Thursday, 16 July 2020

CLOSE SALE DENGAN WASAP VOICE NOTE

Apa bezanya kalau kita berkomunikasi dengan cara menaip atau bercakap dalam wasap guna voice note bila nak kelos sel? 👇👇👇

Nada suara dan emosi masa berkomunikasi dan berurusan akan jadi berbeza.

Dulu Mamajuju suka juga menaip dalam wasap setiap kali explain pasal produk Asmak. Tapi lama-lama tu rasa macam personal touch dengan pelanggan maciam tak sampai. Ada juga pelanggan yang selesa untuk kita call terus je kan? Yang mana tak tu, kita boleh guna pendekatan voice note.

Setiap kali pelanggan bertanyakan tentang produk yang kita jual, cubalah sesekali bertukar cara dengan wasap voice note ni. Sesekali kita cuba asah skill kita bercakap tentang produk yang kita jual.

Walau tak semua, tapi bila pelanggan dengar suara kita dan cara penerangan kita yang jelas dan menyakinkan, tak mustahil dari satu barang dia nak beli, boleh grab terus apa-apa set kombo.

Kalau dah sakan guna wasap voice note tu janganlah komunikasi kita menjadi terlalu mendesak pulak. Elakkan menjual barang yang tak diperlukan pelanggan hanya kerana kita nak mengaut untung semata-mata. Kalau betul nak ikot syariah compliance, semua tu perlu diambil kira. Bak kata omputih tu, "Just go with the flow." Jangan gelojoh sangat ek?

Sebagai contoh dalam lima yang approach kita untuk membeli, InshaAllah dua akan cuba menambah produk walau hanya trial set jika cara pendekatan yang kita gunakan tu betul. Yang paling pentingnya janganlah gugup masa explain sebab kita nak cuba dapatkan kepercayaan pelanggan untuk beli produk kita. Kita layan pelanggan macam kawan supaya mereka rasa dekat dengan kita.

Janganlah risau pasal suara sedap ke tak sedap. Bukannya suruh menyanyi. Huahuahua.

Cuba tau. InshaAllah moga bertambah luas rezeki kalian!

Love, Mamajuju. 🍍

No comments:

Post a Comment