Bila anda mula meniaga sepenuh masa, kita kena faham ianya lain dari bekerja.
Meniaga ni tak senang. Akan ada masa kita rasa nak quit. Memang ini pun cabarannya, at least untuk 3 tahun pertama.
Kalau baru seminggu, sebulan atau setahun rasa nak quit. Itu biasa-biasa aja.
Soalnya, kita buat kerana apa? That is why the niat, the intention tu kena clear dari awal. Intention you kalau clear, apa rintangan pun you boleh hadap. Macam bercinta lah, apa pun boleh, janji ON. Meniaga separuh hati memang tidak digalakkan.
Tambahan lagi meniaga ini bukan boleh silang kaki macam bos - arah sana sini, tunjuk sana sini. Selalunya ketika company masih kecil, kita lah yang kena buat segalanya, sinsing lengan baju, lipat seluar, cuci longkang etc . Itu pasal para peniaga wish sehari ada 28 jam. Kalau nak jadi bos, climb the ladder of someone else’s company.
Dah la kena buat semua tu, muka kena kasi senyum lagi nak jumpa customer. Customer tu pulak jenis bayar sangkut-sangkut.
Boleh ke? Kalau tak boleh, cuba la bolehkan. Takkan sikit-sikit susah nak U-Turn?
Belajar berjalan dulu pun kita jatuh banyak kali, we did not quit back then. Tukar mentaliti, toksah dok meratib kat mulut nak meniaga, bila kena sikit dah nak merajuk sana sini.
Kia doakan semua peniaga dipermudahkan urusan rezeki hari ini dan seterusnya.
*Yani Hardinata Hairuddin*
No comments:
Post a Comment