Tipulah kalau bulan puasa ni tak penat langsung kan? Dengan cuaca yang kadang-kadang panas. Mamajuju sendiri kadang rasa nak pengsan.
Tapi kenalah cuba bertahan sebab ada banyak tanggungjawab menanti uiii....Antaranya ialah dengan amalkan minum air nabeez.
Air nabeez kurma adalah air minuman yang tidak asing lagi di kalangam kita. Malah ada di kalangan ibu yang menyatakan bahawa air nabeez sebagai salah satu minuman penggalak susu. Wallahualam.
.
Kehebatan buah kurma, makanan sunnah dan kesukaan Nabi Muhamad s.a.w. KURMA adalah makanan sunah yang sangat digalakkan diambil pada ketika sahur dan berbuka. Ini kerana kurma sangat kaya dengan tenaga dan memiliki pelbagai komponen nutrien, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh.
.
Kurma memiliki fruktosa (gula ringkas) yang boleh memberi tenaga segera. Ia juga membantu dalam penghadaman.
.
3 biji kurma memiliki 80 kcal, 15 gm kalsium, 140 gm potassium dan 16 gm fosforus...ni baru 3 biji.Banyak betul khasiat nye.
.
Kerana itu air nabeez di katakan memiliki pelbagai khasiat. Kurma yang di rendam itu boleh di makan sebagai kudapan.
.
Cara membuat air nabeez :
.
1. Air suam satu gelas besar 300-400 ml
2. Kurma yang di carik-carik, saya terus mengeluarlan biji kurma tersebut.cukup dengan 3biji.nak lebih pun boleh.
3. Rendam kurma tersebut di dalam air suam semalaman.
4. Pastikan bekas air adalah tertutup.
5. Air rendaman itu di biarkan pada suhu bilik sahaja tidak usah di letakkan dalam peti sejuk.
Ibu² boleh menggunakan mana2 kurma yang mudah untuk di dapatkan.
Mudah dan berkhasiat.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! 🤗
#AsmakDiamondRamadhan #Asmak #WeAreFamily #AirNabeez #NabeezKurma #KhasiatKurma #Kurma #MakananSunnah
No comments:
Post a Comment