"ANAK SUNGAI PUN BERUBAH, INI PULA HATI ORANG. MENGAPA DIKENANG?"
Marah, sedih bila terbaca artikel isteri diceraikan saat hamil, suami curang lebih dari sekali. Ya, tahu bukan hanya perempuan yang melalui rasa sebegini. Tak kurang juga kaum lelaki. Tapi disebabkan Mamajuju seorang perempuan, makanya ini pesanan kasih sayang buat kaum sejenisku. Moga nukilan ini dapat menjadi pemangkin semangat buat kalian wahai wanita.
Wahai para isteri yang ditinggalkan kerana adanya cinta yang lain dari sang suami , ketahuilah bahawa hati-hati yang meninggalkan itu hanyalah pinjaman buat kita. Pinjaman untuk kita merasa sedikit cebisan cinta yang akhirnya tidak dihargai selamanya.
Jika rasa kecewa menghiris rasa, lepaskan segalanya, menangislah semahunya. Kerana kita hanya manusia yang lemah jiwa saat dilukai insan yang kita impikan untuk sehidup semati.
Hati manusia ni Allah yang pegang dan bila-bila masa sahaja dengan kuasa-Nya mampu membolak-balikkan hati manusia. Tetapkanlah kepergantunganmu hanya pada Dia. Dia lebih tahu apa yang kau perlu dari apa yang kau mahu.
Saat dirimu tidak disayangi lagi, masih ada insan-insan di sekeliling tetap selalu di sisimu. Jika punya anak, bangkitlah dari kelukaan ini demi anak-anakmu. Itulah harta paling bermakna dan amanah yang perlu kau jaga.
Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan sesuatu yang tidak pernah kita semua ketahui. Dari aku seorang wanita kepada seorang wanita yang terluka, aku tiupkan semangat yang termampu dan mendoakan masa akan menyembuhkan segala kekecewaan dan datangkan sinar baru dalam hidupmu.
Percayalah. Allah ada. Dia selalu ada. ❤️
Nenas, Mamajuju 🍍
#ilovemywomen
#selalukuat
#selalupositif
#selalukuat
#selalupositif
No comments:
Post a Comment