Showing posts with label workout; fit malaysia. Show all posts
Showing posts with label workout; fit malaysia. Show all posts

Tuesday, 19 February 2019

WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERSENAM


Waktu yang sesuai bersenam, pagi keee petang? 🤔

Korang suka bersenam bila? Ke bersenam sambil makan ke cemano? 😅

Dari sumber yang Mamajuju baca yang sebenarnya kita bebas bersenam pada waktu yang kita rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing. Ye laa kadang masa kita bekerja atau menjalankan urusan harian tu berlainan kan?

Ada yang suka waktu pagi sebab udara fresh & otak pun rasa segar je. Semangat tu pun lain macam. Tapi tak semua dapat melakukannya especially pada hari kerja. Kalau dapat pun, waktu mungkin terhad.

Tak kurang juga yang memilih waktu petang atau malam selepas kerja. Cuma waktu begini kena ada extra effort untuk memaksa diri. Maklumlah kalau dah penat seharian tak kira yang bekerja atau surirumah, mulalah rasa liat & mengelat je bila buat workout tu betol tak? Hihihi..

Tak kisahlah waktu mana pun. Janji korang selesa. Lebih baik ada dari tak ada ye tak? Buat santai-santai sambil tengok tv dengan anak-anak pun ok je. Banyak sekarang video-video home workout yang boleh diikuti. Nak dengan tak nak ajer..

Coach Mamajuju selalu pesan workout paling malas, buatlah 5 set jumping jack + squat sebanyak 10x. Ini semalas-malas workout kalau tak nak sangat buat menda lain. Tapi ikotlah kemampuan badan masing-masing. Pelan-pelan kayuh, lama-lama dapatlah rentaknya.

Mamajuju selalu pegang pada kurus tu bonus dan akan seiringan bila kita workout dan kawalan pemakanan. Yang penting badan sentiasa fit dan cergas. Maklumlah macam kita dah mak-mak ni tenaga nak kena sentiasa ada.

Nenas, Mamajuju 🍍

#fitmalaysia
#fitwithmamajuju

Thursday, 7 February 2019

PAPA JOE, PAKCIK GYM INSPIRASIKU


Nama pakcik ni pakcik Hamzah. Biasa orang ada jugak panggil papa joe. Bekas pencen polis. Kenal time Mamajuju join gym. Mula-mula kenal dulu pakcik ni lagi besorrr dari sekarang. Berat sebelum ni 132kg dan dah menurun 120kg.

Pak cik ni punya semangat kuat. Walau badan besor, time weight lifting relax je dia angkat. Lentik. badan ke belakang, tadehal. Pakcik selalu cakap time dekat gym, "Semangat-semangat, mesti kuat semangat!" Iyer pakcik kalau tak kuat semangat memang kusss semangat tengok badan sendiri naik macam dipam-pam nanti. 😂

Papa Joe sendiri cakap bila dah aktif workout dengan sendirinya tahap kesihatan makin baik, doktor kat hospital pun dah kurangkan dose ubat pakcik & lutut pun dah tak sakit. Penah amik supplement semulajadi tapi lepas rasa badan dah sihat, jimat duit tak makan dah. Makan bila perlu aje, tu pun dah lama tak amek. Tu selalu cakap bila workout, kurus tu bonus, akan datang sekali. Yang penting nikmat fit dan sihat. 😍

So rutin kami dengan team Gymbara yang lain, harini yang lain tado, abes gym, minum sat kat mamak bawah gym. Tapi yang tak best, pakcik ni mesti selalu nak bayar! Sampai naik segan kita tau. Tapi harini Mamajuju cepat2 pegi kaunter bayarkan dulu. 🤣

Dannn....kita bagi pakcik cuba2 #FreshNCool & #MinyakHerbaAsmak 🤗

#AsmakByMHAMSB #StokisAsmakGombak
#throwbackmorning
#fitmalaysia
#fitwithmamajuju