Thursday, 11 April 2019

KUALITI VS KUANTITI

Semalam berborak dengan kawan bercakap tentang kualiti vs kuantiti kawan.

Bila umur dah meningkat ni, bukanlah nak mengejar kuantiti kawan-kawan kerana sampai satu tahap kawan-kawan yang ramai ni akan ada bermacam-macam perangai. Atau dengan kata lain kita dapat tengok 'true colours mereka.

Yang akan tinggal bukanlah yang sentiasa perlu faham kita, selalu pinjamkan duit dekat kita, tak berkira dekat kita. Tapi mereka ini adalah di kalangan yang lebih matang dalam menyelami erti persahabatan. Bukan hanya mencari bila perlu atau punya agenda tersendiri.

Tapi apa-apa pun, sebelum kita nak minta sahabat yang baik, belajar untuk layan sahabat kita pun dengan baik juga.

Assalammualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍

No comments:

Post a Comment