Thursday, 15 November 2018

PAKEJ LENGKAP SEORANG LELAKI: 5C

On the way pergi keje harini, dengar isu berkaitan ex bf ex gf. Tapi ada satu panggilan yang menarik perhatian Mamajuju. Pemanggil mengatakan yang dia yakin ex bf dia yang bekerja di German masih single & wanita ini rapat dengan ibu lelaki tersebut. Wanita ini juga mengatakan yang dia akan tetap setia menunggu. 

Dalam masa yang sama dj radio bertanya, “Kalau ada seorang lelaki lain yang approach awak, adakah awak akan terima?” Dan wanita ini menjawab, “Ok je tapi kena tengoklah dia dulu macam mana. Kenalah datang dengan pakej lengkap.” Statement wanita ini menarik perhatian dj. Wanita ini menerangkan, “Yela pakej lengkap alaaa..5C tatau ek?” 

Rasa-rasanya apa 5C tu? Meh kita share. 



5C yang dimaksudkan adalah CAR, CASH, CARD, CARE & CINTA. Dan wanita ini terang-terangan menyatakan yang care & cinta tu priority paling last. Yang penting 3 yang pertama tu ada. Ada kaum lelaki yang nak komen kat sini dialu-alukan. 

Ini sekadar pendapat peribadi Mamajuju. Ya benar, orang perempuan ni suka kepada kebendaan, kecantikan kerana nafsu perempuan adalah 9 berbanding lelaki yang hanya 1. Tapi ini bukanlah tiket kepada seorang perempuan untuk memandang kebendaan semata-mata. Memadailah jika seorang lelaki melengkapkan segala terutama sekali basic needs. 

Apalah ertinya sebuah perhubungan jika berlandaskan kepada harta benda semata-mata? Mana perginya keikhlasan? Dan tak mustahil jika ditakdirkan lelaki tu jatuh terduduk atau secara tiba-tiba menghadapi masalah kewangan, ada possibility kena tinggal. Huhu...

Jadi siapa pun pasangann kita, jika dia melayan kita dengan baik & adakala memang akan ada masalah kewangan dan sebagainya, berbaliklah kepada kesederhanaan dalam hidup. Faham siapa yang tak nak senang, tak nak ada duit banyak2 kan? Tapi tak semua manusia dilahirkan asalnya senang, mudah & kaya raya semuanya. 

Buat kaum lelaki, jika anda mempunyai seorang wanita yang sanggup bersusah-payah ketika kalian susah, hargailah. Dan janganlah pula mengambil kesempatan hanya kerana wanita itu mampu menanggung dirinya sendiri, lebih berdikari dan berusaha sehabis baik untuk menjadikan hidup bersama anda itu lebih baik dan sempurna. 

Harini kita mungkin susah, sakit, perit bersama. Tapi Dia takkan pernah mensia-siakan segala jerih dan penat lelah kita selagi mana kita tetap bersyukur apa adanya & selalu berusaha demi orang-orang yang tersayang.

Love, Mamajuju. 💋
15/11/18, 10.30am

Wednesday, 14 November 2018

MENJADIKAN WAJAHMU LEBIH BAIK



Bila ada yang tanya, "Ko pakai produk apa eh kat muka. Tengok flawless je." Wahhhh kemain..nasib tak berjalan sambil terbang weyh.. Bhahahaha!

Mamajuju guna Kaisa Skincare. Produk apa ni? Timbang kilo eh? Ewahhhh tolong sket tau. Kaisa ni produk kecantikan berasaskan bahan semulajadi menggunakan 👇👇👇

🌺 Habatussauda
🌺 Aloe vera
🌺 Vitamin C
🌺 Ekstrak Yis
🌺 Minyak Argan
🌺 Sakura
🌺 Rose

Fungsinya macam mana?

❤️ Membersihkan kulit wajah anda
❤️ Mencerahkan kulit kusam
❤️ Menegangkan kulit muka
❤️ Memudar dan menghilangkan parut dan jeragat
❤️ Mengecutkan dan mencegah jerawat
❤️ Menanggalkan sel-sel kulit mati ,blackhead dan whitehead
❤️ Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru
❤️ Melembapkan kulit wajah
❤️ Mengecilkan liang pori
❤️ Melicinkan dan melembutkan kulit wajah
❤️ Menjadikan kulit wajah awet muda
❤️ Mengelakkan penuaan
❤️ Menjadi pelindung dari pencemaran udara
❤️ Memulihkan kulit dan mencantikkan kulit wajah

Bahan yang ada dalam Kaisa ni semuanya selamat. Tiada bahan berbahaya atau bahan terlarang. Bernotifikasi dengan KKM & mesra wuduk. Konfem boleh guna tanpa was-was! 🤗

Kita share jugak rujukan NOT untuk setiap produk Kaisa ni. Faham..kot ada yang ragu2 kannnn...

✔️Kaisa Skincare - Facial Cleanser - NOT170501342K
✔️Kaisa Skincare - Foundation Facefood 3 In 1 - NOT170501343K
✔️Kaisa Skincare - Night Cream Face Rest - NOT170501344K
✔️Kaisa Skincare - Serum Facecure - NOT170501345K

Oh kaymonlah. Kalau Mamajuju rekemen mestilah yang Mamajuju dah cuba & best. Kalau produk penjagaan muka yang meragukan, jangan kata nak promote, kita nak pakai sendiri pun takuuuttt.

#KaisaSkinCare
#SkinCare

SETELAH 10 TAHUN

Cerita yang tak berapa nak kelakar nak share. Jadi pagi tadi time pegi keje.

Lepas dah siapkan segala barang anak2 nak pegi nursery, beg gym, Mamajuju longgokkan semua depan pintu. Sambil panaskan enjin kereta, laki tolong masukkan semuanya dalam kete. So lepas laki kita dah pegi, kita pun gerak hantar anak2 then pergi kerja. 

Target sampai awal. Seronok sampai awal. Tapi dah nak turun kereta, toleh seat belakang. Tatau nak gelak ke nak nangis. LAPTOP HAKU TAK BAWAK!!! So boleh imagine apa kes ekau nak masuk opis melengggang kangkung? Dah la ada proposal nak submit. 

Sepanjang jalan patah balik rumah memang diam membisu ajelahhhh. Selama 10 tahun lebih keje, inilah kali pertama laptop boleh tertinggal. Tanda2 nak kena resign ke ape ni? 🤣

Dah sampai rumah, mengenangkan nak buang masa lagi patah balik ke ofis, jadinya buat keje ofis kt rumah dulu. Dah nak tengah hari baru gerak pegi ofis. Tapi apa hikmahnya? Tengah buat keje, wasap masuk mintak cod 2 botol #MinyakHerbaAsmak 30ml & sebotol yang 10ml. Jadi sambil gerak ke ofis, Mamajuju cod dulu.

Dalam banyak2 #ProdukAsmak ni, memang ni tak penah sehari tade orang beli walaupun hanya yang 10ml tau. Kenapa?? 








PUNCA-PUNCA SERANGAN ASMA



Keadaan persekitaran yang terdedah kepada pelbagai anasir negatif memang tak boleh dielakkan. Tapi kita boleh cuba mencegah.

Jom ambil sedikit masa untuk tengok apa sebenarnya perkara yang boleh mencentuskan serangan asma untuk terjadi.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat bersama. Sharing is caring kan?

http://60193392160TeamAsmak.wasap.my/
http://60193392160TeamAsmak.wasap.my/
http://60193392160TeamAsmak.wasap.my/

Love, Mamajuju 💋

#AsmakbyMhamsb
#SharingInfo
#Tips
#SajakKongsi
#MinyakHerbaAsmak

Monday, 12 November 2018

KENAPA NAK PEDULI SANGAT?

Apalah yang kita nak peduli sangat pada orang yang tak tahu hargai kita? Kenapa nak kena terhegeh-hegeh dengan orang yang tak peduli pun kita ada ke takde? Yang selalu beralasan dengan kita selalu takde masa tapi dengan orang lain semua boleh je. Kan? 

Bukan bermakna kita ni tak perlu siapa2. Ya, semua orang ada life masing2. Tapi ramai lagi orang lain yang bukan hanya bersama kita saat diperlukan tapi bila2 sahaja tanpa ada agenda yang tersembunyi. Titik.

Jadinya apa? Move on saja. Jangan sampai yang tak pedulikan kita tu mencari kita semula hanya kerana yang lainnya dah dirasa tak membawa makna apa2.
Dalam apa pun perhubungan, kawan, family, mahupun perkahwinan kalau kita ikhlas melakukan apa saja tanpa ada tujuan mengharapkan apa2, percayalah yang datang balik pada kita semuanya bukan jadi terpaksa atau dipaksa demi menjaga hati sesiapa sahaja. 

Ok tu je nak cakap. Positif & happy selalu. Manusia pergi meninggalkan kita tapi tidak Dia. Kita cuba ok? 🤗

Love, Mamajuju 💋
 
#loveyourselffirst #keeppositive

Sunday, 11 November 2018

11.11.2018


Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas sehingga usia 32 tahun.

Terima kasih di atas ucapan selamat kalian. Tak lupa juga pada yang selalu mendoakan.

Moga lebih matang dalam berfikir, lebih bijak dalam memilih, kekal positif walau jalannya ada masa terumbang-ambing. Dan tetap bersyukur apa adanya samada hal yang kecil mahupun yang besar.

Love, Mamajuju 💋

Friday, 9 November 2018

SUATU PESANAN YANG MENENANGKAN JIWA

Kebetulan nampak kakak sepupu kita share satu posting ni. Tak tahu kenapa, rasa terkesan dalam hati. Tapi kita copy paste ni dalam english la yer. Jenuh pulakkk nak translate haaa..hihi..

Saw this from the sharing by my cousin. I just love it & makes my heart calm.
Marriage 💑

☘️In Islam marriage is easy but society make it hard. Marriage is something that will save you from a lot of major sins.

☘️It will improve your relationship with Allah, when you both are praying for each other, when you both are asking jannah for each other. 

☘️When you both support each other It just completely change your life and make it beautiful. 

💚You are a garment for your spouse.If he or she makes a mistake or says something inaccurate, never publicly correct them. A garment covers, protects and beautifies.
— Yasmin Mogahes


To my beloved husband, no matter what, we will always going through together this counting 6 years journey, till Jannah, InshaAllah. ❤️