Dah bancuh air dengan Susu #Potonguler pagi ni?
Terima kasih kepada yang berminat dengan Susu Potonguler.
Pagi-pagi ni kalau membaca, mudah sikit nak hadam. Meh Mamajuju share info.
Produk ini adalah produk Muslim yang menjadi alternatif gula pertama di Malaysia dalam bentuk krimer susu dan coklat. Sangat sesuai kerana semua orang menggunakan gula dalam kehidupan seharian.
Sebagaimana yang kita tahu, gula putih mempunyai keburukan, menyebabkan obes, pelbagai penyakit dan salah satu punca kanser.
Lebih details, Mamajuju share gambar ni. 👇👇👇
Macam mana dengan harga?
Krimer susu :
RM8 (SM) RM11 (SS)
Krimer coklat :
RM6 (SM) RM9 (SS)
Jelas ke jelas? 😉
http://wa.me/0193392160
#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor
Celoteh seorang Mamajuju yang selalu kuat & selalu positif. Hanya memilih untuk meneruskan kehidupan dengan kegembiraan
Thursday, 25 June 2020
FIRST IN THE WORLD!
Labels:
banana,
candy,
cheesecake,
confection,
cream,
dairy product,
fruit,
health,
honey,
Krimer Coklat,
Krimer Susu,
muffin,
no sugar challenge,
no sugar diet,
nutrient,
Powdered sugar,
protein,
sugar,
sweetener,
sweetness
Tuesday, 23 June 2020
JENIS-JENIS PENIAGA
1. Peniaga geli-geli duit sayur.
Biasanya yang ni ada income tetap. Maksudnya seorang yang bekerjaya. Ade gaji setiap bulan. So meniaga ni geli geli je. Ada, ada. Tak ada pun I still ada gaji chuollss.
2) Peniaga dah cukup segala.
Tak kisah kalau tak meniaga pun, duit senang dapat baik dari suami atau mak bapak. Pendek kata nak apa, ting! Terhidang depan mata. Bisnes suka hatilah nak buat ke tak. Time rajin promote. Time tak rajin, bersawang socmednya. Sebab senang dapat apa nak kan?
3) Peniaga tak tahu nak apa
Jenis yang takde ciri-ciri dua di atas. Tak kerja tapi hidup senang pun tak. Tak tahu apa benda dia nak. Tapi asyik merungut susah & tak cukup. Teringin nak itu ini. Tapi usaha hangat-hangat taik ayam. Kadang tak usaha apa pun. Ke korang lebih tahu dia nak apa?
4) Peniaga lompat-lompat.
Suka lompat-lompat dari satu produk ke produk yang lain. Bila try jual produk tu dalam mase sebulan tak dapat 1 juta, bulan depan lompat produk lain pulak. Cenggitulah berulang-ulang. Tapi okay lah daripada peniaga yang tak tahu nak apa tu. At least ade usaha kan?
5) Peniaga yang ada matlamat.
Peniaga jenis ni kebanyakan memang fokus bisnes. Meniaga sebab nak bagi manfaat kepada orang lain. Nak happykan orang tersayang. Balas jasa ibu ayah. Bukan jenis meniaga sendiri, cuba nak cari team & bantu naik sama-sama. Biasanya jenis ni akan nampak progress pencapaian dia dari masa ke semasa. Dan ada juga yang bekerja tergolong dalam ni sebab mungkin sebagai next plan kalau nak berhenti kerja.
.
So.... Kalian yang mana?
.
.
Tak setuju takpa. Kita raikan perbezaan pendapat gitoohhhh..hehe..
#CelotehMamajuju
#StokisAsmakGombak

Monday, 22 June 2020
GULA DALAM SEJARAH DUNIA
Sebelum kita berbincang tentang perbezaan antara gula perang dan juga jenis-jenis gula yang lain, mari kita imbau kembali sejarah gula dalam peradaban manusia.
Di benua Asia, gula mula dihasilkan di sub-benua India sejak zaman purba. Dari situ, penyebarannya mula berlaku sehingga ke Afghanistan masa kini. Penting untuk diingatkan bahawa gula bukanlah sesuatu yang mudah didapati mahupun murah ketika zaman purba.
Malahan, di kebanyakan bahagian-bahagian lain di dunia ketika itu, pemanis utama yang digunakan adalah madu. Asalnya, manusia awal mengunyah tebu demi mendapatkan rasa manis gula di dalamnya.
Mujurlah untuk penduduk Asia Tenggara dan sub-benua India, tebu merupakan spesis tumbuhan yang natif kepada kawasan tersebut, membolehkan penemuan ciri-ciri dan potensi tebu. Antara rujukan sejarah terawal berkaitan tebu boleh didapati dalam manuskrip Cina, dikatakan bertarikh sekitar abad ke-8 BCE.
Dalam tradisi perubatan tamadun India (Ayurveda), gula asalnya bukanlah sesuatu yang dikira penting sehinggalah mereka menjumpai kaedah untuk menukarkan gula daripada tebu menjadi granul kristal, memudahkan proses simpanan dan penghantarannya.
Gula dalam bentuk granul kristal ini mula ditemui pada zaman empayar Gupta sekitar abad ke 5 CE. Pelayar-pelayar India yang membawa mentega dan juga gula ini kemudiannya bertindak mengajar pelayar dan pedagang lain yang mereka temui dalam perjalanan mereka. Tidak lama kemudian, sami Buddha yang bermusafir pula membawa ilmu penghasilan gula ini ke tanah besar China.
Kredit : Hellodoktor
Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Artikel Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
======================
Untuk info lanjut tentang #Potonguler krimer pertama di dunia tanpa gula putih, jemput ke telegram samada untuk mencuba atau menjadi sebahagian dari Team Super MJ 👇👇👇
https://t.me/joinchat/Ay8uwB3D3jJ0qFv4_GrVow

Friday, 19 June 2020
AKU TAK ADA DUIT! DUIT KURANG!
Mamajuju kurang senang kalau dengar manusia yang suka merungut hidup sempit, duit tak cukup, hutang banyak, duit habis dan seumpamanya.
Bukan ke setiap kata-kata kita tu satu doa? Jangan merungut. Jangan sebut duit tiada. Duit habis. Hutang banyak. Hidup susah dan sempit. Syukur, syukur dan selalu kata kita ni kaya.
Kalau kita masih mampu sedekah dalam tabung masjid walaupun RM1, itu tandanya kita kaya, masih ada kesempatan untuk memberi.
Kadang orang tengok kita seronok belanja sana-sini, "Banyak duit kau kan? Belanjalah sekali."
Kita amin-kan. Moga betul-betul la kan kita kaya? Bila dah kaya, banyak lagi kita dapat memberi ek.
Kadang orang tak nampak perit kita masa susah, masa struggle. Nampak masa kita ketawa & gembira je. Ye la takkan semua benda kita nak cerita. Kita seorang je ke dalam dunia bayar bil? Bayar rumah? Duit minyak?
Namun setiap kali orang kata kita senang, kita kaya kita ada duit, amin-kan je.
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Apa yang kita cakap satu doa. Ya, walau hakikatnya memang bukannya banyak mana pun duit kita. Tapi jangan merungut tak ada duit, hidup susah, kewangan sempit itu ini. Bila suka fikir macam tu, rezeki pun susah nak datang. Kita sendiri yang 'halau' dan tak mengalu-alukan rezeki tu datang pada kita.
Jelas? 😉
#CelotehMamajuju
#StokisAsmakGombak
#StokisAsmakGombak
Wednesday, 17 June 2020
ALLAH ADA. ALLAH JAGA. APA NAK RISAU?
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu Allah.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.
Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.
Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...
Kredit: Izyan Izdihar

MACAM MANA UNTUK JADI ORANG YANG SELALU BERNASIB BAIK?
Perkongsian yang bermanfaat dari Tuan Bukhari Ramli
1. Benda ni bukan berkait pasal aura ke nasib ke buang sial ke apa.
2. “Luck is what happens when preparation meets opportunity.” ~ Seneca
3. Maksudnya, nasib baik berlaku bila kita berjumpa dengan peluang dalam keadaan bersedia.
4. Selalu kan kita dengar:
+ Saya nak, tapi takde duit
+ Saya nak, tapi takde masa
5. Kita jumpa peluang, tapi sebab ketiadaan persediaan. Kita tak simpan duit, kita tak 'simpan' masa. Jadi, kita tak mampu nak ambil peluang yang ada bila sampai depan mata.
.
.
6. APA KITA PATUT BUAT #1:
Simpan duit.
Adakan satu tabung simpanan untuk tujuan tambah ilmu / bercuti / melabur dsb.
Bila sampai masa terjumpa tiket murah, ada kelas yang bagus, terjumpa buku bagus dekat kedai...
Kita dah ada simpanan yang kita boleh guna untuk tujuan tu.
BONUS:
Setiap kali kita ambil peluang ni, 'nasib baik' kita akan bertambah.
Kalau pergi bercuti, dapat pengalaman baru, rasa seronok, hati senang, nanti kerja pun senang hati.
Kalau beli buku / join kelas, kita dapat ilmu, dapat belajar, dapat nampak lebih banyak peluang, lebih bersedia, lebih bernasib baik.
.
.
7. APA KITA PATUT BUAT #2:
Simpan masa.
Gunakan masa sebaiknya. Buang sikap bertangguh. Buang benda yang buang masa kita.
Susun masa kita cantik-cantik supaya bila sampai masa peluang baru muncul, kita ada kesempatan untuk ambil peluang.
Contoh:
+ Dapat peluang buat satu kerja yang kita minat, contohnya, fotografi dengan seorang fotografer handalan yang kita minat
+ Dapat berjumpa menuntut ilmu dengan orang yang kita nak belajar
+ Dapat pergi melawat muzium / galeri / bisnes / kampung yang meluaskan pengalaman kita
Mesti ada benda kita nak buat dalam hidup. Tiba-tiba benda tu sampai, tapi kita yang takde masa.
Masa sentiasa ada. Kita yang perlu susun dengan cantik.
.
.
8. APA KITA PATUT BUAT #3:
Kurangkan alasan.
Selalu peluang melintas depan mata. Kita yang bagi alasan. Kita yang tutup mata.
’Ala, tak sempat la. Aku sibuk.’
‘Tak sempat nak tengok betul-betul detail, takde masa.’
‘Takde duit nak join.’
Lama-lama ‘DERIA’ kita melihat peluang jadi tumpul. Benda lalu depan mata pun kita tak nampak. Dah terbiasa tutup mata.
Nasib ‘SIAL’ ni datang bukan sebab orang bomoh kita, tapi kita sendiri punya kerja.
.
.
9. APA KITA PATUT BUAT #4:
Latih diri untuk nampak peluang.
Biasakan diri untuk nampak peluang bagus. Macam exercise jugak. Hari ni angkat besi 3kg. Lepas seminggu buat, barulah naik 5kg. Dah lama-lama baru boleh buat 30kg 10 set.
‘OTOT’ melihat peluang ni pun perlu dilatih.
Nampak peluang, jangan bagi alasan. Fikirkan: ‘Macam mana aku boleh buat benda ni?’
Otak kita akan cuba jawab soalan kita dan cari.
Kalau kita latih untuk cari, kita akan cari.
Kalau kita latih untuk tutup dan bagi alasan, itu juga dia akan buat.
.
.
10. APA KITA PATUT BUAT #5:
Membaca. Buat benda baru. Dedahkan diri kita dengan benda-benda baik dan bermanfaat.
Kalau selalu asyik komplen, marah itu ini, meratap hiba…
UBAH kebiasaan.
Pergi tempat baru. Pergi kerja lalu jalan lain. Ubah rutin. Pergi perpustakaan / muzium / masjid / galeri kalau tak pernah pergi. Pergi taman baru. Jalan-jalan.
Cuba sukan baru. Kalau tak pernah jogging, cuba jogging. Jalan petang-petang bawa anak-anak.
Pergi melawat / melancong. Tak perlu pergi jauh. Lawat tempat sendiri, tapi berlagak macam pelancong asing. Fikir macam pelancong asing. Lihat benda lama dengan ‘mata’ baru. Entahnya kat kampung kita pun banyak benda best yang kita tak perasan sebab dah terbiasa.
.
.
Silakan #SHARE pada kawan-kawan.
Jemput mereka ke Channel Telegram BRC:
http://brc.my/tg
#nasibbaik
#bersedia
#StokisAsmakGombak
Thursday, 21 May 2020
DAN JUGA SEBAB KENAPA SETIA DENGAN ASMAK.
Perkongsian dari founder Asmak Cikgu Fazilah.
Sebab apa ramai kata produk Asmak best sangat ye?
Sebab utama dengan izin Allah.
Sebab kedua ia bukan petik dari kilang produk sedia ada. Kami akan buat kajian ringkas dulu bahan utama dan produk macam mana kami nak.
Kami juga kaji pasaran serba sedikit. Ambil tahu apa pasaran nak.
Lepas tu bermulalah proses dengan kilang yang memang kami pilih.
Untuk info produk Asmak semuanya dengan 7 buah kilang bukan sebuah kilang. Kerana setiap kilang kepakaran dan kelebihan berbeza.
Kami berbincang dengan kilang supaya chemist mereka boleh cadangkan bahan lain yang sesuai digabungkan kerana itu kepakaran mereka.
Mereka akan R&D dan berikan sample. Reject sampai 10 kali tu biasa. Dekat sini sahaja ambil masa berbulan. Pakai sendiri dan mereka yang terdekat.
Jika berpuas hati, minta dia buat sample lagi dalam 50 - 200 unit untuk beri pada agen dan pelanggan pula. Jika fasa ni dapat feedback positif, baru kami proceed. Sini pun ambil masa berbulan.
Jika tak berpuas hati, kami akan batalkan dan buat lain.
Walaupun nampak Asmak macam banyak produk tapi tak ada yang kami buat cincai. Semua ada proses tersendiri. Dan ada satu tahun tu saya tak cukup tidur, buat kajian sikit, cari sendiri material untuk packaging dan banyak lagi.
Dan sepanjang buat produk, ada 2 produk yang kami stop pengeluaran atas sebab 1)produk jadi bermasalah 2)produk makanan ala-ala jamu.
Produk kedua kami batalkan saya berasa lega sebab saya memang tak berapa suka nak jual produk yang kita tak tahu kesan jangka masa panjang pada pengguna. Tak naklah jadi pendosa tanpa sedar kan. Walaupun ada permintaan tapi keselamatan pengguna lebih penting buat kami.
Sekadar berkongsi. Nanti saya sambung lagi kalau ramai suka.
Orang selalu cakap senang buat produk. Ye, jika anda jenis cincai.
#AsmakStory
Nfam,
Semua orang boleh buat produk, tapi tak semua boleh menjual. Produk yang dibuat dari hati insyaAllah akan memberi kesan yang jauh lebih baik pada pengguna.
19hb Mei 2019

Subscribe to:
Posts (Atom)