Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, 13 February 2019

PNEUMONIA


Bila tengok anak anda terseksa untuk bernafas mesti rasa sedih dan tak senang duduk. Nak masak pun tak senang, nak tidur pun tak senang mengenangkan keadaan anak.

Tahu tak kenapa anak anda jadi begitu?. Bila anak anda mengalami situasi macam tadi, itu bermakna anak anda mengalami Pneumonia. Pneumonia ni kalau anda nak tahu merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun. Antara simptom yang mummy dan daddy boleh ketahui mengenai pneumonia ni ialah :

1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Pneumonia dan batuk biasa ade perbezaan tau. Kalau batuk biasa ni bunyi dia taklah "sedalam" pneumonia. Kalau pneumonia bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

Mummy dan daddy di luar sana perlu peka dengan kesihatan anak-anak sebab kalau anda ambil mudah kelak ianya boleh membahayakan anak anda.


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Monday, 11 February 2019

KLEBSIELLA, APA TU?


Kalau saya sebut Klebsiella apa yang bermain difikiran anda semua?

Tahu tak apa benda Klebsiella ni ?

Mostly mungkin tak berapa familiar sangat dengan perkataan ni. Kalau nak tahu Klebsiella  merupakan sejenis bakteria yang sangat bahaya dimana ia mampu membiak dengan pantas dan boleh merosakkan tubuh badan manusia. Bakteria ni akan aktif bila sistem imun badan kita lemah dan mampu membiak 2x ganda.

Bakteria ni jenis yang sado sebab mampu hidup dalam usus manusia, saluran pernafasan dan juga kulit bertahun lamanya. Bakteria ni tersangatlah ganas sebab bila sistem imun manusia lemah ia akan menyerang habis  paru-paru, saluran kencing, ke dalam darah, ke dalam tisu sendi, membran mukus kelopak mata dan membran otak, menyebabkan proses keradangan yang kuat.

Siapa yang senang kena jangkitan bakteria ini ?. Kalau nak tahu bakteria ini selalu menyerang bayi, kanak-kanak dan orang tua tapi orang dewasa tidak terlepas dari serangan bakteria ini. Macam saya bagitahu tadi kalau sistem imun badan lemah maka bakteria ini akan aktif.

Klebsiella pneumonia (Klebsiella pneumoniae) menjangkiti paru-paru dan menyebabkan bentuk radang paru-paru yang berbahaya. Tanda-tanda penyakit awal menyerupai selesema biasa. Orang yang dijangkiti mempunyai sedikit sakit tekak dan sedikit batuk kering berlaku. Bila bakteria ni menyerang paru-paru ia akan membuatkan kita rasa macam pisau yang menikam dada sebab sakit ketika batuk ataupun bersin.

Bila makin teruk lama-lama anda akan mula batuk berdarah dan ketika itu paru-paru anda berada dalam keadaan yang sangat bahaya.  Apa faktor yang menyumbang kepada jangkitan ini ?

❌ Imunisasi badan yang lemah
❌ Kebersihan tidak dijaga
❌ Rawatan berpanjangan dengan antibiotik
❌ Pengambilan alkohol yang kerap

Apa tanda sekiranya kita dijangkiti bakteria ni ?

💀 Sakit dada ketika batuk, terasa macam ada pisau yang menikam dada
💀 Batuk berdarah. Bila keluar darah ini tanda paru-paru anda dalam bahaya.
💀 Muntah-muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Serangan bakteria ini tersangatlah bahaya sebab bila ia menyerang ia akan ambil masa yang sangat lama untuk sembuh dan boleh membawa maut. Nak elak bakteria ni anda kena selalu menjaga kebersihan, makan makanan yang sihat dan selalu membuat pemeriksaan kesihatan.

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Saturday, 9 February 2019

BATUK KOKOL

Siapa pernah dengar mengenai Batuk Kokol 100 hari ?

Mende tu ??

Ni saya nak share dengan mummy dan daddy kat luar sana. Batuk Kokol ni atau mat salleh panggil Whooping Cough adalah disebabkan oleh bakteria pertussis (Bordetella pertussis) yang menyerang kerongkong dan saluran pernafasan penghidapnya. 

Akibatnya, seseorang itu akan mengalami batuk teruk, kerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga tiga bulan. Masyarakat Melayu satu ketika dulu menamakan jangkitan bakteria pertussis ini sebagai batuk kokol 100 hari.

Menurut pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata bila seseorang itu dijangkiti bakteria ini, ia boleh berlanjutan sehingga beberapa minggu kadang berbulan juga. Secara klasiknya batuk itu dikenali sebagai batuk 100 hari, kerana kanak-kanak akan batuk sehingga mencecah tempoh itu.

"Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku dalam kalangan bayi berumur di bawah enam bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik, pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radang selaput otak (meningitis)."

Beliau berkata, kes batuk kokol dianggarkan membabitkan 20 juta seluruh dunia dan agak menyedihkan kerana 90 peratus daripada kes itu berlaku di negara sedang membangun. 

Malaysia katanya tidak terlepas daripada kejadian batuk kokol ini malah data yang diperoleh daripada statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati kebanyakan negara yang mempunyai liputan vaksin DPT (difteria, pertusis dan tetanus) yang rendah, kes batuk kokol meningkat.

Pertussis ini boleh dielakkan sebenarnya dengan memberikan imunisasi kepada bayi anda  seawal 2, 3, 5, & 18 bulan. Mereka yang bergejala juga katanya dinasihatkan tidak mencium bayi kerana bayi berisiko tinggi mendapat jangkitan pertussis. 

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala penyakit itu untuk mengelakkan kesan lebih buruk.

So mummy dan daddy di luar sana pastikan anak anda dilindungi dengan secukupnya ya 😉

Semoga bermanfaat. 🤗


Sumber : Harian Metro

#info #batukkokol
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakGombak

Monday, 28 January 2019

APA ITU DIABETES GESTASI


Macam pelik je bunyi dia . Meh Mamajuju share sikit.

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
☘ mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.
☘ membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

#InfoByMhamsb #InfoKesihatan