalam sel-sel ini.

Proses seterusnya dalam membantu mengawal kandungan gula berlebihan dalam darah adalah pembentukan lemak. Seperti yang dinyatakan di atas, reseptor untuk insulin boleh didapati pada permukaan tisu adipos (tisu lemak). Ini bermakna ianya juga boleh mengambil gula lebihan untuk disimpan. Dalam usaha untuk menurunkan paras gula dalam darah, gula lebihan akan diproses menjadi suatu struktur yang dikenali sebagai asetil coA. Asetil coA adalah bahan binaan asas yang digunakan untuk membina tisu lemak sekali gus menambah bilangan lemak pada badan seseorang.

Pertambahan glukosa susulan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi dan dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah di dalam saraf dan juga salur darah kecil. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan rintangan insulin. Susulan daripada pengambilan gula berlebihan dan rintangan insulin ini adalah penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2). Tambahan lagi, pengumpulan lemak berlebihan akan menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit obesiti. Kecederaan salur darah akibat daripada produk akhir metabolisma gula berlebihan ini juga dapat menyebabkan penyakit salur darah koronari, yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit jantung seperti serangan jantung akut dan juga kegagalan jantung.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung 
Artikel Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Kredit : Hello Doktor

#PotongGuler
#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor

Thursday, 2 July 2020

NAK INSAF, TAK NAK DAH MINUM MANIS!

Perkongsian dari Puan Ayu lepas 'berhijrah' kepada #Potonguler

Susahnya nak cari makanan dan minuman yang manis tapi sihat. Kan seronok kalau dapat nikmati kemanisan tanpa risau terlebih gula dalam badan?

Kak Ayu faham derita yang ditanggung pesakit kencing manis. Anda pening kepala fikir macamana nak 'avoid' gula sampaikan terpaksa makan makanan yang tawar dan membosankan. Akhirnya sampai suatu masa tu, anda tak tertahan lagi dan 'give up'. Main bedal je apa yang melintas depan mata. Lepas jumpa doktor, kena ceramah, balik rumah insaf berpantang balik kejap, tapi tak lama lepas tu ke laut balik.

Bayangkan kalau anda terus-terusan menipu diri anda? Anda makan je tanpa hirau berapa banyak pengambilan gula putih dalam diet harian anda. Akhirnya badan anda tak mampu nak proses gula berlebihan tu. Buah pinggang anda mula rosak. Bahagian badan anda ada yang mula tak terima lagi ubat. Kalau ada luka, luka tu melarat sehingga ada bahagian rosak dan perlu dibuang. Ngeri kan?

Menyedari hakikat ini, Kak Ayu 'decide' jual stevia sejak 2014 dan kini terbaru ada susu pekat manis #Potonguler. Susu ni dapat bantu anda hilangkan ketagihan terhadap kemanisan gula putih ni. Anda dapat nikmati kemanisan tanpa perlu risau lagi.

Ni pun untuk manfaat akak abang jugak untuk berubah ke arah gaya hidup lebih sihat. Kita sama-sama bantu cegah sebelum sakit datang menjengah. Inilah masa yang sesuai untuk akak abang yang nak cuba kurangkan gula dalam pemakanan dan minuman seharian.


======================

Bantu saya kurangkan pengambilan gula putih dengan #Potonguler! 🙏

Krimer Susu (350ml) RM8.00
Krimer Coklat (250ml) RM6.00

https://BantuSayaKurangkanGula.wasap.my

#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor

Saturday, 27 June 2020

KARBOHIDRAT RINGKAS - GULA

Dari sudut nutrisi dan juga untuk kepentingan kesihatan, terdapat dua jenis karbohidrat utama yang selalu dibincangkan iaitu ringkas dan kompleks. Jenis yang ringkas atau disebut sebagai refined carbs dalam bahasa Inggeris, merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda.

Gula putih juga dianggap sebagai karbohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah dihadam dan diserap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Ini bukanlah sesuatu yang diinginkan kerana peningkatan paras gula yang laju dan mendadak dalam darah akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah dalam jangka panjang.

Bagi gula kompleks pula, ianya terdiri daripada dua kumpulan iaitu jenis yang berkanji dan juga bijirin penuh. Kedua-duanya mengambil lebih masa untuk diuraikan dan untuk dihadam oleh badan. Turut disebut sebagai whole carbs dalam bahasa Inggeris, ianya merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding gula ringkas kerana keupayaannya untuk tidak mengakibatkan peningkatan paras gula dalam darah yang mendadak dan cepat.

Selain itu, ianya juga berupaya untuk membekalkan tenaga dalam tempoh yang lebih lama akibat daripada peningkatan paras gula yang beransur-ansur dan terkawal. Tambahan lagi, bijirin penuh adalah sumber serat dan nutrien yang baik. Sesetengah bijirin tertentu mungkin mengandungi zat besi dan asid folik (seperti beras putih dan roti putih).Contoh makanan yang tergolong dalam kumpulan gula kompleks ini adalah seperti berikut:

Berkanji
Sayuran berkanji seperti kentang, kacang, jagung
Roti, bijirin
Bijirin penuh

Oatmeal
Kacang dan bijian (badam, walnut, kacang tanah)
Buah-buahan (beri, epal)
Kacang kering
Roti gandum
Beras perang
Sayuran

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Artikel Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Kredit : Hello Doktor
.
.
.
Tak perlu risau kalau nak kurangkan pengambilan gula putih hanya dengan Potonguler.

http://wa.me/60193392160

#PotongGuler
#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor