Siapa pernah dengar mengenai Batuk Kokol 100 hari ?
Mende tu ??
Ni saya nak share dengan mummy dan daddy kat luar sana. Batuk Kokol ni atau mat salleh panggil Whooping Cough adalah disebabkan oleh bakteria pertussis (Bordetella pertussis) yang menyerang kerongkong dan saluran pernafasan penghidapnya.
Akibatnya, seseorang itu akan mengalami batuk teruk, kerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga tiga bulan. Masyarakat Melayu satu ketika dulu menamakan jangkitan bakteria pertussis ini sebagai batuk kokol 100 hari.
Menurut pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata bila seseorang itu dijangkiti bakteria ini, ia boleh berlanjutan sehingga beberapa minggu kadang berbulan juga. Secara klasiknya batuk itu dikenali sebagai batuk 100 hari, kerana kanak-kanak akan batuk sehingga mencecah tempoh itu.
"Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku dalam kalangan bayi berumur di bawah enam bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik, pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radang selaput otak (meningitis)."
Beliau berkata, kes batuk kokol dianggarkan membabitkan 20 juta seluruh dunia dan agak menyedihkan kerana 90 peratus daripada kes itu berlaku di negara sedang membangun.
Malaysia katanya tidak terlepas daripada kejadian batuk kokol ini malah data yang diperoleh daripada statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati kebanyakan negara yang mempunyai liputan vaksin DPT (difteria, pertusis dan tetanus) yang rendah, kes batuk kokol meningkat.
Pertussis ini boleh dielakkan sebenarnya dengan memberikan imunisasi kepada bayi anda seawal 2, 3, 5, & 18 bulan. Mereka yang bergejala juga katanya dinasihatkan tidak mencium bayi kerana bayi berisiko tinggi mendapat jangkitan pertussis.
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala penyakit itu untuk mengelakkan kesan lebih buruk.
So mummy dan daddy di luar sana pastikan anak anda dilindungi dengan secukupnya ya 😉
Semoga bermanfaat. 🤗
Sumber : Harian Metro
#info #batukkokol
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakGombak
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakGombak
No comments:
Post a Comment