Wednesday, 30 January 2019

CARA MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN SELSEMA BAYI


Antara tips yang Mamajuju boleh kongsikan kepada ibu bapa di luar sana:

✅ Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

✅ Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.

✅ Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Monday, 28 January 2019

MILK BOOSTER : MADU KURMA MERAH

Hai semua!

Sekarang ASMAK ade keluarkan produk terbaru tau, yang diberi nama MADU KURMA MERAH.
.
Masa i berpantang dulu, macam-macam petua kita amalkan untuk tambah susu badan. Antaranya, air rebusan longan + kurma merah, air rendaman halba dan macam- macam lagi. Kini, lebih mudah dengan Madu Kurma Merah. Dah siap semua,boleh terus ambil atau dicampur air.
.
Kalau madu, kurma, goji, halba dan halia bentong mesti ramai dah tahu khasiatnya kan. Yang best ini lelaki atau perempuan dua-dua boleh amalkan tau. Banyak kelebihan dia.
500g hanya RM70 sahaja
.
Siapa berminat nak tahu lebih lanjut boleh wasap ye😊


📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my 📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/ 📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/



#madukurmamerah
#banyakkhasiat
#keluaranterbaru

APA ITU DIABETES GESTASI


Macam pelik je bunyi dia . Meh Mamajuju share sikit.

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
☘ mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.
☘ membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

#InfoByMhamsb #InfoKesihatan

Friday, 25 January 2019

CAFFEIN DAN PENYUSUAN IBU


Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda.

Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi.

Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #InfoKesihatan

Wednesday, 23 January 2019

BAHAGIA ADA DALAM DIRI

Seringkali kita fikir kebahagiaan itu apabila kita ada sesuatu benda yang kita kejar dan impikan.

Sehingga kita lupa bahagia itu sudah pun dimiliki.

Bangun pagi, masih bernafas.

Masih boleh mendengar suara-suara insan yang tersayang.

Masih boleh melihat mereka.

Masih boleh bercakap, masih boleh makan, masih boleh berdiri dan banyak lagi yang MASIH kita miliki.

Tak salah mengejar impian, tetapi jangan sampai kita tidak merasa bahagia.

Kita harus berasa bahagia dalam perjalanan kita mengejar impian.

Apalah gunanya impian tercapai jika kita tidak pernah berasa bahagia sepanjang perjalanan kita itu.

Apakah jaminan kita mesti bahagia HANYA selepas memiliki apa yang kita nak?

Bahagia untuk setiap orang itu lain.

Ada yang sudah bahagia dengan gaya kehidupan begitu.

Ada yang sudah bahagia dengan gaya kehidupan begini.

Tak sama.

Definisi kebahagiaan, kita yang tentukan.

Pilihlah untuk bahagia dengan apa yang dikecapi dan apa yang kita sudah ada.

Dengan itu kebahagiaan akan bertambah dengan sendirinya.

Sekali kita kufur nikmat, maka bersedialah menerima balasannya.

Jangan pernah mempersoalkan rezeki orang lain. Kerana soal rezeki sudah tertulis sejak azali.

Kejarlah impian dan keinginan banyak mana pun, asalkan rasa bahagia dengan apa yang ada sekarang.

Usah nanti menyesal apabila yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Nfam,
Bahagia dengan apa yang ada, bahagia dalam mengejar apa yang belum ada.

Jom kerja kuat yuk! 💪

#selalupositif #selalukuat

Tuesday, 22 January 2019

RUMAH HUTAN BONDA ROZITA : BAITUN NAHRI

Throwbak cerita Sabtu lepas. Berkesempatan nak join sekaki hari keluarga ofis suami. Dan juga pengalaman pertama menjejakkan kaki ke rumah Terapi Alam Bonda Rozita. Inilah rasanya peluang kalau nak merasakan suasana bertemakan "Back to Nature".

Lokasi pun tak jauh dekat Batang Kali je. Dalam kepala memula fikir, "Owh ni yang dekat kedai makan tu kot, yang siap ada tempat urut tu." Rupanya bukan. Ada satu lagi lokasi yang dipanggil BAITUN NAHRI. Masa memula masuk simpang tu macam teragak juga sebab gaya macam nak masuk hutan dalam. Tapi bila nampak kawasan lapang dengan pemandangan rumah kampung yang cantik, legalah sikit hati ni.

Dekat sini ada rumah jenis sebuah dan jenis chalet bertingkat. Bilangan rumah dekat sini tak banyak tapi suasana macam dekat kampung tu yang rasa mahal. Kawasan luas sesuai untuk beraktiviti untuk hari keluarga, nak buat bbq dan kawasan sekeliling ada pokok buah-buahan, binatang peliharaan. Part yang paling Mamajuju suka adalah sungainya. Dah lama sangat rasanya tak tengok sungai yang cukup bersih dan mendamaikan mata yang memandang.

Kebetulan ada bilik yang diambil untuk memudahkan nak bersalin baju, satu untuk lelaki satu untuk perempuan. Kalau tak silap rate sebilik dalam RM240. Tak sempat ambil gambar sebab sampai lewat dan selamat bilik dirasmikan orang lain dulu. Tapi masa masuk tu keadaan selesa, kemas & bukan chalet biasa2.

Rasanya teringin nak sampai lagi & nak test bermalam pula. 😍




























#Review
#TravelogMamajuju
#FamilyDay
#RumahTerapiAlam
#RumahHutanBondaRozita

SELSEMA VS BAYI ANDA


Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibubapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selsema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu.

Pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selsema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya.

Selsema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya selsema merebak apabila seseorang yang menghidapi selsema itu bersin dan menyebarkan virus selsema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selsema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

Selsema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selsema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi. 😊

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Monday, 21 January 2019

11 TIPS MENGATASI RASA MALU BERBISNES

Senang rasa hati bila rumah dah siap kemas, makan tengah hari dah siap masak. Marilah kita duduk2 rehat ambil nafas sekejap sebelum mula kerja seterusnya sambil baca perkongsian di bawah ni.

Secara umum untuk kedua jenis bisnes online dan offline,ini perkongsian dari saya.

1.Berdoalah kepada Allah dengan doa yang spesifik. Minta agar dikurangkan rasa malu dan diberikan keyakinan diri.

2. Kenali diri sendiri. Buat senarai kelebihan, kekurangan diri sendiri beserta cadangan mengatasi.

3.Tentukan minat terhadap bisnes dan cuba 'master' dengan apa yang hendak diusahakan.

4. Sekiranya anda seorang wanita dan masih mempunyai suami, sila minta izin suami terlebih dahulu. Lebih bagus libatkan pasangan agar dia tahu apa yang kita buat. Sekiranya dia seorang ekstrovert bolehlah dapatkan sokongan darinya.

5. Yakin dengan bisnes/ produk yang hendak diusahakan. Pendek kata kalau pelanggan tanya apa pun boleh jawab.

6. Yakin dengan diri sendiri dengan sentiasa memikirkan kata-kata motivasi dan nasihat dari mereka yang sudah berpengalaman.

7. Baca dan dengar pengalaman orang lain.

8. Sekiranya offline,tanamkan dalam diri yang anda nak bantu selesaikan masalah orang lain dengan produk tersebut jadi kenapa perlu malu?

9. Meniaga adalah sunnah nabi dan pekerjaan yang sangat mulia .Mereka yang berniaga pergantungannya terus kepada Allah berbanding dengan orang yang makan gaji ramai yang tersalah berharap kepada majikan semata-mata (bukan semua).

10. Jangan rasa kecil hati atau sedih jika tiada yang membeli  atau jualan kurang memberangsangkan sebaliknya kaji kenapa jadi begitu dan berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa.

11. Tanya diri sendiri jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh?

Nor Fazilah Abd Mohd,
Mentor Usahawan, Ibu anak 5

Norfazilah.com

HAIWAN PELIHARAAN & BAYI : SELAMATKAH TINGGAL BERSAMA?


Kebanyakan haiwan peliharaan bersikap lembut dengan kanak-kanak kecil, tetapi masih penting untuk mengawasi keadaan yang boleh membahayakan bayi anda. Ada beberapa langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil untuk memastikan bayi anda selamat, terutamanya apabila dia sudah mula merangkak dan berjalan.

Ketika bayi anda masih sangat kecil, anda secara amnya boleh memisahkan dia daripada haiwan peliharaan dalam kebanyakan masa. Jauhkan haiwan peliharaan dari bilik di mana bayi anda tidur, dan jangan sekali-kali benarkan haiwan itu tidur di katil dengan bayi anda.

Kucing, walaupun biasanya tidak cemburu, tetapi tertarik dengan kehangatan katil atau bakul bayi. Gunakan jaring untuk menutup kereta sorong atau kerusi tolak bayi yang diletakkan di tingkat bawah atau di luar rumah. Walaupun anda mungkin tidak memelihara kucing, kucing-kucing lain di kejiranan anda mungkin ingin tahu

Jika rumah anda mempunyai taman, ia boleh dipagarkan supaya ada tempat yang selamat untuk bayi, asing daripada kawasan haiwan peliharaan. Jika haiwan peliharaan anda dibenarkan menggunakan keseluruhan taman, anda mungkin perlu memeriksanya semula dan gunakan penyodok najis sebelum membenarkan anak anda bermain di luar

Periksa dengan doktor haiwan berapa kerapkah anda perlu memberi ubat cacing kepada haiwan peliharaan anda. Jangan sesekali meninggalkan ubat cacing atau sebarang ubat haiwan yang lain di tempat yang boleh dicapai oleh bayi anda.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Saturday, 19 January 2019

PESAN IBU

Post ni ibu nak tujukan kepada semua anak perempuan ibu. Tak kisahlah anak kandung ke, anak didik ke, belum jadi anak didik ke. Sesiapa sahaja yang bergelar isteri, ibu, business woman, wanita bekerjaya.

Wanita bukan makhluk yang lemah. Allah itu adil. Manusia adalah makhluk terbaik ciptaannya, tidak terkecuali wanita.

Kita adalah makhluk yang kuat emosinya. Lalu, kita selalu disalah anggap sebagai makhluk yang beremosi. Sedangkan emosi itu menjadi mekanisme pelindung untuk kita.

Tetapi ...! Jangan sekali-kali benarkan emosi itu menguasai dan mengawal diri kita. Sekali kita benarkan, that’s it, kita akan terus berada dalam ‘cengkamannya’. Apa sahaja perkara yang berjaya mengawal fikiran waras kita, akan menghancurkan kita. Ingat itu.

Sudah-sudahlah menuntut untuk dihargai. Bukan tidak boleh merajuk dan berjauh hati, tapi berpada-pada. Jangan sehingga kita terus melupakan semua impian, meninggalkan semua kenangan manis, dan melupakan kebaikan-kebaikan dan kebahagiaan-kebahagiaan yang sangat banyak dalam hidup kita.

Benar, banyak yang kita korbankan dan perjuangkan sepanjang hidup kita demi orang-orang yang kita sayang. Kita bersengkang mata membantu suami mencari rezeki. Sama-sama buat bisnes dan bekerja siang dan malam di samping suami. Belum lagi kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis, apatah lagi mengasuh dan membesarkan anak-anak.

Allah pandang semua itu, sayang ... percaya cakap ibu. Tidak ada satu pun yang Allah tak hitung. Semuanya Allah pandang. Jangan hanya kerana kita tidak mendapat pengiktirafan daripada orang lain, tidak kira daripada siapa pun, kita terus merasakan semua itu sia-sia.
Satu-satunya orang yang MESTI menghargai dan menyayangi diri kita sepenuh hati ialah KITA.
Menangislah jika mahu. Itu cara kita melindungi diri kita daripada perasaan luka dan kecewa yang terpendam. Perasaan itu akan lama kelamaan menghancurkan diri kita jika ia tidak dilepaskan dan dibiarkan begitu saja.

Namun jangan kita biarkan syaitan berjaya menghasut dan melemahkan hati kita. Jangan biarkan segala usaha dan pengorbanan kita selama ini benar-benar menjadi sia-sia.

Bangun, nak! Jangan terlalu dilayankan perasaan. Kuasai semula emosi dan perasaan itu.

Terima kasih ibu atas ingatan dan nasihat. ❤️

Kredit buat Ibu Hanim.

Friday, 18 January 2019

BOLEH KE KERAK KEPALA INI DIRAWAT

Kerak kepala ni bukanlah perkara yang serius sangat. Ianya boleh dirawat dengan cara yang betul. Bagi ibu bapa diluar sana, saya nak share macam mana nak merawat kerak kepala ni.

✅ Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus ataupun sikat lembut.
✅ Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat jangkitan, doktor anda boleh mengesyorkan anda krim antifungus.

Semoga bermanfaat 😊


#InfoByMhamsb #Asmak

THE POWER OF 24 HOURS

Jika semalam ada kecewa yang melukakan. Jika semalam ada rasa yang mengguris jiwa dan raga. Jika semalam ada perkataan yang mengguris perasaan. 

Rataplah dan menangislah sepuas hati mengadu pada-Nya bersungguh-sungguh.

Dan bisik pada hati, "Esok aku takkan menangis dan mengenang lagi. Aku adalah aku yang baru, lebih kuat hatinya, lebih kental jiwanya. Dan aku tahu inilah cara-Mu berbicara dengan diriku yang mungkin culas dalam mengingati-Mu.

Assalammualaikum, salam kuat dan positif selalu! ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍

Thursday, 17 January 2019

APA SOEKARNO KATAKAN?

"Gantungkan cita-cita mu setinggi langit! Bermimpilah setinggi langit. Jika engkau jatuh, engkau akan jatuh di antara bintang-bintang." - Soekarno.

Jadikan jalan2 cabaran hari ni sebagai pembuka mata hati untuk lebih mengenal hati budi dan sepak terajang di dunia yang bersifat sementara ini.

Asmak, We Are Family!
I Love My Women & Nenas too! 😂🍍

BILA SATU UNTUK SEMUA

Seringkali kita mendapati yang kita memerlukan sesuatu yang berbeza mengikut umur.Contohnya kita memerlukan produk A untuk kita,tetapi untuk anak pula produk B dan untuk orang tua kita produk C.

Tapi, Minyak Herba Asmak sesuai untuk semua peringkat umur.Pengakuan penggunanya adalah dari pelbagai lapisan umur.Dari bayi sehinggalah ke warga emas.Kegunaannya pun amatlah banyak walaupun sebenarnya ia adalah sejenis minyak istimewa yang dibuat khas untuk mereka yang ada batuk,kahak,selesema dan semput sahaja.

Ramai pula yang ada asma cuba minyak ni dan bagitahu "wow",memang menakjubkan.Semuanya dengan izin Allah jua kan.Dengan cara pakai yang betul,anda takkan kecewa dengan hasilnya.

Sebab itulah ramai kata minyak ni kewajipan di setiap rumah.Bila satu untuk semua,pastikan ada di mana-mana,bila-bila masa.

PM Sekarang

==>http://60193392160TeamAsmak.wasap.my
==>http://60193392160TeamAsmak.wasap.my
==>http://60193392160TeamAsmak.wasap.my




#MinyakHerbaAsmak
#MinyakViral

KISAH KAKI TERPELEOT DAN PENGALAMAN TEMPAT MASSAGE BARU

Rutin setiap bulan badan sakit tak sakit mesti berurut. Ini salah satu cara nak kekalkan badan kita sentiasa sihat dan cergas. Maklumlah dah jadi mak2 ni kena selalu bersedia fizikal dan mental. 

Nak jadi cerita semalam masa hantar anak2 pegi tadika, lepas keluar dari 7E, biasalah budak2 main lari je ke tengah jalan. Mamanya nak mengejar tak perasan ada tangga kecik. Hamek! Slow motion terpeleot kaki & nak bangun memula tu memang sakit. 

Sebenarnya tak plan nak ke pusat massage. Dan teringat pulak tempat yang selalu pegi tu tengah renovate 2 hari. So kita cubalah dekat Eriez Wellness & Medispa. Terpaksa balik kerja awal sikit sebab bila nak ke petang tu rasa macam kaki dah rasa sakit. Lokasi yang Mamajuju pergi ni dekat Danau Kota.

Dari segi rate, sebab nak urut kaki, kita pilih pakej 1 jam RM88. Kalau urut satu badan dan pilih untuk fokus lebih pada urat, dalam 1 jam setengah RM159. Tapi yang bestnya sekarang ni sampai awal Feb 2019, dorang buat promo pakej untuk 7x sesi RM803 siap dapat free pakej sauna & skrub. So dari harga RM159 tu dapat RM114 je. Dan bayaran tak perlu full pun. Boleh bayar 3x setiap kali visit. Tengah pujuk laki kita juga sebab lagi jimat kan? Siap boleh bawa sorang setiap kali kita datang. Interior dalamnya pun memanglah cantik!

Dari segi servis, semua therapist adalah yang terlatih dari Indonesia dan pernah bekerja di Bali. Sebab spa ni ada juga dekat Bali. Ownernya Malaysia tapi berketurunan dari Indonesia juga. Therapist yang rawat kita tu namanya Leney. Sedap dia urut & memang rasa relax & kurang sikit rasa sakit kat kaki ni. 

So kalau korang nak cuba2, pergilah ok? Sekarang pun dekat banner luar kedai dorang tengah ada promo tu haa...Tapi kena call dulu buat appoinment if nak try dapat harga yang murah sikit. At least jimat sikit. Cuba tau! Komfem tak kecewa.


Pintu Depan. Nak try promo tu kena call awal2 dulu booking.

Salah satu bilik rawatan dia. Yang ni siap ada 2 katil kalau kita nak pegi dengan partner.
Next time macam nak try berjakuzi & tangas pulak.

TAK PERLU HIGHLIGHT KUALITI PRODUK!

Good services dan high quality products bukan lah lagi satu key factors di dalam persaingan pasaran pada masa kini.  

Kedua-duanya adalah satu KEMESTIAN! Semua bisnes mesti memberi good services dan high quality products kepada customers mereka.

Oleh yang demikian, mempromosikan bahawa kitalah yang terbaik atau produk kitalah yang paling berkualiti akan kurang diberi perhatian dan tidak memberi WOW feeling kepada prospek kita.

Good services dan high quality products adalah satu KOMODITI – wajib untuk setiap bisnes.

Bisnes kita perlu mencari cara dan kaedah baru untuk mendahului persaingan. Di antara contoh kaedah terkini adalah;

1- menyediakan servis yang pantas dan cekap.

2- product design yang terkini dan the most trendy.

3- branding dan styling yang berlainan.

4- fokus kepada mewujudkan satu hubungan jangka panjang bersama customers. Kekalkan loyalty.
5- fokus memberi lebih VALUE kepada customers seperti money back guarantee, product warranty, additional free services dsbnya.

Jenama2 berikut mungkin boleh dijadikan contoh.

- NIKE berjaya mengubah persepsi ke atas KASUT yang dahulunya adalah barangan komoditi dan biasa2 shj melalui strategi branding yang efektif.

- IKEA berjaya mengangkat martabat perabut dan kelengkapan rumah melalui designs, styling terkini tanpa kos yang membebankan customers.

- BODY SHOP berjaya mengetengahkan rasa tanggungjawab kepada persekitaran melalui produk dan ramuan yang tersendiri.

- FedEX berjaya membangunkan bisnes model baru di dalam servis penghantaran dengan janji pasti yang cukup me WOW kan pelanggan.

Kunci kepada a successful marketing strategi adalah FOCUSING, POSITIONING & DIFFERENTIATION.

Sesebuah bisnes MESTI mengenalpasti kumpulan sasaran mereka dengan teliti.

Harap bermanafaat .

#saharsahad
#ilmuteknikalbisnes
#backtobasics
#kitab
#wub

Sahar Sahad

Wednesday, 16 January 2019

LIDAS NENAS YANG BERMANFAAT. ANDA MUNGKIN JATUH HATI!


Pada mulanya tak pernah terfikir pun kenapa suka nenas. Cuma suka sebab tengok ala2 queen. Tapi sebenarnya nenas ni rupanya ada macam2 khasiat tau. Bila baca pendedahan seorang pakar bedah, Dr Rizal Abu Bakar, lagilah rasa suka sangat nak makan nenas sebab ianya dikategorikan sebagai superfood. Kalau dapat ambil tiap-tiap hari pun lagi bagus. So apa yang Dr Rizal kongsikan?

1. Kandungan Vitamin C
Nenas sebenarnya sarat dengan vitamin. Siapa yang suka nak cantik secara semulajadi, nenas mampu mencantikkan kulit. Vitamin C ni penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Kajian ni terbukti dari Univerisy of Maryland Medical Centre.


2. Tinggi dengan khasiat Bromelain
Nenas mengandungi bromelain yang membantu untuk menghalang alzhemeir, menghilangkan keradangan, kecilkan tumor dan redakan osteoarthritis.


Dan yang paling best sebab bila baca perkongsian coach FitBella dalam masa yang sama pun, bromelain juga adalah antara bahan yang boleh menurukan berat badan. Wah!

3. Tenaga kepada otak
Nutrisi manganese yang terdapat dalam nenas penting unutk otak. Ianya membekalkan tenaga ibarat power bank.


4. Solusi anti stress
Terdapat sejumlah besar thiamin dalam nenas ni untuk menukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk badan kita. Ianya juga dipanggil vitamin anti stress. So dah tahu kenapa kita selalu happy go lucky? Hihi..


So rasa-rasanya dah mula suka tak dengan nenas? Takut lidas, mulakan dengan nenas madu. Kalau nak makan macam tu, makan dengan empulurnya sekali sebab dekat situlah banyak khasiatnya. Kalau nak buat jus, biarkan tanpa perlu tambah gula dan tak perlu tapis, minum terus. Jom mulakan moto anda, satu hari satu nenas! 

Kredit info to Dr Rizal Abu Bakar

Tuesday, 15 January 2019

APA ITU KERAK KEPALA


Kerak kepala kelihatan seperti keadaan kelemumur yang teruk. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dibuang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung, di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama pembesaran bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi.

Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi berjalan. Walaupun keadaan itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Monday, 14 January 2019

JALAN-JALAN CARI BENANG

Rasanya ni memang betul-betul posting throwback. Bhahaha! Sebab? Punyalah berapa lama kita peram nak share. So harini meh lerr kita hamburkan. Kali ni kita nak share khas buat mereka yang suka mengait laaa, buat cross stitch laaaa. Haku tak minat, suka tengok aje. Huahuahua..

Masa cuti  bulan December tahun lepas, kita ke belah utara sambil singgah satu kedai ni namanya COTTON HOUSE STORE. Actually ada jual online tapi atas kapasiti sesambil berjalan singgah la sekali.

Bila masuk2, kita yang tak berapa minat pun suka tengok sebab ada macam2 jenis benang weyh. Macam kita pulak suka yang warna warni memang ceria hati menengokkannya.

Sebab kedai ni diuruskan oleh pasangan suami isteri yang ada anak kecik, so waktu operasinya tu antara jam 2.30pm sampai 6pm. Dari segi harga, bak kata yang biasa membeli, murahlah tambah2 pergi masa dah nak akhir tahun. 

Lokasi dekat Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Penang. Tempatnya memang dekat lokasi kawasan perumahan. Kalau korang waze nama kedai tu pun, InshaAllah senang jumpa.


Bahagian depan kedai, memang tak banyak kedai2 lain. 

Masuk2 memang syiok tengok warna warni. 

Kalau yang nak tambah koleksi buku rujukan mengait, cross stitch & lain2 memang banyak pilihan. Kalau tengok, kebanyakan dari luar, tapi rate harga ok. 

Salah satu bahagian benang. Yang minat tu memang bahagia menengoknya. Hihi.. 

Kita tak minat nak kait2 tapi warna memang menangkap mata kita yang sukakan keceriaan. 

Segala jenis jarum, nak labelkan kain, nak hiaskan haaa pilih aja & siapkan duit. Huhu.. 

Kain ela pun alahaiii comel2 warna. 

Nasib rumah tak ada mesin jahit. 
Kalau tak buat sarung bantal anak pun comel. 

Jarum kait beranika jenis. 
Kita yang tak reti ni, dah tengok rupa macam stik main drum pulak. Bhahaha! 

Lagi koleksi yang mampu buat korang rambang mata. 

Dan lagi! 

Memanglah sejenis yang tak boleh tengok colourful. Huahuahua..

So korang yang minat handcraft handmade dan sewaktu dengannya, bolehlah berkunjung. Kot yang alang2 lalu tu pun kalo dah minat, masuk lerrr dalam lawatan tempat2 menarik ok tak?

Nenas,