Wednesday, 22 May 2019

SALAM NUZUL AL-QURAN



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Salam Nuzul Al-Quran.

Nenas, Mamajuju 🍍

Tuesday, 21 May 2019

AIR NABEEZ KURMA

Tipulah kalau bulan puasa ni tak penat langsung kan? Dengan cuaca yang kadang-kadang panas. Mamajuju sendiri kadang rasa nak pengsan.

Tapi kenalah cuba bertahan sebab ada banyak tanggungjawab menanti uiii....Antaranya ialah dengan amalkan minum air nabeez.

Air nabeez kurma adalah air minuman yang tidak asing lagi di kalangam kita. Malah ada di kalangan ibu yang menyatakan bahawa air nabeez sebagai salah satu minuman penggalak susu. Wallahualam.
.
Kehebatan buah kurma, makanan sunnah dan kesukaan Nabi Muhamad s.a.w. KURMA adalah makanan sunah yang sangat digalakkan diambil pada ketika sahur dan berbuka. Ini kerana kurma sangat kaya dengan tenaga dan memiliki pelbagai komponen nutrien, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh.
.
Kurma memiliki fruktosa (gula ringkas) yang boleh memberi tenaga segera. Ia juga membantu dalam penghadaman.
.
3 biji kurma memiliki 80 kcal, 15 gm kalsium, 140 gm potassium dan 16 gm fosforus...ni baru 3 biji.Banyak betul khasiat nye.
.
Kerana itu air nabeez di katakan memiliki pelbagai khasiat. Kurma yang di rendam itu boleh di makan sebagai kudapan.
.
Cara membuat air nabeez :
.
1. Air suam satu gelas besar 300-400 ml
2. Kurma yang di carik-carik, saya terus mengeluarlan biji kurma tersebut.cukup dengan 3biji.nak lebih pun boleh.
3. Rendam kurma tersebut di dalam air suam semalaman.
4. Pastikan bekas air adalah tertutup.
5. Air rendaman itu di biarkan pada suhu bilik sahaja tidak usah di letakkan dalam peti sejuk.

Ibu²  boleh menggunakan mana2 kurma yang mudah untuk di dapatkan.

Mudah dan berkhasiat.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! 🤗


#AsmakDiamondRamadhan #Asmak #WeAreFamily #AirNabeez #NabeezKurma #KhasiatKurma #Kurma #MakananSunnah

KISAH SEVERE EKZEMA ADIK

Bila sebelum ni Mamajuju ada kongsikan tutorial rawatan untuk Ekzema, marilah kita throwback balik keadaan kaki anak Mamajuju masa si adik ni kena severe ekzema.

Ini adalah pengalaman pertama sampai tahap berdarah macam ni. Teringat lagi bila bangun pagi tengok kuku adik penuh darah. Rupanya time tidur dia sedap menggaru. Memang tak tunggu terus refer pakar.

Apa yang Mamajuju suka dengan doktor pakar ni (tak ingat nama beliau tapi dekat KPJ Ampang Putri). Beliau bukanlah yang terlalu pro pada penggunaan steroid & beliau pun kata steroid bukanlah sesuka hati nak apply. Bila ekzema , terus apply. Asal ekzema, terus sapu. Bukan. Ianya bergantung pada tahap serius atau tidak ekzema seseorang.

Doktor ni pun faham concern sesetengah parents yang tak berapa gemar anak-anak mereka dirawat dengan steroid. Teringat masa doktor ni rawat adik. "Ekzema kalau severe macam ni, kita tak boleh terus sapu krim steroid. Kita perlu cuci & rawat sampai yang kuning-kuning ni hilang. Bila dah hilang pun, tak perlu lumur krim sama macam pakai lotion tu. Memadai senipis yang boleh & hanya betul-betul di bahagian yang ekzema. Bila dah tak ada, tak perlu sapu."

Nak rawat adik masa kena severe ekzema ni memang memerlukan kesabaran. Mamajuju kena allocate masa tambahan sebelum pergi kerja untuk cuci luka (guna air biasa je) & sapu krim macam gel putih jernih ada antibiotik untuk rawat luka, bukan ekzema) & balut elok-elok sebelum pergi nursery. Memang selalu tawakal harap janganlah bandage tu terbuka. Pesan juga dekat ummu-ummu dekat nursery kalau waktu mandi jangan bagi kena air.

Tapi kita tak boleh expect lebih-lebih orang lain nak jaga anak kita macam kita jaga sendiri kan? Dapat jaga elok pun dah Alhamdulillah. Nasib baik doktor pun cakap rawat luka adik ni 2 kali sehari je. So sebelum tidur malam dah balik kerja, Mamajuju cuci lagi sekali.

Dan Mamajuju tahu apa pun kita buat untuk orang yang kita sayang takkan pernah sia-sia. Lepas beberapa minggu, Alhamdulillah cepat recover. Mamajuju tawakal instead terlalu bergantung pada krim hospital bagi, Mamajuju cuba juga teknik #MinyakHerbaAsmak & #BedakAsmak. Bukan tak percaya pada krim doktor yer. Cuma nak cuba cara semulajadi. Kena konsisten & sabar. Alhamdulillah sekarang cantik sikit kulit adik walaupun hitam manis tu tetaplah di situ. 😂

Biasalah budak ekzema ni ada pasang surutnya. Bila dekat kaki tu dah elok, jadi kat tempat lain si adik ni menggaru. Mamajuju memang standby je, jangan sampai jadi severe ekzema macam dulu. Ada few tempat tinggal parut, Mamajuju tinggal sapu bedak asmak untuk licinkan kulit adik je.

Terima kasih Allah! Terima kasih doktor! Terima kasih Asmak!


#ekzemafighter
#sajakongsi
#semogabermanfaat

Monday, 20 May 2019

KENAPA PERLU ADA COACH


5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU ADA COACH DALAM PROSES NAK TURUNKAN BERAT 👇🏼
.
1- SEMANGAT
Kita ni manusia semangat tu turun dan naik. Macam bateri pun kena caj.. begitu juga semangat kita ni. Kalau sorang2.. rasa tak semangat je lebih cenderung nak give up.
.
2- BERI ANDA ILMU YANG SESUAI DAN BETUL
Kadang2 bila kita terlalu banyak sangat membaca dan sedut ilmu diet sana sini.. kita akan jadi lost dan tak tahu mana satu yang boleh apply dengan diri kita ke tak. Last2 cuba semua benda tak jadi.. senang rasa nak give up.
.
3- KNOW HOW TO INSPIRE
Samada anda setuju atau tak, manusia akan decide untuk berubah bila dia terdesak atau terinspirasi. A good coach know how and who can inspire you. Samada dari group support atau success story orang lain.. yang akan trigger you to change
.
4- LEAD BY EXAMPLE
Coach tidak akan sesekali minta anda buat perkara yang kami sendiri tak buat. Apa kami share, itu kami sendiri lakukan
.
5- COACH PUN ADA COACH
Bayangkan saya yang dok Coach orang ni pun.. saya ada Coach saya sendiri tau. Inikan pula kalau anda baru nak mula. Trust me memang akan lebih mudah n flow je kalau ada orang selalu guide kita along the way ✅
.
Macam dalam video ni. Mungkin ada antara peserta ni.. kalau buat sorang2.. takkan ada energy nak buat macam bila buat ramai2 dengan ada Coach lead kan? So, boleh faham apa maksud saya? LIKE jika setuju dan faham 👍🏼

Kredit to Coach Fatin Najwa


#fitmalaysia #fitwithmamajuju

Sunday, 19 May 2019

BERMULA DENGAN APA YANG ADA


Dulu masa target nak beli rumah, cakap dekat suami no matter what, Mamajuju akan usahakan by umur 30 tahun mesti dah ada rumah sendiri. Alhamdulillah Allah makbulkan walau banyak dugaan dengan kena tipu bukan sikit2 masa beli rumah yang mula-mula dulu.

Bila rumah dah berpindah milik, dugaan lain menanti. Jumlah nak melabur betulkan rumah saja dah lari bajet walau yang basic, jadi kami decide buat mana yang penting dulu.

Sejujurnya resah dalam hati dan kepala ni Allah je yang tahu masa tu. Dah nak duduk memang tak ada cash yang cukup untuk beli walau perabot asas. Entah macam mana satu hari bukak akaun bank ada sejumlah refund yang Mamajuju sendiri tak tau dari mana, cuma orang bank cakap refund adjustment rumah. Tak faham jugak apa banker tu explain. Ye la nak tahu dulu betul ke duit kita kan. Rasa macam nak menangis time tu terus ajak suami pusing-pusing kedai 2nd hand beli perabot. Ya, Mamajuju tak malu nak share most of perabot dalam rumah, kebanyakannya 2nd hand. Alhamdulillah kebetulan kazen yang baik hati let go few perabot dia tanpa sebarang bayaran sebab nak migrate masa tu, Subhanallah! Allah Maha Mendengar segala kesusahan hati ini. 😭😭😭

Kebetulan masa tu dah berbisnes Asmak, jadi untung tu jugaklah guna untuk beli keperluan & peralatan rumah lepas dah bukak satu-satu hadiah kawen yang dah terperap lama. 😂

Dan harini Mamajuju rasa happy sebab dapat tukarkan langsir bilik sendiri dan anak-anak. 2 tahun lepas makcik yang murah hati bagi langsir yang dia tak pakai. Jadi kita guna je apa yang ada dulu walau dalam hati ni nak sangat hias bilik anak ada langsir kartun-kartun. Hihi..

Takpe kalau belum mampu adakan semua. Berdikit-dikit perlahan-lahan kayuh lengkapkan segalanya. Tapi jangan pernah mengalah dalam berusaha. Ramai yang berjaya harini pun bermula dari kepayahan dan merangkak dari bawah. 🤗

Alhamdulillah 2 tahun sudah di syurga kecil kami. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍


#selalukuat #selalupositif

Friday, 17 May 2019

BELAJAR BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI DAHULU

Belajar untuk melepaskan. Bila saya dengar Bella nak move on dah dari Toxic relationship beliau, saya rasa lega dan syukur. Tahniah! Kesian tengok Bella being strong for too long.

Kadang-kadang, kita terlalu banyak berkorban, tapi orang tak hargai. Terlalu banyak simpan, akhirnya makan diri.

Sometimes perlu hormat diri kita. Hargai diri kita. Saya selalu ajar orang supaya sayang diri sendiri. Jadi gembira, jadi tenang, jadi bahagia. Then baru kita boleh nak Bahagia kan orang sekeliling.

Hanya orang yang ada sahaja boleh memberi. Mana mungkin kita tidak Bahagia tapi nak memberi Bahagia? Mustahil. Tapi itu lah yang ramai kita buat. Kita sacrifice bahagia kita, dengan harapan orang yang kita sayang akan bahagia.

Tak. Its the other way around. Kita dulu kena bahagia, then automatic orang sekeliling kita jadi bahagia. Bila salah faham macamni yang masyarakat rosak. Sebab kita rasa, aku korban jiwa raga demi anak-anak. Aku seksa, aku sakit takpe, janji anak isteri bahagia. End up, diorang pun jadi tak bahagia. Kenapa? Sebab kita harap kita dapat memberi dari tempat yang kita tak ada.

Jadi, pastikan kita bahagia, then seluruh orang keliling kita automatic akan bahagia tanpa di paksa. Student saya dah ramai gila dah jumpa Magic dalam life bila mereka faham konsep ni.

Antara tanda kita hormat diri kita, dan respect kebahagiaan kita ialah kita cut out toxic people out of our life.

Ini ciri-ciri toxic people :

1. Those yang selalu buat kita rasa down. Tak kira apa pun kita buat, ada saja cara nak bagi kita rasa down. Ni toxic people.

2. Those yang tak reti menghargai value kita. These are energy vampires. Hanya spend energy kita pada orang yang menghargai.

3. Those yang sentiasa buat kita rasa terseksa. Doesn’t matter wather its kawan baik, kekasih or what ever. Whats the point Kalau sepanjang hidup terasa seksa? Let go.

4. Those who don’t support you. Orang-orang yang tak menyokong impian, cita-cita anda, kurangkan bergaul dengan mereka. Banyak bergaul dengan like minded people. Orang yang satu fikiran dengan kita.

5. Negative people. Orang yang sentiasa nampak negative dalam semua perkara. Ini jangan duduk dekat langsung. Lama-lama negative dia jangkit kat kita.

Letting go doesn’t mean that you don’t care about someone anymore. It’s just realising that the only person you have control over, is yourself.

Don’t dwell on what went wrong. Instead focus on what to do next. Spend your energies on moving forward towards finding the answers.

Love yourself first. Then you can give love to others. Hanya orang yang mempunyai, boleh memberi.

Saya doakan yang terbaik buat Bella InsyaAllah.

-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Thursday, 16 May 2019

BUAT WANITA YANG TERLUKA


"ANAK SUNGAI PUN BERUBAH, INI PULA HATI ORANG. MENGAPA DIKENANG?"

Marah, sedih bila terbaca artikel isteri diceraikan saat hamil, suami curang lebih dari sekali. Ya, tahu bukan hanya perempuan yang melalui rasa sebegini. Tak kurang juga kaum lelaki. Tapi disebabkan Mamajuju seorang perempuan, makanya ini pesanan kasih sayang buat kaum sejenisku. Moga nukilan ini dapat menjadi pemangkin semangat buat kalian wahai wanita.

Wahai para isteri yang ditinggalkan kerana adanya cinta yang lain dari sang suami , ketahuilah bahawa hati-hati yang meninggalkan itu hanyalah pinjaman buat kita. Pinjaman untuk kita merasa sedikit cebisan cinta yang akhirnya tidak dihargai selamanya.

Jika rasa kecewa menghiris rasa, lepaskan segalanya, menangislah semahunya. Kerana kita hanya manusia yang lemah jiwa saat dilukai insan yang kita impikan untuk sehidup semati.

Hati manusia ni Allah yang pegang dan bila-bila masa sahaja dengan kuasa-Nya mampu membolak-balikkan hati manusia. Tetapkanlah kepergantunganmu hanya pada Dia. Dia lebih tahu apa yang kau perlu dari apa yang kau mahu. 

Saat dirimu tidak disayangi lagi, masih ada insan-insan di sekeliling tetap selalu di sisimu. Jika punya anak, bangkitlah dari kelukaan ini demi anak-anakmu. Itulah harta paling bermakna dan amanah yang perlu kau jaga.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan sesuatu yang tidak pernah kita semua ketahui. Dari aku seorang wanita kepada seorang wanita yang terluka, aku tiupkan semangat yang termampu dan mendoakan masa akan menyembuhkan segala kekecewaan dan datangkan sinar baru dalam hidupmu.

Percayalah. Allah ada. Dia selalu ada. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍

#ilovemywomen
#selalukuat
#selalupositif

Wednesday, 15 May 2019

5 KARDIO UNTUK YANG TIDAK SUKA BERLARI

Siapa kat sini tak suka berlari? Mamajuju tak suka berlari sebab satu problem lutut dan bukan sejenis pantas berlari, kejap-kejap dah pancit weyh! Bhahahaha! Tapi bukanlah alasan korang tak boleh buat kardio yang lain
tau. Tak minat lari? 👇👇👇

✔️ NAIK DAN TURUN TANGGA. Bolehlah pilih untuk mendaki cepat, lompat melepasi satu anak tangga ke anak tangga lain atau lompat bersilang. (lateral high knee). Buatlah dalam 3 set naik turun tangga.

✔️ MELOMPAT. Cuba bermain skipping. Kalau tak nak skipping boleh cuba 5 set static step, cross leg & wall hell selama 30 saat. Tak mampu lompat tinggi-tinggi, buatlah rendah-rendah dulu.

✔️ BURPEES. Ini buat beginner termasuk Mamajuju memang hazab! Tapi takpe buatlah perlahan-lahan ikot step. Tak perlu gopoh-gopoh melainkan awak tu dah professional.

✔️ BERENANG. Ada yang kata berenang ni terapi satu badan. Lakukan beberapa kali putaran renang dengan gaya yang korang suka, atau berganti-ganti gaya untuk melibatkan lebih banyak otot dan mendapat hasil yang lebih baik.

✔️ JUMPING LUNGES. Untuk workout yang ni kalau tak mampu macam Mamajuju sebab lutut, carilah batang panjang atau pegang dinding untuk mengampu. Perlahan-lahan pun ok je.

Bersenam ni bukan lagi satu trend sebenarnya tapi lebih kepada gaya hidup. Macam korang suka makan sedap tambah-tambah pegi tempat makan viral. Macam dah jadi gaya hidup dengar tempat makan best, menderu nak cuba kan?

So apa salahnya kita buat senaman macam tu juga. Tak dapat banyak, usahakan sedikit-sedikit. Ini adalah salah satu rahsia untuk kekal fit dan berstamina. Mamajuju dah cuba dan rasa. Sakit badan tu biasa tapi jangan mudah putus asa. Kita buat ikot kemampuan kita okay?

Semoga bermanfaat. 🤗

#fitmalaysia #fitwithmamajuju
#selalukuat #selalupositif

Thursday, 9 May 2019

NEVER JUDGE!


Kadang kita tak boleh semudahnya menilai kenapa seseorang itu berubah menjadi versi yang lain.

Kita takkan pernah tahu jika kisah silamnya yang mencabar mengajar dia untuk menjadi seorang yang kental hatinya.

Kita takkan pernah tahu jika harini dia hanya mahu memilih untuk gembira kerana dia telah merasa puas terluka.

Kita takkan pernah tahu jika harini dia punya segala harta kerana dia telah merasa jerih perih kehidupan yang menyeksa jiwa.

Jangan menilai jika kita tak pernah ada dalam kehidupannya. Kan lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja?

Assalammualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍

#selalukuat #selalupositif

HENTIKAN TRADISI INI

Kita seringkali melihat anak-anak kecil dipaksa puasa. Kesian melihat kadang-kadang. Ibu berkeras mahu anak berpuasa sedangkan kanak-kanak masih kecil dan perut mereka belum sekuat orang dewasa.

Tahukah anda? Orang Arab sendiri hanya memaksa anak mereka berpuasa sekitar umur 11-12 tahun ?

Sepatutnya kita harus memaksa anak kita solat. Solat itu rukun kedua dalam rukun Islam. Disebabkan tradisi ini,makin ramai generasi yang wujud pada hari ini di kalangan mereka yang berpuasa tetapi tidak solat. Ye,ini fakta.

Terlalu ramai yang hanya berpuasa dan tidak solat. Dan segolongan lain pula berpuasa dan solat, tetapi solat itu dibuat sekadarnya,tidak menepati solat yang sempurna. Apabila solat tidak sempurna, ia tidak mampu menjadikan seseorang itu menjadi lebih baik.

Oleh itu usah pelik jika pada hari ini anda melihat terlalu ramai yang solat tetapi mereka masih bergelumang dengan maksiat. Masih melakukan kejahatan kecil dan besar.

Jika di surau tempat awam, pandangan biasa mereka yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat dengan sempurna tetapi mengerjakan solat. Ia sesuatu yang sangat baik. Di dalam hati juga mendoakan semoga mereka mendapat hidayah. Persoalan sekarang, di manakah silapnya?

Silap itu bermula dari rumah!

Sedari kecil ibu bapa lebih menekankan anak berpuasa berbanding solat. Pernahkah kita memeriksa cara solat anak kita,betul atau tidak. Atau mereka mengerjakannya sekadar syarat?

Oleh itu, henti-hentikanlah tabiat memaksa anak berpuasa sedangkan tidak memaksa anak solat. Jika anak solat sekalipun,usahlah memaksa mereka berpuasa terlalu awal kecuali mereka sendiri yang mahu dan anggap ia sebagai pengenalan,tak salah.

Apa yang salah bila memaksa. Dan kita harus memantau apabila anak berpuasa, tawarkan mereka untuk berbuka jika mereka tidak larat.

Kesimpulannya, paksalah dulu anak solat dengan sempurna,dan biarlah mereka berpuasa bila umur sesuai. Ajarkan puasa sebagai pengenalan sahaja dan benarkan mereka berbuka jika tidak mampu.

Ayuh, kita ubah tradisi ini.


#IhyaRamadhanbyAsmak #Asmak #WeAreFamily #MisiBiasakanYangBetul

Friday, 3 May 2019

VITAMIN C DAN SELSEMA


Tahukah anda pengambilan vitamin C dapat membantu mengurangkan gejala selsema?

Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

Terdapat sumber Vitamin C semulajadi seperti strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis.

Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selsema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

Semoga bermanfaat. 🤗

Kredit: my.theasianparent.com

#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak