Seperti yang anda tahu, batuk merupakan salah satu perkara biasa yang terjadi di kalangan manusia. Batuk juga boleh menyebabkan kahak pada tekak anda dapat dikeluarkan dengan lebih mudah.
Tapi batuk yang berpanjangan adalah amat berbahaya kerana boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria. Kadang bila kita batuk orang sekeliling kita pun tak selesa. So Mamajuju nak share dengan anda semua bahan-bahan yang ada dekat dapur tu untuk mengubati batuk anda tu.
✅ MADU
Madu tersangatlah elok sebagai agen merawat batuk sebab dalam madu ni mempunyai dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk di mana ianya lebih baik dari ubat batuk yang anda minum ketika batuk.
✅ HALIA
Halia mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada didalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.
✅ ASAM JAWA
Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa lega. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya.
✅ BAWANG PUTIH
Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Petua ini amat mudah, anda perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas anda selama 15 minit. Pastikan bawang putih tersebut tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buang kulit bawang tersebut dan makan ia begitu sahaja.
✅ AIR PUTIH
Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air putih.
Kalau batuk anda teruk sangat, Mamajuju syorkan anda untuk terus berjumpa dengan doktor sebab risau berlakunya jangkitan kuman. Sentiasa ambil berat mengenai kesihatan diri ya. 😊
Semoga perkongsian Mamajuju ni bermanfaat. 🤗
#Asmak #WeAreFamily
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSenangHatiTenang
#GoNaturalForABetterLife
#StokisAsmakGombak
Celoteh seorang Mamajuju yang selalu kuat & selalu positif. Hanya memilih untuk meneruskan kehidupan dengan kegembiraan
Monday, 29 April 2019
Tuesday, 23 April 2019
LET'S GET FIT!
Masa mula-mula aktif balik bersukan tambah-tambah bila dah ada personal trainer yang tekankan kepada weight lifting training sebab Mamajuju prefer workout untuk shaping, terfikir alamak barang-barang kalau weight lifting ni bukan murah especially kalau tak sempat nak ke gym, still kena training dekat rumah.
Coach advise if nak cari dumble or apa2 barang weight lifting cuba2 tengok dekat cash converter. Yes memang 2nd hand tapi barang masih boleh guna & harga pun jauh lebih murah. Baru2 ni Mamajuju nak tambah koleksi dumble ternampak 6 kg yang dapat sepasang rm39, memang tak fikir panjang, terus grab!
Nak bermula tak semestinya semua mesti baru kan? Bermula sikit-sikit pelan-pelan janji ada. Coach selalu pesan jangan seronok sangat kalau ada sikit inchloss keee berat turun kee sebab jalannya masih jauh. Dan sampai bila2 pun selalu ingat mantra coach, "MAKAN BUKAN MELANTAK!"
Kurus untuk Mamajuju adalah BONUS. Perubahan ketara yang Mamajuju rasa tak cepat stress, tak ada lagi sakit kaki, sakit belakang setiap kali berjalan lama atau buat kerja2 rumah. Jarang sangat dah jadi sekarang ni. Dan yang paling penting badan sentiasa rasa fit dan ada stamina which inilah yang paling Mamajuju nak sangat!
Menipulahh kalau tak ada masa atau hari yang tersasar tu tapi kenangkanlah susah payah sakit badan masa training. Sakit! Supaya sentiasa beringat. Tak kata kalau workout tu tak ada kena penyakit. Tapi sekurang-kurangnya kita dah usahakan sesuatu kan? 🤗
Jalan kita semua masih jauh. Jom sama-sama kita usahakan gaya hidup sihat! ❤️
Nenas, Mamajuju. 🍍
#CelotehMamajuju
#fitwithmamajuju
#fitmalaysia

Friday, 19 April 2019
REDHA DAN BERSYUKUR
The struggle is real.
Apa yang kita faham? Tak semua orang melalui fasa lahir2, hidup dah senang. Serba-serbi lengkap.
Tapi bukan juga alasan kita perlu berserah pada takdir akan nasib yang menimpa pada diri kita. Dan jika kita merungut menyalahkan segala kesusahan, keresahan yang kita hadapi, kita tanya diri kita balik adakah kita redha? Orang yang beriman adalah orang yang percaya pada qada' & qadar Allah kan?
Cakap ni memang senang. Tapi adakah kita nak terus memilih jalan hidup kita dalam kesusahan, kesedihan dan rasa sakit hati? Kita takkan dapat bahagia dalam hati. Tanya diri.
Kita punya 2 pilihan untuk terus duduk diam atau berusaha kuat untuk memperbaiki hidup kita. Hidup juga bukan terlalu mengejar kekayaan hingga hanyut dengan duniawi. Asal cukup apa adanya, dapat bantu orang lain mana termampu, Alhamdulillah.
Setiap langkah kaki, segala kudrat dan nafas kita Allah dah beri untuk kita terus bersyukur. Nikmat apa lagi yang kita nak dustakan?
Assalammualaikum. Salam Jumaat. ❤️
#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak
#selalukuat #selalupositif

Thursday, 18 April 2019
SETIAP KEJAYAAN PERLU PENGORBANAN
Dalam bisnes, macam mana kau sentiasa tak kering idea nak buat itu ini?
Last weekend kawan saya ada tanya soalan ni kat saya. Maksud dia, kan bisnes online ni banyak kena buat copywriting.
Menulis content. Samada utk iklan, emails, skrip close sale etc2. Benda tu banyak kena fikir.
So saya kongsikan kat sini jugak, apa yang saya share dengan dia. Because saya rasa ramai pun yang ada problem mcm ni.
1. Banyakkan membaca.
Kalau hari-hari kita perlu makanan untuk bagi energy kat badan. Otak pun perlu makanan jugak utk bagi dia jadi powerful.
Makanan utk otak adalah thru bacaan lah. You have to expose yourself with infos.
Maksud saya, tak semestinya baca buku tebal-tebal tu. Baca sharing yg berkualiti kat group wasap pun kira baca jugak lah.
Tengok video pasal strategi bisnes pun sama jugak. Baca content kat ebook, emails, blogs atau sales letter dari internet marketers pun kira baca jugak.
Or sometimes boleh search youtube, ramai marketers bagi free info kat situ.
Because why?
First, u dapat direct info kat situ. Second, dia akan generate kepala otak kita utk sentiasa berfikir. Tetiba entah cemana, ada je idea baru akan generate dengan sendirinya.
Tak semua orang dilahirkan genius dan kreatif. Tapi as long as ada sumber utk kita belajar, means kita masih ada peluang.
2. Space utk berfikir.
Walaupun namanya bisnes online, tapi dia bukan sekadar bisnes "main talipon".
Dah kalau namanya kena jual barang, online ke offline ke, sama je kena banyak fikir. So badan takleh penat sgt.
Kalau dengan anak sorang panjat pagar, sorang tumpahkan milo atas lantai. Kain baju menimbun nak kena lipat. Pulak tu hari-hari kena masak kari tak kira malam pagi.
Celah bedah mananya nak keluar idea kreatif? Badan penat. Otak jem.
Benda ni kena discuss dengan family masing-masinglah. Ada benda yg kena sacrifice sket.
Contohnya, hari-hari masak sesimple je sudah. Makan luar pun takdelah berdosa kan? Kain baju kasi laundry jelah setelkan, hehe 😄.
3. Last sekali, terus buat.
Ability to execute apa benda yg kau belajar tu sebenarnya skill yang mahal.
Lebih baik belajar sikit, tapi buat betul-betul. Daripada semua benda nak belajar, apa pun tak buat.
Untung kalau kita ada team yang boleh complete each other. Kita tak tahu bab A, dia bantu kat A. Memula mmg kita dibantu, tapi tetap kita kena belajar.
Skill-skill penting dlm bisnes, cthnya sales and marketing, jgn 100% bergantung kat org lain. Dibuatnya org tu takde, macam mana bisnes kita nak bergerak?
Eventually bila kita buat, kita akan dapat pengalaman. Pengalaman tulah yg jadi compass utk bagitau kita, lepas ni nak buat apa, lepas tu nak buat apa.
Got it?
Nora Azmin,
Taip sikit punya panjang, taktau lah hangpa baca ke tak.

Tuesday, 16 April 2019
ANTARA DUA DARJAT
Dah tahun 2019.
Ada yang masih rasa belajar tak tinggi, konfem kau hidup merempat.
Kerja tak berpangkat, konfem hidup kau melarat. Teori apa ni?
Betul, tapi itu kalau diri tak pernah berusaha untuk mengubah keadaan hidup diri sendiri. Sendiri yang pilih.
Kau rasa bila kau di atas, kau punya tiket nak menghina yang di bawah? Lupakah kau nikmat yang kau dapat, Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja tak cepat ataupun lambat?
Alangkah hinanya pandangan kau pada yang tak punya apa-apa sedangkan mereka jauh lebih bahagia penuh gelak ketawa bersyukur apa adanya.
Siapa kau nak menentukan susah senang hidup seseorang? Siapa juga kau yang nak menidakkan segala rezeki yang Allah akan sentiasa cukupkan untuk hamba-Nya?
Aku cuma mampu simpati kerana mentaliti kau yang terlalu buta dengan banyaknya harta dunia yang perlu dicampakkan di hadapan muka. Dan baru kau ada perkara yang hendak dibanggakan dan terasa mulia.
Moga Dia masih buka mata hati kau yang buta dengan taksubnya harta dunia, pangkat dan segala kebendaan yang tak akan abadi dibawa mati.
KISAH TERKENCING DALAM SELUAR
Dah kali kedua.
Harini 4.30am dah bangun.
Mula2 tak perasan. Tiba2 dia berdiri sebelah katil.
Rupanya dia dah tukar seluar tido lain.
Rupanya dia dah terkencing dalam seluar.
Tapi....
Dia uruskan diri sorang2 masa nak tukar seluar. Tengok2 dalam toilet ada seluar yang dia dah bukak. Rasanya dia fikir takut bilas tak bersih air kencingnya, dia biarkan dalam toilet.
Bangga, pandai dia berdikari.
Tapi sedih jugak membayangkan masa dia belum kejut mama abahnya, sorang2 dia pergi dekat biliknya dekat depan gelap2, bukak lampu & ambil seluar lain. Satu lagi sebab tilam dah basah kena kencing, najis. So memang terus kejut si abg sbb nak bersihkan tilam.
Rasanya dia faham mama abah penat. Rasanya kalau tilam tu dia larat angkat sendiri, dia dah pegi basuh & jemur sendiri agaknya. Dah pesan lagi sekali kalau nak kencing malam, dah terkencing, kejut mama abah. Tapi tak dikejutnya. Nasib tersedar sebab dia tertonggok tepi katil.
Perangai ada masa memang annoying tapi ada masa pandai ambil hati. ❤️
Nota kaki : Mini band mama tu ko buat pulakkk jadi headband. 😳😂
#TheAbduls
#AbdulRauffHakeem

Monday, 15 April 2019
APA PILIHAN YANG KITA ADA?
Bila cakap pasal hal dunia, ada masa kita terlalu risau sangat apa yang dunia nak bercakap tentang kita kan?
"Kalau aku bukan buat macam ni, apa orang akan kata?"
"Kalau aku pilih jalan macam ni, apa orang akan fikir?"
Eh tak stress ker?
Bolehlah nak fikir tapi bukan sampai tahap sudahnya apa yang kita impikan tak dapat kita capai. Tak kesian ke kat diri sendiri tu?
Selagi mana apa yang kita pilih untuk jalan hidup kita tu tak bercanggah, go ahead!
Jatuh bangun kita, tak semua orang akan ada selalu dengan kita. Kita lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita. Walau ada yang jadi push factor sekalipun, yang nak terus bergerak adalah kita.
Ya, Mamajuju pernah macam tu. Dulu. Tapi lama-lama eh penatlah nak fikir cakap-cakap orang ni tau. Dan apa maknanya kalau orang selalu bercakap belakang kita? Maknanya kita telah berada di hadapan mereka, kan? Walau jauh lagi jalannya, just keep moving baby!
Lagi satu.
Apa pilihan yang kita anda di saat kita jatuh, selain untuk bangkit dan terus kuat? Cuba cakap sikit.
Done bebel. Ingatkan diri sendiri juga ni untuk #selalukuat #selalupositif.
Assalammualaikum. ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍

Friday, 12 April 2019
BISNES SEPENUH MASA
Bila anda mula meniaga sepenuh masa, kita kena faham ianya lain dari bekerja.
Meniaga ni tak senang. Akan ada masa kita rasa nak quit. Memang ini pun cabarannya, at least untuk 3 tahun pertama.
Kalau baru seminggu, sebulan atau setahun rasa nak quit. Itu biasa-biasa aja.
Soalnya, kita buat kerana apa? That is why the niat, the intention tu kena clear dari awal. Intention you kalau clear, apa rintangan pun you boleh hadap. Macam bercinta lah, apa pun boleh, janji ON. Meniaga separuh hati memang tidak digalakkan.
Tambahan lagi meniaga ini bukan boleh silang kaki macam bos - arah sana sini, tunjuk sana sini. Selalunya ketika company masih kecil, kita lah yang kena buat segalanya, sinsing lengan baju, lipat seluar, cuci longkang etc . Itu pasal para peniaga wish sehari ada 28 jam. Kalau nak jadi bos, climb the ladder of someone else’s company.
Dah la kena buat semua tu, muka kena kasi senyum lagi nak jumpa customer. Customer tu pulak jenis bayar sangkut-sangkut.
Boleh ke? Kalau tak boleh, cuba la bolehkan. Takkan sikit-sikit susah nak U-Turn?
Belajar berjalan dulu pun kita jatuh banyak kali, we did not quit back then. Tukar mentaliti, toksah dok meratib kat mulut nak meniaga, bila kena sikit dah nak merajuk sana sini.
Kia doakan semua peniaga dipermudahkan urusan rezeki hari ini dan seterusnya.
*Yani Hardinata Hairuddin*

NIAT BERSEDEKAH
Allah SWT berfirman:
"(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 263)
Bila kita rasa sedekah kita jadi tak ikhlas dengan bersyakwasangka, lebih baik tidak perlu kerana takut-takut dari nak mencari pahala, yang mendapat adalah dosa.
Assalammualaikum. Salam Jumaat. ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍
#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak
#selalupositif #selalukuat

Thursday, 11 April 2019
TIPS BUASIR
BUASIR?
In shaa Allah boleh diubati.
Apabila berlaku buasir luar, akan ada rasa sakit sebab kita teran nak poop sampai terkeluar daging tu. Asalnya sembelit, takleh poop.
Anda tau tak, dalam Minyak Herba Asmak terdapat habbatussauda dan gamat? Kedua bahan ni dapat membantu mengecutkan buasir tu.
Sapu Minyak Herba Asmak di ketulan daging yg terkeluar, tolak perlahan-lahan masuk ke dalam dubur dan kemut dubur.
Buat kerap, Insha Allah sangat membantu.
Petua orang tua-tua boleh juga tuam dengan putik kelapa yang dibakar. Lebih elok kesannya bila kita lumur pula Minyak Herba Asmak sebelum tu.
Tak de putik kelapa? Tuam dengan botol air panas pon boleh. Kalau ada tungku pon ok. Bertungku tapi duduk je atas tungku tu. Sapu Minyak Herba Asmak dulu sebelum tu.
Anda boleh ikhtiar guna Minyak Herba Asmak. In shaa Allah selamat.
Semoga membantu! 😘
#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak
#TipsBuasir #Sembelit

KUALITI VS KUANTITI
Semalam berborak dengan kawan bercakap tentang kualiti vs kuantiti kawan.
Bila umur dah meningkat ni, bukanlah nak mengejar kuantiti kawan-kawan kerana sampai satu tahap kawan-kawan yang ramai ni akan ada bermacam-macam perangai. Atau dengan kata lain kita dapat tengok 'true colours mereka.
Yang akan tinggal bukanlah yang sentiasa perlu faham kita, selalu pinjamkan duit dekat kita, tak berkira dekat kita. Tapi mereka ini adalah di kalangan yang lebih matang dalam menyelami erti persahabatan. Bukan hanya mencari bila perlu atau punya agenda tersendiri.
Tapi apa-apa pun, sebelum kita nak minta sahabat yang baik, belajar untuk layan sahabat kita pun dengan baik juga.

Wednesday, 10 April 2019
ALASAN TANPA SOLUSI
Alasan tanpa solusi, sampai ke sudah kekal beralasan. Kenapa Mamajuju cakap macam ni?
Dulu masa Mamajuju pernah operate lutut sebab dislocate, teringat ortho pesan, "You kena ingat yer. Kalau lepas ni lutut you sakit bukan sebab lutut you tapi berat badan pun jadi faktor."
Sejak dari tu kalau mula rasa sakit lutut, dah tau apa masalahnya. Even doktor pakar pun bagi solusi dari segi perubatan tapi ikhtiar cara lain pun perlu.
Ada juga masa lupa diri sampai tiba-tiba rasa pelik jalan sikit tapak kaki sakit & kerap sakit belakang. Pegi klinik pun doktor macam suspek minor slip disc. Pergilah berurut jugak tapi kesannya sekejap je.
Lama-lama fikir tak boleh jadi ni, kena mula aktif bersukan semula sebab sejujurnya berat pun naik. Seksa masa nak bermula semula tapi sebab fikir mungkin ni salah satu caranya.
Alhamdulillah walaupun sakit segala badan sebab muscle yang dah keras baru nak meregang, tapi sekurang-kurangnya harini dah tak rasa sakit tapak kaki, sakit belakang.
Memang sejarah problem lutut ni membuatkan aktiviti bersukan tu terhad tapi bukan penyebab untuk terus beralasan sebab ada banyak cara workout yang tak memudaratkan.
Kita yang pilih apa yang terbaik untuk diri kita. Orang lain hanya boleh jadi push factor. Yang menggerakkan adalah diri kita.
Slowly but surely. InshaAllah. ❤️

SENYUM SOKMO
Mulakan harimu dengan senyuman. Walau banyak pahit semalamnya, hidup pasti perlu diteruskan.
Hidup terlalu singkat untuk diisi dengan kesedihan. Dan siapalah kita untuk menidakkan segala dugaan yang sudah tertulis untuk Dia menguji kita?
Aku, kau, kita pernah melalui rasa terluka dan kecewa tapi ianya bukan tiket untuk kita biarkan perasaan begitu terus menyakitkan kita.
Move on, ada hari baru lebih baik menanti. InshaAllah. ❤️
Assalammualaikum.
Nenas, Mamajuju 🍍
#selalukuat #selalupositif
Tuesday, 9 April 2019
PERSONAL BRANDING
Semalam Mamajuju buat sharing dengan team bercakap pasal PERSONAL BRANDING. Apa yang kita faham sebenarnya? Kalau kita menjual, kita kena tahu apa UNIQUE SELLING POINT produk yang kita jual kan?
Macam ni..
Apa perkara yang boleh buat orang ingat dekat kita? Kalau mereka ke mana-mana ternampak apa yang berkaitan dengan kita mesti teringat kita. Kadang mungkin ada yang stress sebab asal nampak apa sahaja yang kita suka yang menjadi identiti kita, terus teringat kat kita. 😂
Itulah personal branding yang kita dah berjaya bawa pada orang sekeliling kita. Ini sekurang-kurangnya membantu diri kita sentiasa dekat di hati mereka.
Dah ada personal branding korang?
Assalammualaikum. ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍
#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak
#YangMasihBelajar
#SharingIsCaring
Monday, 8 April 2019
KULAT OHHHH KULAT
Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?
Ya, itu adalah KULAT
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti asma.
Bagi yang sememangnya menghidap asma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini di cegah?
✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Kredit : Public Health Malaysia
Semoga info ini bermanfaat. 🤗
Zuraidah (SD02621)
Stokis Asmak Gombak
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

DARI PELANGGAN KEPADA KAWAN
Di awal peringkat mendapat pelanggan, biasakan dengan permulaan encik atau puan.
Kita ibaratkan diri kita sebagai seller seorang customer service atau product consultant.
Mewujudkan rasa hormat di awal perkenalan membolehkan pelanggan mula selesa dengan kita.
Jika pelanggan mula mempercayai kita, dan mula lebih selesa dengan meminta kita memanggil dengan nama, mungkin ini selangkah ke hadapan untuk lebih dekat dengan pelanggan sebagai kawan.
Assalammualaikum. ❤️
#Asmak
#WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang
#BackToBasic

Sunday, 7 April 2019
RAMLY KOPITIAM
Sebelum pulang ke kotaraya metropolitan, Kuala Lumpur, try breakfast sini.
Kita dah melampau sangat makan semalam. So pagi ni rasa muak sangat, so cuma makan roti bakar, telur separuh masak. Laki kita makan lontong satay.
Makanan not bad. Cuma kalau tak ada kesabaran yang tinggi dengan bawak anak2 kecik, boleh fikir 2 kali kalau nak datang. Kami pun almost lambat lagi 5 minit memang nak bangun dah tapi masih ada pelayan yang peka bila nampak kita dah buat muka. 😂
Maybe boleh perbaiki cara amek order sebab perasan ada meja yg baru sampai, dah dapat dulu dari yg lama sampai. Kesian jugak tgk pakcik makcik meja sebelah siap cakap, "Kita ni regular customer dorang, tiap2 hari dtg." Last2 dorang pun bangun pergi kedai lain.
Alhamdulillah kenyang walau ada sedikit sakit di hati. Cuma laki cakap, "Ini first & last datang." Huhu...
#mamajujugotravel
#weekendvibes
#weekendvibes
TENTANG REZEKI
Cakap pasal rezeki.
Kita selalu dengar orang kata, "InshaAllah tunggu rezeki." "Kalau ada rezeki, bolehlah."
Ya, betullah tu. Setiap dari kita Allah dah tetapkan rezeki. Tapi kalau rezeki yang melimpah-ruah tak cukup dengan doa tanpa usaha. Dan ianya tidak datang bergolek.
Assalammualaikum. ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍
#selalukuat #selalupositif #weekendvibes

Saturday, 6 April 2019
SETIAP JALAN CERITA KITA
Allah SWT berfirman:
"Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 33)
Kita takkan pernah tahu rahsia Allah yang Maha Mencipta segala jalan cerita kita. Dugaan yang baik atau yang buruk, akan ada hikmahnya.
Dan kita sebagai hamba-Nya, jangan pernah putus asa untuk terus berdoa kerana Dia Maha Mendengar.
Assalammualaikum. Happy weekend. ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍
#weekendvibes #selalukuat #selalupositif
Thursday, 4 April 2019
URUTAN DAN BAYI
Siapa yang dekat sini rajin dan suka mengurut si comel anda? Seronok sebenarnya membuat urutan pada si comel anda. Jiwa yang kacau pun boleh jadi tenang bila membuat urutan ibarat macam terapi jiwa jugak la.
Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut secara beritma/berirama pada badan bayi anda dengan tangan anda sendiri. Sambil mengurut tu boleh nyanyi-nyanyi dekat si comel anda. Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, badan bayi dan suami anda jika dia sedang memerhatikan. Oksitosin ialah hormon yang memberi anda perasaan sayang dan kasih apabila anda memeluk erat si comel anda atau ketika anda menyusukannya. Unik kan?
Banyak sebenarnya faedah membuat urutan pada badan si comel anda antaranya :
✅ Membuat ikatan kasih sayang menjadi lebih kuat
✅ Membantu si comel anda tidur dengan lebih lena
✅ Membuatkan si comel anda menjadi lebih releks dan mengurangkan ragamnya.
✅ Membantu perkembangan otak si comel anda
Apabila anda sedang mengurut si comel anda itu, automatik anda akan bercakap-cakap dengannya dan membuat banyak kontek mata dengannya takpun anda akan nyanyi. Ini adalah satu sebab mengapa urutan boleh membantu ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin. Si bapa pun boleh la try urut si comel anda tu. Seharian bekerja inilah masa nak "topup" balik masa tadi.
NAK TRY URUT TAPI TAK RETI LAH
Bagi mereka yang first time ataupun takut nak buat urutan, ini tips dan cara yang boleh anda try :
🌸 Panaskan sedikit minyak atau krim pada tangan anda dengan menggosok-gosoknya di antara tapak tangan anda.
🌸 Perlahan-lahan, sapukannya pada kulit bayi, mulakan dengan kakinya dahulu. Kaki ialah tempat yang baik untuk bermula kerana bayi anda sudah biasa merasa kakinya disentuh semasa menukar lampin.
🌸 Beransur-ansur bergerak ke atas, sambil memicit betis dan pahanya dengan lembut.
🌸 Untuk dada dan perut bayi, perlahan-lahan letakkan tangan anda rata pada bahagian tengah badan bayi.
🌸 Sebarkan tangan anda ke tepi seolah-olah anda sedang meratakan helaian buku.
🌸 Dengan tangan yang masih lagi rata, gunakan hujung jari anda untuk mengusap ke luar dalam bulatan-bulatan kecil.
🌸 Teruskan selagi bayi anda kelihatan menikmatinya.
Urutan bayi ni bukan sahaja memberi manfaat kepada si comel anda tapi ia juga merupakan peluang terbaik untuk anda membelai dan bermain dengan si comel anda. Confirm hilang stress semua tu . Tak percaya ? Cuba dulu .
Semoga bermanfaat 🙋🏻♂

Wednesday, 3 April 2019
SELAMAT MALAM KOTARAYA
Apa yang membuatkan kita kena #selalukuat #selalupositif?
Antaranya adalah mereka atau sesiapalah yang kita rasa dekat di hati kita. Faham, ada hari kita rasa sedih, terluka, kecewa. Ibarat remuk teruk hati ni.
Menangis? Menangislah sepuas-puasnya. Tak salah. Lepaskan segalanya.
Tapi lepas tu kau kena cakap dekat diri...
"Esok aku akan jadi lebih kuat."
"Esok aku adalah aku yang baru."
"Harini aku jatuh tapi esok aku akan bangkit."
Ya, betullah tu bercakap memang mudah kan? Sebab bukan kita yang rasa.
Tapi rasa yang negatif tu ke kita nak simpan lama-lama?
Assalammualaikum, selamat malam kotaraya.

SHAMPOO BUNGA RAYA PLUS
JANGAN baca kalau korang TAK ADA masalah seperti di bawah👇👇👇👇👇☺
Macam2 jenis shampoo dah cuba..
Harga pun tak kurang hebatnya, tapi hasil tetap sama mcm shampoo yg jual di pasaraya.
Shampoo Bunga Raya Plus Mungkin penutup untuk Pencarian shampoo yg selama ini anda cari.. Kenapa?
Kelebihan Syampoo Bunga Raya Plus:-
⭐Menyegarkan kulit kepala
⭐Menghilangkan kelumumur
⭐Menghalang kegatalan kulit kepala.
⭐Menghilangkan kudis/jerawat kepala
⭐Menyihatkan rambut
⭐Menghilangkan keguguran rambut
⭐Membantu merawat stress dan kepenatan
⭐Menyuburkan & melembutkan rambut
⭐Menghalang rambut gugur
⭐Membantu Masalah Uban (bkn faktor usia)
:
Produk ini tanpa kandungan sabun, paraben & SLES. Anti oksidan dan anti bakteria. Sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat
:
Benda yang paling disukai semua ialah bau nya yang cukup WANGI. Feel fresh lepas bersyampu dengan syampu bunga raya plus.
Cubalah harini! Gerenti tak rugi uiiiii....
==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my

#AsmakByMhamsb #ReviewShampoo
#ShampooSemulajadi #ShampooWangi #RambutKelemumur #RambutGugur #RambutRosak #CodGombak #Poslaju
KAWAN
"Kenapa eh zu? Bila tak ada kawan, mencari kita, ada kawan lain lupa kita." Nak tau kenapa? Sebab ko tak tahu nak hargai diri ko sendiri bila ko ada masa untuk menyendiri. Ko rasa bila berkawan tu ko la paling sangat diperlukan selalu.
Ko rasa dalam hidup ni ko sorang je ke kawan dia? Dan ko tanya juga diri ko sendiri pandai berkawan ke tak.
Jangan mudah sangat menilai tahap baiknya kawan ko tu sebab dia selalu kena ada. Kadang yang tak selalu ada tu lah yang akan tiba saat diperlukan.
Fikir baik2 sudahlah. Tak adalah penat sangat otak ko tu.
#CelotehMamajuju
#selalukuat #selalupositif
Ko rasa dalam hidup ni ko sorang je ke kawan dia? Dan ko tanya juga diri ko sendiri pandai berkawan ke tak.
Jangan mudah sangat menilai tahap baiknya kawan ko tu sebab dia selalu kena ada. Kadang yang tak selalu ada tu lah yang akan tiba saat diperlukan.
Fikir baik2 sudahlah. Tak adalah penat sangat otak ko tu.
#CelotehMamajuju
#selalukuat #selalupositif
Tuesday, 2 April 2019
I LOVE ASMAK
Dari 2016 sampai 2019, tetap masih setia bersama Asmak. Macam kita sayang seseorang, kadang tak tahu kenapa kita sayang dan tak terluah dengan kata-kata.
Dari pengguna biasa kepada seorang agen, tak fikir lama masa nak bersama-sama dengan keluarga besar asmak. Dan sepanjang bersama pun macam-macam dah dapat. Hadiah kecil atau besar, hati tetap bahagia.
Dapat team yang supportive, tak berkira bila berkongsi rezeki, berkongsi ilmu buat hubungan tu rasa lebih mahal. Jiwa ni rasa seronok sampai bila sibuk dengan kerja hakiki pun rasa tak keruan kalau sehari tak bercakap pasal Asmak.
Alhamdulillah dah pergi sejauh ni. Pergi mana-mana pun, sesiapa yang kenal dah tahu produk apa Mamajuju jual. InshaAllah, Asmak akan selalu di hati.
I LOVE ASMAK ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍
Zuraidah (SD02621)
Stokis Asmak Gombak
Stokis Asmak Gombak
#Asmak
#WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang
#GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak
#AsmakGrandAward2019

DAN DI AKHIRNYA AKU PASTI BOLEH!
Bila ada sedikit keresahan dari seorang budak yang bukan otak engineer. Dan kerisauan kalau takut menyusahkan orang dan delay respond ke customer disebabkan kekurangan kita untuk terus pick up pasal technical2 terms ni.
Tapi keajaiban tu ada di mana-mana. Saat kita rasa kita tak boleh, masih ada lagi mereka yang akan terus beri kita semangat. Dan selalu ingatkan kita untuk tidak berputus asa.
Ya, kita semua tahu pada awalnya kita rasa tak boleh tapi di akhirnya kita akan berkata, "Aku tahu sebenarnya aku boleh buat!"
Dan dia pesan doa dan terus doa. Kerana kebergantungan kita hanya pada Dia, Allah yang Maha Esa.
Lega sikit hati. Terima kasih.
Assalammualaikum. ❤️
Nota kaki: Tapi pasal finance pun sebab dah lama tinggal, tak tahu financial calculator campak mana dah. 😅
#selalupositif #selalukuat
Monday, 1 April 2019
RESTORAN LANGGAQ BIHUN SUP UTARA
RESTORAN LANGGAQ BIHUN SUP UTARA
Sabtu lepas bawak family makan sini sebab adik kata sedap. Lagi-lagi bila suami tahu ada nasik lemak royal utara tu, memang laju je nak pegi. 😂 Nasi dia ada dari jam 11am sampailah habis. So kalau datang malam macam first time incik suami ajak pegi, memana habis dah. Huhu...
Mamajuju teringin nak try satay dia sebab adik kata sedap. Dan seriously sedap! Kalau tak makan dengan kuah kacang pun, berasa rempah dia. Terliur tengok. Yang ni kalau korang datang memang kena cuba sebab anak2 pun suka sangat! 😋
Selain tu yang lain ada cucur udang, sekali tengok macam passemboq. Mihun sup daging sedap sebab daging lembut & kuah pun sampai ke jiwa kats orang tu.
Adik perempuan Mamajuju order mee rebus tapi kita tak rasalah sebab perut dah full sumbat satay & bihun sup. Tak boleh masuk dah. 😂
Kalau nak pergi, waze aje Restoran Langgaq Bihun Sup Utara.
Definitely mesti datang lagi! 😍
#MamajujuFoodReview

Subscribe to:
Posts (Atom)