Monday, 14 January 2019

SIMPTOM-SIMPTOM ANAK ANDA DIJANGKITI H1N1


Sebelum ni Mamajuju ada share dengan anda mengenai Influenza A ataupun nama femes dia H1N1. So harini Mamajuju nak sambung share mengenai simptom-simptom H1N1 ni.

Kalau anda nak tahu, simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom-simptom selesema biasa seperti

demam mengejut keletihan atau lesu sakit tekak hidung berhingus batuk sakit kepala sakit otot dan sendi

Selesema H1N1 boleh menyebabkan demam yang panas: jika bayi anda menghidap selesema biasa, kadar suhu ketika demam selalunya tidak melebihi 39 darjah Celcius (102.2 darjah F). Jika bayi anda menghidap selesema H1N1, suhu bayi anda boleh mencecah lebih daripada 39 celcius 2 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal. Hubungi doktor untuk nasihat jika anak 

demam panas mengantuk tidak nak bercakap hilang selera makan.

Sentiasa peka dan awasi anak kita semua okay?

Semoga bermanfaat ! 😊
 
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Sunday, 30 December 2018

KITA HANYA SEORANG HAMBA

Samada kita kaya atau tiada apa, Allah sebenarnya sedang menguji kita. Adakah kita hamba-Nya yang tetap teguh imannya dari segala kekufuran?

Samada kita sihat atau terlantar tidak bermaya, Allah sebenarnya sedang menguji kita adakah masa sihat kita digunakan sebaiknya untuk dunia & akhirat dan apabila sakit kita sungguh2 meminta pada-Nya untuk disembuhkan?

Samada kita sedang gembira atau berduka, Allah masih sedang menguji kita adakah kita hamba yang terus-terusan bersyukur dengan nikmat-Nya dan masih tetap bersyukur dan redha atas segala dukacita yang menimpa.

Kita hanya hamba. Hamba yang belum tahu lagi terus ke Syurga-Nya kah kita? Belum tahu lagi. Dan tak juga kuat menahan azab seksa api neraka. Janganlah lupa kita hanya seorang hamba.

Nenas, Mamajuju 🍍

#CelotehMamajuju #NukilanRasa

Wednesday, 26 December 2018

KOPAK DUIT ASYIK PERGI SALON JE


Berpagian sebelum pegi kerja customer pick up shampoo bunga. Katanya yang kat rumah pun dh nak habis. So nak cuba shampoo lerrr shampoo asmak yang viral ni. Tq! 😍

Ni nak membawang juga kisah customer kita sebelum dia beli produk Asmak.

Dia pernah cerita

❌ Rambut dia asyik berbau akibat peluh
❌ Gatal-gatal lepas tu berkelemumur
❌ kusut dan kering

Boleh dikatakan tiap 2 minggu dia akan ke salon sebab nak atasi masalah rambut rosak tu. Tak larat wehh asyik ulang alik salon je.

Dia pun pernah rasa give up sebab duit banyak habis dekat salon je. Tapi dia optimis cari jalan solusi.

Sampailah dia dapat tau pasal produk Shampoo Bunga Raya Plus.

Dia rasa happy sebab Shampoo Bunga Raya Plus boleh selesaikan masalah :

✅ keguguran rambut
✅ mengurangkan kelemumur
✅ menghilangkan gatal-gatal dikepala
✅ Menghilangkan jerawat kepala dan kudis
✅ membuatkan rambut lebih kuat

Lepas ni dah tak perlu pergi salon dah. Semua buat dekat rumah je. Jimat gilerrr.. 💃

Memang produk Shampoo Bunga Raya Plus setanding dengan produk yang ada dekat salon. Sebab tu ramai customer repeat order.

Lagipun produk ini dijamin selamat dan halal. Paling best sekali ianya tak akan buat rambut mudah rosak malah akan merawat balik mahkota anda itu.

Tersangatlah rugi siapa yang masih ragu-ragu untuk cuba produk Shampoo Bunga Raya Plus sebab Shampoo Bunga Raya Plus ini mampu :

✅ Mengurangkan rambut gugur
✅ Menyegarkan kulit kepala
✅ Melebatkan rambut
✅ Menghilangkan kelemumur
✅ Menghalang kegatalan kulit kepala
✅ Menghilangkan kudis dan jerawat kulit kepala
✅ Menyihatkan rambut dan menguatkan rambut
✅ Melembutkan rambut

Shampoo Bunga Raya Plus ni bila masuk je stok dia confirm licin! Laku keras sebab tak nak terlepas peluang memiliki produk yang power ni.

Untuk dapatkan produk yang jadi rebutan zaman sekarang ni bolehlah hubungi Mamajuju sekarang !!
.
.
==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my
==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my
==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my





#AsmakHairCare #ShampooBungaRayaPlus
#IngatShampooIngatBungaRaya #ShampooViral #BungaRaya #rambutrosak #rambutkelemumur

Wednesday, 19 December 2018

PANIK KETIKA ANAK MENANGIS DALAM KAPAL TERBANG


Situasi yang biasa kita lihat dalam kapal terbang. Bagi yang bujang mungkin tidak kisah sangat tapi bagi para ibu bapa situasi ini amat merisaukan mereka.

Jika anda sebagai ibu bapa menghadapi situasi ini, apa yang saya boleh nasihatkan ialah BAWA BERTENANG. Jangan panik dan jangan hiraukan orang sekeliling. Fokus kepada anak anda.

Dalam menangani situasi ini, ada beberapa tips yang saya nak share :

✅ Aturkan segalanya sebaik mungkin terlebih awal dan pastikan anda tenang dan cukup rehat apabila memulakan perjalanan.
✅ Rancang dan lengkapkan bagasi tangan dengan cermat dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda akan rasa lebih tenang dan bersedia untuk menikmati perjalanan apabila tiba di tempat duduk anda.
✅ Memberi susu badan atau susu botol semasa berlepas dan mendarat akan membantu untuk mengurangkan sebarang kesakitan telinga yang mungkin terjadi. Menghisap dan menelan akan melegakan tekanan yang membina di dalam telinga bayi anda.
✅ Jika bayi anda tetap juga mula menangis, dia mungkin sejuk, panas, bosan, lapar atau terasa penat. Berjalan berulang-alik di lorong mungkin menenangkan si comel anda tanpa menganggu penumpang-penumpang lain. Atau berikan barang permainan kegemarannya untuk mengalih perhatian.
✅ Jika si comel tidak berjaya dipujuk, bawalah dia ke bahagian belakang di mana bunyi enjin boleh menenggelamkan tangisannya. Sentiasa bertenang, tumpukan kepada bayi anda dan bercakap secara lembut dengannya. Tunjukkan permandangan ke luar tingkap, ianya mungkin boleh mengalih perhatian dan menenangkannya
✅ Usah pedulikan komen biadap atau keluhan penumpang lain. Pada kebanyakan masa, mereka akan bersimpati apabila melihat anda cuba menenangkan si comel.

Kebiasaannya bila situasi ini berlaku kebanyakkan penumpang yang lain akan faham. Jangan terkejut tiba-tiba ada penumpang yang bermain dengan anak anda untuk meredakan tangisan anak anda itu 😊

Ingat untuk sentiasa BERTENANG 💪🏻

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Tuesday, 18 December 2018

KALAU SAYA BERJUMPA PENGASUH APA YANG PERLU SAYA TANYA?


Nak pilih pengasuh ni kita kena selidik betul-betul.

Oleh itu, perlu bagi anda sebagai ibu bapa untuk meluangkan sedikit masa berbincang dengan bakal pengasuh mengenai pendekatan mereka terhadap sesetengah perkara supaya anda tahu bahawa anda berdua bersefahaman mengenai isu-isu penting berkaitan penjagaan anak.

Antara soalan yang boleh anda tanya kepada bakal pengasuh anda :

✅ Apakah pendekatan anda mengenai disiplin? Bagaimanakah cara anda mendisiplinkan kanak-kanak? Adakah umur kanak-kanak itu turut diambil kira? Apakah yang anda sifatkan sebagai kelakuan buruk?

✅ Apakah makanan kegemaran anda untuk disajikan kepada anak-anak? Apakah yang anda biasanya hidangkan kepada mereka? Berapa kerapkah anda membenarkan mereka makan snek, gula-gula dan kuih-muih yang manis?

✅ Bolehkah anda gambarkan satu hari yang biasa kepada saya?

✅ Apakah jenis aktiviti yang anda lakukan bersama-sama kanak-kanak ini? Bolehkah saya lihat beberapa contoh?

Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi anda berhak untuk tahu bagaimana anak anda akan dilayan. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, tetapi pengasuh yang baik ialah yang memberikan jawapan hampir sama dengan pendapat anda sendiri.

Seorang pengasuh mempunyai pengaruh besar kepada anak-anak dalam jagaan mereka dan anda harus membuat lawatan seberapa kerap yang boleh, dan tanyalah soalan sehingga anda benar-benar puas hati.

Sentiasa bertanya kepada pengasuh anda supaya anda dapat melihat perkembangan anak anda disamping mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak

Friday, 14 December 2018

LAMPIN KAIN VS LAMPIN PAKAI BUANG


Bab ini dah lama menjadi topik pendebatan antara ibu bapa sehinggalah ke hari ini.

Masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri mengenai hal ini. Harini saya nak share sikit mengenai perkara ini yang dah lama jadi pendebatan antara ibu bapa.

Mereka yang memilih lampin kain berhujah bahawa ianya kurang mahal dan sesetengah merasakan bahawa lampin kain kurang menyebabkan ruam lampin. Juga, lampin pakai buang mempunyai pelapik plastik yang tidak boleh reput, manakala lampin kain boleh dikitar semula, sekali gus mengurangkan impak ke atas tanah kambus kita.

Perkara ini elok difikirkan dengan teliti sebelum bayi anda dilahirkan, tetapi sedarilah yang anda mungkin bertukar fikiran, oleh itu janganlah membeli terlalu banyak lampin yang mahal. Fikirkan tentang isu-isu praktikal seperti sama ada anda mempunyai mesin basuh dan mungkin juga mesin pengering (ya, walaupun di Malaysia di mana matahari sentiasa memancar, ada kemungkinan kita tidak banyak mendapat matahari semasa jerebu atau link musim monsun).

Jika anda memilih lampin pakai buang, bolehkah anda mendapatkannya dengan mudah dan adakah anda mempunyai tempat untuk menyimpannya? Berbincanglah dengan rakan-rakan yang mempunyai bayi muda dan ketahuilah pilihan mereka. Bandingkan harga lampin kain dengan lampin pakai buang bagi tempoh dua ke tiga tahun iaitu tempoh anda akan menggunakannya. Dalam perkiraan ini, anda boleh juga mengambilkira kemungkinan untuk mendapat anak-anak yang kedua atau ketiga 😊

Tidak timbul sebenarnya mana yang lebih baik antara 2 jenis lampin ini. Sebagai ibu bapa anda tidak boleh menidakkan kebaikkan dan kelebihan antara dua jenis lampin ini. Kalau anda memilih lampin kain sebagai lampin utama anak anda, anda perlukan juga lampin pakai buang yang amat berguna semasa dalam perjalanan atau untuk kegunaan kecemasan.

Semoga bermanfaat 😁

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Thursday, 13 December 2018

REVIEW MOVIE: THE SINKING OF VAN DER WIJCK


Mula-mula tengok tajuknya kat netflix macam cerita omputih.Tapi pelakonnya Indonesia. 

Secara keseluruhan cerita ni bertemakan cinta yang mementingkan adat, asal usul dan harta. Tapi Mamajuju tak nak sentuh pasal cerita cinta tu sangat. 

Mamajuju suka cerita ni bagaimana seorang anak muda bernama Zainuddin (bukan bapak aku..hahaha..!) walaupun kecewa dalam cinta, dipandang hina, semangatnya tetap kuat. 

Asalnya hanya pendatang belajar tentang agama, jatuh hati pada seorang perempuan bernama Hayati. Dia sayang sangat dengan Hayati ni sebab di saat orang lain semua menghina si Zainuddin, dia seorang je yang sudi menerima Zainuddin.

Tapi malangnya sebab Hayati ni orang minang penuh adat tak boleh kahwin dengan suku sebarangan, so terpaksa kahwin dengan Aziz yang lebih berkedudukan & masyur.

Tapi tu la kannn.. Kekayaan, kemuliaan & kemasyhuran tidak semestinya kekal selamanya. Zainuddin yang dulunya hina tapi ada bakat menulis sampai jadi penulis terkenal. Memang terbeliaklah mata Hayati kannn..semangat Zainuddin tu yang Mamajuju suka tengok. Ada pulak Bang Muluk yang selalu jadi orang yang sentiasa support Zainuddin time tengah down.

Eh nanti korang tengoklah. Overall memang best. Cuma bahasa yang digunakan dalam cerita ni bahasa minang. Nasib kat netflix ada subtitle. Kalau tak terkebil2 nak fahamkan. Huahuahua..

#moviereview