Alasan tanpa solusi, sampai ke sudah kekal beralasan. Kenapa Mamajuju cakap macam ni?
Dulu masa Mamajuju pernah operate lutut sebab dislocate, teringat ortho pesan, "You kena ingat yer. Kalau lepas ni lutut you sakit bukan sebab lutut you tapi berat badan pun jadi faktor."
Sejak dari tu kalau mula rasa sakit lutut, dah tau apa masalahnya. Even doktor pakar pun bagi solusi dari segi perubatan tapi ikhtiar cara lain pun perlu.
Ada juga masa lupa diri sampai tiba-tiba rasa pelik jalan sikit tapak kaki sakit & kerap sakit belakang. Pegi klinik pun doktor macam suspek minor slip disc. Pergilah berurut jugak tapi kesannya sekejap je.
Lama-lama fikir tak boleh jadi ni, kena mula aktif bersukan semula sebab sejujurnya berat pun naik. Seksa masa nak bermula semula tapi sebab fikir mungkin ni salah satu caranya.
Alhamdulillah walaupun sakit segala badan sebab muscle yang dah keras baru nak meregang, tapi sekurang-kurangnya harini dah tak rasa sakit tapak kaki, sakit belakang.
Memang sejarah problem lutut ni membuatkan aktiviti bersukan tu terhad tapi bukan penyebab untuk terus beralasan sebab ada banyak cara workout yang tak memudaratkan.
Kita yang pilih apa yang terbaik untuk diri kita. Orang lain hanya boleh jadi push factor. Yang menggerakkan adalah diri kita.
Slowly but surely. InshaAllah. ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍
No comments:
Post a Comment