Showing posts with label tips bisnes; jana pendapatan; info bisness. Show all posts
Showing posts with label tips bisnes; jana pendapatan; info bisness. Show all posts

Thursday, 16 July 2020

CLOSE SALE DENGAN WASAP VOICE NOTE

Apa bezanya kalau kita berkomunikasi dengan cara menaip atau bercakap dalam wasap guna voice note bila nak kelos sel? 👇👇👇

Nada suara dan emosi masa berkomunikasi dan berurusan akan jadi berbeza.

Dulu Mamajuju suka juga menaip dalam wasap setiap kali explain pasal produk Asmak. Tapi lama-lama tu rasa macam personal touch dengan pelanggan maciam tak sampai. Ada juga pelanggan yang selesa untuk kita call terus je kan? Yang mana tak tu, kita boleh guna pendekatan voice note.

Setiap kali pelanggan bertanyakan tentang produk yang kita jual, cubalah sesekali bertukar cara dengan wasap voice note ni. Sesekali kita cuba asah skill kita bercakap tentang produk yang kita jual.

Walau tak semua, tapi bila pelanggan dengar suara kita dan cara penerangan kita yang jelas dan menyakinkan, tak mustahil dari satu barang dia nak beli, boleh grab terus apa-apa set kombo.

Kalau dah sakan guna wasap voice note tu janganlah komunikasi kita menjadi terlalu mendesak pulak. Elakkan menjual barang yang tak diperlukan pelanggan hanya kerana kita nak mengaut untung semata-mata. Kalau betul nak ikot syariah compliance, semua tu perlu diambil kira. Bak kata omputih tu, "Just go with the flow." Jangan gelojoh sangat ek?

Sebagai contoh dalam lima yang approach kita untuk membeli, InshaAllah dua akan cuba menambah produk walau hanya trial set jika cara pendekatan yang kita gunakan tu betul. Yang paling pentingnya janganlah gugup masa explain sebab kita nak cuba dapatkan kepercayaan pelanggan untuk beli produk kita. Kita layan pelanggan macam kawan supaya mereka rasa dekat dengan kita.

Janganlah risau pasal suara sedap ke tak sedap. Bukannya suruh menyanyi. Huahuahua.

Cuba tau. InshaAllah moga bertambah luas rezeki kalian!

Love, Mamajuju. 🍍

Thursday, 7 February 2019

ASSALAMMUALAIKUM, BISNES APA TU?

Benda senang je.

Kau cuma perlu bayangkan macam mana kalau satu jam hidup kau tu nilai dia RM 300, atau apa-apa nilai yang kau rasa sesuai. Baca balik, aku suruh kau BAYANGKAN.

Maknanya, setiap kali ada orang nak lepak dengan kau, dia bagi kau RM 300 setiap satu jam, atau pun setiap kali kau main PUBG, kiraan dia RM 300 sejam akan terguna.

Sekarang ni, macam mana kau nak manfaatkan setiap jam RM 300 tu dalam hidup kau?

Kau nak mengamuk dan down selama 4 jam sebab masalah bisnes? Kau dah terbazir RM 1200 tu.

Kau keluar lepak dengan orang yang ada bisnes selama 3 jam, kau dapat manfaat lebih dari RM 900.

Sehari kau tidur 7 jam, baki 17 jam tu kau kena manfaatkan setiap RM 300. Bayangkan ada orang ajak kau lepak rumah dia tengok Maharani Tak Lawak selama 2 jam, terbuang kau punya RM 600.

Buat apa yang penting untuk bisnes dan kehidupan kau, potong yang mana tak dapat manfaat.

Kalau kau rasa tengok wayang cerita hantu tak datangkan manfaat untuk pendidikan anak kau, jangan tengok; kalau kau rasa tengok drama Melayu waktu Maghrib tak boleh majukan bisnes kau, jangan tengok; kalau kau lepak dengan kengkawan kau hisap ganja berjam-jam tak boleh meluaskan bisnes kau, jangan hisap.

Mag di Madagascar, 7:26 pagi.

Mag Malaya Ahmad

Tuesday, 11 December 2018

4 CARA SIMPLE TINGKATKAN REVENUE BISNES

Percaya atau tidak..suka ke tak suka..tapi inilah
4 cara yang paling efektif dalam meningkatkan revenue bisnes anda..


Jom semak:

1- Tingkatkan jumlah customer anda..Jika masa permulaan bisnes anda..customer anda hanya ada 20. yang setia mungkin 5 orang..tingkatkan customer menjadi 100 dan yang setia mungkin 20-25..tingkatkan lagi ke 200 dan seterusnya..dan begitulah customer base anda semakin kukuh dan begitu juga your loyal customer...ada teknik bagaimana meningkatkan jumlah customer dan mengekalkan kesetiaan mereka...

2- Tingkatkan average transaction size...Jika sebelum ini customer anda membeli produk anda bernilai RM20 ..cari jalan/cara bagaimana satu customer akan membeli produk utama anda dan produk tambahan yang akhirnya jumlahnya menjadi besar..

3- Tingkatkan kekerapan customer anda membeli dari anda...mungkin anda boleh pertimbangkan untuk kecilkan sizing produk anda..1 produk boleh digunakan untuk 2 minggu..dan strategi dimana customer bole membeli berkali-kali dengan anda dalam sebulan. 

4- Tingkatkan harga produk anda! berserta dengan penambahbaikan produk..tambah bahan atau tambah berat produk..dan kemudian tingkatkan harga..
Selamat merancang! Selamat berbisnes. 

#saharsahad #ilmuteknikalbisnes #backtobasics #kitab #wub