Celoteh seorang Mamajuju yang selalu kuat & selalu positif. Hanya memilih untuk meneruskan kehidupan dengan kegembiraan
Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts
Wednesday, 13 February 2019
PNEUMONIA
Bila tengok anak anda terseksa untuk bernafas mesti rasa sedih dan tak senang duduk. Nak masak pun tak senang, nak tidur pun tak senang mengenangkan keadaan anak.
Tahu tak kenapa anak anda jadi begitu?. Bila anak anda mengalami situasi macam tadi, itu bermakna anak anda mengalami Pneumonia. Pneumonia ni kalau anda nak tahu merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun. Antara simptom yang mummy dan daddy boleh ketahui mengenai pneumonia ni ialah :
1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Pneumonia dan batuk biasa ade perbezaan tau. Kalau batuk biasa ni bunyi dia taklah "sedalam" pneumonia. Kalau pneumonia bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.
Mummy dan daddy di luar sana perlu peka dengan kesihatan anak-anak sebab kalau anda ambil mudah kelak ianya boleh membahayakan anak anda.
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
Labels:
Info,
parenthood,
parenting,
pneumonia,
tips
Location:
Gombak, Selangor, Malaysia
Saturday, 9 February 2019
ANAK TANTRUM : JANGAN GELABAH
Kanak-kanak ni kadang-kadang susah kita nak ramal perangai dia. Kejap okay kejap tak lepastu okay balik. Bila tak okay dia mula keluar tantrum dia. Habis semua benda dia lempar dia sepahkan.
Sebagai ibu bapa, saya minta anda jangan cepat melenting. Lagi anda melenting lagi dia menjadi-jadi. Menurut Dr Harlina Bahar, Pakar Perunding Psikitiari Kanak-Kanak & Remaja tantrum biasa terjadi pada pada kanak-kanak yang berumur 18-48 bulan.
Bila anak sedang tantrum, perkara pertama anda kena buat ialah bawa bertenang. Kalau anda pun tak sabar lepastu melenting benda ni akan memburukkan lagi keadaan. Antara perkara yang anda boleh try untuk redakan tantrum anak anda ialah :
✅ Kena tahu punca kenapa anak anda mengamuk
✅ Sibukkan anak anda dengan sesuatu
✅ Alihkan perhatian mereka dengan tunjukkan video kesukaan mereka atau apa sahaja.
✅ Jangan layan tantrum anak. Anda kena bertenang sebab lama-lama mereka akan diam sendiri.
✅ Dengar apa yang anak anda nak cakap atau luah kan. Jangan buat tak tahu , kesian mereka.
✅ Pastikan tidur anak anda cukup. Kalau tak cukup tu punca dia mengamuk.
Selepas anak anda dah relax dan tenang, anda boleh cakap dengan dia mengenai tingkah laku dia tadi. Nasihatkan dia secara baik dan jangan tinggikan suara. Bila anda tinggikan suara nanti dia makin nak buat.
Pokok pangkalnya jadilah seorang ibu bapa yang tegas tapi memahami dalam masa yang sama.
Semoga bermanfaat ya.
Pesanan ikhlas dari kami Minyak Herba Asmak
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeArefamily
Wednesday, 30 January 2019
CARA MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN SELSEMA BAYI
Antara tips yang Mamajuju boleh kongsikan kepada ibu bapa di luar sana:
✅ Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
✅ Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
✅ Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.
Semoga bermanfaat 🙋🏻♂
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak
Tuesday, 22 January 2019
SELSEMA VS BAYI ANDA
Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibubapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selsema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu.
Pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selsema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya.
Selsema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya selsema merebak apabila seseorang yang menghidapi selsema itu bersin dan menyebarkan virus selsema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.
Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selsema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.
Selsema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selsema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi. 😊
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak
Friday, 18 January 2019
BOLEH KE KERAK KEPALA INI DIRAWAT
Kerak kepala ni bukanlah perkara yang serius sangat. Ianya boleh dirawat dengan cara yang betul. Bagi ibu bapa diluar sana, saya nak share macam mana nak merawat kerak kepala ni.
✅ Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus ataupun sikat lembut.
✅ Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.
Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat jangkitan, doktor anda boleh mengesyorkan anda krim antifungus.
Semoga bermanfaat 😊
#InfoByMhamsb #Asmak
✅ Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus ataupun sikat lembut.
✅ Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.
Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat jangkitan, doktor anda boleh mengesyorkan anda krim antifungus.
Semoga bermanfaat 😊
#InfoByMhamsb #Asmak
Wednesday, 19 December 2018
PANIK KETIKA ANAK MENANGIS DALAM KAPAL TERBANG
Situasi yang biasa kita lihat dalam kapal terbang. Bagi yang bujang mungkin tidak kisah sangat tapi bagi para ibu bapa situasi ini amat merisaukan mereka.
Jika anda sebagai ibu bapa menghadapi situasi ini, apa yang saya boleh nasihatkan ialah BAWA BERTENANG. Jangan panik dan jangan hiraukan orang sekeliling. Fokus kepada anak anda.
Dalam menangani situasi ini, ada beberapa tips yang saya nak share :
✅ Aturkan segalanya sebaik mungkin terlebih awal dan pastikan anda tenang dan cukup rehat apabila memulakan perjalanan.
✅ Rancang dan lengkapkan bagasi tangan dengan cermat dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda akan rasa lebih tenang dan bersedia untuk menikmati perjalanan apabila tiba di tempat duduk anda.
✅ Memberi susu badan atau susu botol semasa berlepas dan mendarat akan membantu untuk mengurangkan sebarang kesakitan telinga yang mungkin terjadi. Menghisap dan menelan akan melegakan tekanan yang membina di dalam telinga bayi anda.
✅ Jika bayi anda tetap juga mula menangis, dia mungkin sejuk, panas, bosan, lapar atau terasa penat. Berjalan berulang-alik di lorong mungkin menenangkan si comel anda tanpa menganggu penumpang-penumpang lain. Atau berikan barang permainan kegemarannya untuk mengalih perhatian.
✅ Jika si comel tidak berjaya dipujuk, bawalah dia ke bahagian belakang di mana bunyi enjin boleh menenggelamkan tangisannya. Sentiasa bertenang, tumpukan kepada bayi anda dan bercakap secara lembut dengannya. Tunjukkan permandangan ke luar tingkap, ianya mungkin boleh mengalih perhatian dan menenangkannya
✅ Usah pedulikan komen biadap atau keluhan penumpang lain. Pada kebanyakan masa, mereka akan bersimpati apabila melihat anda cuba menenangkan si comel.
Kebiasaannya bila situasi ini berlaku kebanyakkan penumpang yang lain akan faham. Jangan terkejut tiba-tiba ada penumpang yang bermain dengan anak anda untuk meredakan tangisan anak anda itu 😊
Ingat untuk sentiasa BERTENANG 💪🏻
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak
Tuesday, 18 December 2018
KALAU SAYA BERJUMPA PENGASUH APA YANG PERLU SAYA TANYA?
Nak pilih pengasuh ni kita kena selidik betul-betul.
Oleh itu, perlu bagi anda sebagai ibu bapa untuk meluangkan sedikit masa berbincang dengan bakal pengasuh mengenai pendekatan mereka terhadap sesetengah perkara supaya anda tahu bahawa anda berdua bersefahaman mengenai isu-isu penting berkaitan penjagaan anak.
Antara soalan yang boleh anda tanya kepada bakal pengasuh anda :
✅ Apakah pendekatan anda mengenai disiplin? Bagaimanakah cara anda mendisiplinkan kanak-kanak? Adakah umur kanak-kanak itu turut diambil kira? Apakah yang anda sifatkan sebagai kelakuan buruk?
✅ Apakah makanan kegemaran anda untuk disajikan kepada anak-anak? Apakah yang anda biasanya hidangkan kepada mereka? Berapa kerapkah anda membenarkan mereka makan snek, gula-gula dan kuih-muih yang manis?
✅ Bolehkah anda gambarkan satu hari yang biasa kepada saya?
✅ Apakah jenis aktiviti yang anda lakukan bersama-sama kanak-kanak ini? Bolehkah saya lihat beberapa contoh?
Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi anda berhak untuk tahu bagaimana anak anda akan dilayan. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, tetapi pengasuh yang baik ialah yang memberikan jawapan hampir sama dengan pendapat anda sendiri.
Seorang pengasuh mempunyai pengaruh besar kepada anak-anak dalam jagaan mereka dan anda harus membuat lawatan seberapa kerap yang boleh, dan tanyalah soalan sehingga anda benar-benar puas hati.
Sentiasa bertanya kepada pengasuh anda supaya anda dapat melihat perkembangan anak anda disamping mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak
Thursday, 13 December 2018
KEKERAPAN MENUKAR LAMPIN
Menukar lampin bayi secara kerap adalah penting, sebab air kencing yang mengandungi bakteria dalam najis boleh membuat kulit menjadi merah radang dan menyebabkan ruam lampin.
Anda boleh menganggar akan perlu menukar lampin setiap kali sebelum bayi bersarapan atau selepasnya (kecuali pada waktu malam, sebab menukar lampin boleh mengganggu tidur bayi), dan juga apabila bayi membuang air besar.
Bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya, dan terkencing setiap satu hingga tiga jam.
Lampin basah tidak mengganggu kebanyakan bayi, oleh itu jangan fikirkan yang bayi akan menangis atau menunjukkan ketidakselesaannya setiap kali lampinnya basah. Lampin pakai buang menyerap lembapan dengan baik, jadi anda mungkin tidak menyedari yang lampin bayi sudah basah lencun. Untuk mengelakkan masalah ini, periksa sama ada lampin itu basah dua jam sekali dengan meraba-raba dengan jari yang bersih.
Sebagai ibu bapa, anda perlu peka dengan si comel anda. Kalau meragam semacam tu cepat-cepat periksa lampin dia.
Next post #Mamajuju akan share mengenai lampin pakai buang vs lampin kain.
Stay tuned ! 🤗
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak #pampers #parenting #parenthood
Sumber : Babycenter.com
Subscribe to:
Posts (Atom)







