Showing posts with label tips bayi. Show all posts
Showing posts with label tips bayi. Show all posts

Saturday, 9 February 2019

BATUK KOKOL

Siapa pernah dengar mengenai Batuk Kokol 100 hari ?

Mende tu ??

Ni saya nak share dengan mummy dan daddy kat luar sana. Batuk Kokol ni atau mat salleh panggil Whooping Cough adalah disebabkan oleh bakteria pertussis (Bordetella pertussis) yang menyerang kerongkong dan saluran pernafasan penghidapnya. 

Akibatnya, seseorang itu akan mengalami batuk teruk, kerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga tiga bulan. Masyarakat Melayu satu ketika dulu menamakan jangkitan bakteria pertussis ini sebagai batuk kokol 100 hari.

Menurut pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata bila seseorang itu dijangkiti bakteria ini, ia boleh berlanjutan sehingga beberapa minggu kadang berbulan juga. Secara klasiknya batuk itu dikenali sebagai batuk 100 hari, kerana kanak-kanak akan batuk sehingga mencecah tempoh itu.

"Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku dalam kalangan bayi berumur di bawah enam bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik, pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radang selaput otak (meningitis)."

Beliau berkata, kes batuk kokol dianggarkan membabitkan 20 juta seluruh dunia dan agak menyedihkan kerana 90 peratus daripada kes itu berlaku di negara sedang membangun. 

Malaysia katanya tidak terlepas daripada kejadian batuk kokol ini malah data yang diperoleh daripada statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati kebanyakan negara yang mempunyai liputan vaksin DPT (difteria, pertusis dan tetanus) yang rendah, kes batuk kokol meningkat.

Pertussis ini boleh dielakkan sebenarnya dengan memberikan imunisasi kepada bayi anda  seawal 2, 3, 5, & 18 bulan. Mereka yang bergejala juga katanya dinasihatkan tidak mencium bayi kerana bayi berisiko tinggi mendapat jangkitan pertussis. 

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala penyakit itu untuk mengelakkan kesan lebih buruk.

So mummy dan daddy di luar sana pastikan anak anda dilindungi dengan secukupnya ya 😉

Semoga bermanfaat. 🤗


Sumber : Harian Metro

#info #batukkokol
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakGombak

Wednesday, 30 January 2019

CARA MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN SELSEMA BAYI


Antara tips yang Mamajuju boleh kongsikan kepada ibu bapa di luar sana:

✅ Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

✅ Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.

✅ Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Tuesday, 22 January 2019

SELSEMA VS BAYI ANDA


Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibubapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selsema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu.

Pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selsema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya.

Selsema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya selsema merebak apabila seseorang yang menghidapi selsema itu bersin dan menyebarkan virus selsema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selsema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

Selsema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selsema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi. 😊

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Friday, 18 January 2019

BOLEH KE KERAK KEPALA INI DIRAWAT

Kerak kepala ni bukanlah perkara yang serius sangat. Ianya boleh dirawat dengan cara yang betul. Bagi ibu bapa diluar sana, saya nak share macam mana nak merawat kerak kepala ni.

✅ Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus ataupun sikat lembut.
✅ Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat jangkitan, doktor anda boleh mengesyorkan anda krim antifungus.

Semoga bermanfaat 😊


#InfoByMhamsb #Asmak

Thursday, 13 December 2018

KEKERAPAN MENUKAR LAMPIN


Menukar lampin bayi secara kerap adalah penting, sebab air kencing yang mengandungi bakteria dalam najis boleh membuat kulit menjadi merah radang dan menyebabkan ruam lampin.

Anda boleh menganggar akan perlu menukar lampin setiap kali sebelum bayi bersarapan atau selepasnya (kecuali pada waktu malam, sebab menukar lampin boleh mengganggu tidur bayi), dan juga apabila bayi membuang air besar.

Bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya, dan terkencing setiap satu hingga tiga jam. 

Lampin basah tidak mengganggu kebanyakan bayi, oleh itu jangan fikirkan yang bayi akan menangis atau menunjukkan ketidakselesaannya setiap kali lampinnya basah. Lampin pakai buang menyerap lembapan dengan baik, jadi anda mungkin tidak menyedari yang lampin bayi sudah basah lencun. Untuk mengelakkan masalah ini, periksa sama ada lampin itu basah dua jam sekali dengan meraba-raba dengan jari yang bersih. 

Sebagai ibu bapa, anda perlu peka dengan si comel anda. Kalau meragam semacam tu cepat-cepat periksa lampin dia. 

Next post #Mamajuju akan share mengenai lampin pakai buang vs lampin kain. 

Stay tuned ! 🤗

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak #pampers #parenting #parenthood

Sumber : Babycenter.com