Ada yang masih rasa belajar tak tinggi, konfem kau hidup merempat.
Kerja tak berpangkat, konfem hidup kau melarat. Teori apa ni?
Betul, tapi itu kalau diri tak pernah berusaha untuk mengubah keadaan hidup diri sendiri. Sendiri yang pilih.
Kau rasa bila kau di atas, kau punya tiket nak menghina yang di bawah? Lupakah kau nikmat yang kau dapat, Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja tak cepat ataupun lambat?
Alangkah hinanya pandangan kau pada yang tak punya apa-apa sedangkan mereka jauh lebih bahagia penuh gelak ketawa bersyukur apa adanya.
Siapa kau nak menentukan susah senang hidup seseorang? Siapa juga kau yang nak menidakkan segala rezeki yang Allah akan sentiasa cukupkan untuk hamba-Nya?
Aku cuma mampu simpati kerana mentaliti kau yang terlalu buta dengan banyaknya harta dunia yang perlu dicampakkan di hadapan muka. Dan baru kau ada perkara yang hendak dibanggakan dan terasa mulia.
Moga Dia masih buka mata hati kau yang buta dengan taksubnya harta dunia, pangkat dan segala kebendaan yang tak akan abadi dibawa mati.
No comments:
Post a Comment