Showing posts with label Lampin bayi. Show all posts
Showing posts with label Lampin bayi. Show all posts

Friday, 14 December 2018

LAMPIN KAIN VS LAMPIN PAKAI BUANG


Bab ini dah lama menjadi topik pendebatan antara ibu bapa sehinggalah ke hari ini.

Masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri mengenai hal ini. Harini saya nak share sikit mengenai perkara ini yang dah lama jadi pendebatan antara ibu bapa.

Mereka yang memilih lampin kain berhujah bahawa ianya kurang mahal dan sesetengah merasakan bahawa lampin kain kurang menyebabkan ruam lampin. Juga, lampin pakai buang mempunyai pelapik plastik yang tidak boleh reput, manakala lampin kain boleh dikitar semula, sekali gus mengurangkan impak ke atas tanah kambus kita.

Perkara ini elok difikirkan dengan teliti sebelum bayi anda dilahirkan, tetapi sedarilah yang anda mungkin bertukar fikiran, oleh itu janganlah membeli terlalu banyak lampin yang mahal. Fikirkan tentang isu-isu praktikal seperti sama ada anda mempunyai mesin basuh dan mungkin juga mesin pengering (ya, walaupun di Malaysia di mana matahari sentiasa memancar, ada kemungkinan kita tidak banyak mendapat matahari semasa jerebu atau link musim monsun).

Jika anda memilih lampin pakai buang, bolehkah anda mendapatkannya dengan mudah dan adakah anda mempunyai tempat untuk menyimpannya? Berbincanglah dengan rakan-rakan yang mempunyai bayi muda dan ketahuilah pilihan mereka. Bandingkan harga lampin kain dengan lampin pakai buang bagi tempoh dua ke tiga tahun iaitu tempoh anda akan menggunakannya. Dalam perkiraan ini, anda boleh juga mengambilkira kemungkinan untuk mendapat anak-anak yang kedua atau ketiga 😊

Tidak timbul sebenarnya mana yang lebih baik antara 2 jenis lampin ini. Sebagai ibu bapa anda tidak boleh menidakkan kebaikkan dan kelebihan antara dua jenis lampin ini. Kalau anda memilih lampin kain sebagai lampin utama anak anda, anda perlukan juga lampin pakai buang yang amat berguna semasa dalam perjalanan atau untuk kegunaan kecemasan.

Semoga bermanfaat 😁

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Thursday, 13 December 2018

KEKERAPAN MENUKAR LAMPIN


Menukar lampin bayi secara kerap adalah penting, sebab air kencing yang mengandungi bakteria dalam najis boleh membuat kulit menjadi merah radang dan menyebabkan ruam lampin.

Anda boleh menganggar akan perlu menukar lampin setiap kali sebelum bayi bersarapan atau selepasnya (kecuali pada waktu malam, sebab menukar lampin boleh mengganggu tidur bayi), dan juga apabila bayi membuang air besar.

Bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya, dan terkencing setiap satu hingga tiga jam. 

Lampin basah tidak mengganggu kebanyakan bayi, oleh itu jangan fikirkan yang bayi akan menangis atau menunjukkan ketidakselesaannya setiap kali lampinnya basah. Lampin pakai buang menyerap lembapan dengan baik, jadi anda mungkin tidak menyedari yang lampin bayi sudah basah lencun. Untuk mengelakkan masalah ini, periksa sama ada lampin itu basah dua jam sekali dengan meraba-raba dengan jari yang bersih. 

Sebagai ibu bapa, anda perlu peka dengan si comel anda. Kalau meragam semacam tu cepat-cepat periksa lampin dia. 

Next post #Mamajuju akan share mengenai lampin pakai buang vs lampin kain. 

Stay tuned ! 🤗

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak #pampers #parenting #parenthood

Sumber : Babycenter.com