Wednesday, 29 July 2020

KENAPA POTONGULER?


"Akak nak ambil dua paketlah Zu. Satu nak bagi kakak cuba."

Bila opismate nampak sharing pasal Potonguler, terasa nak cuba. Tak salah pun bila ada kesedaran untuk kurangkan pengambilan gula putih ni. 

Bukan apa, ada pepatah melayu pesan ‘beringat sebelum kena’. Selagi boleh kurangkan, kita cubalah kan? Takkan bila dah sakit, dah tak boleh nak makan macam-macam, masa tu baru nak menyesal?

Tapi tu lah. Bila tak kena lagi susah nak beringat. Malah tak ambil peduli pun. Suka benor guna ayat, "Sementara sihat ni makan la semua benda. Nanti dah sakit tak boleh makan dah." Nak minta sakit tu datang ke? Tanya je.

Apa salahnya dari sekarang kita cuba mula beringat sikit-sikit dan jaga pemakanan kita supaya sentiasa sihat dan dapat makan apa yang kita suka sepanjang hidup kita. 

Bukan nak suruh berhenti terus makan makanan yang tinggi gula, lemak dan berminyak. Tahu, bukan mudah nak tinggal terus. Cuma kurangkan dan pilihlah alternatif yang lebih sihat. Contohnya kurangkan gula dalam masakan dan minuman ataupun cari alternatif lain seperti stevia. 

Sebab itu Mamajuju suka nak kongsi pasal Potonguler.  Dah tentu-tentu 100% tanpa gula putih. Ada 70% kandungan susu dan 30% pemanis semulajadi rendah kalori.

Lepas ni nak makan manis pun dah tak risau dengan adanya Potonguler. Kita sama-sama ikhtiar jaga kesihatan. Ketepikan mindset yang menghalang kita untuk beralih kepada gaya hidup sihat.

Boleh ke boleh?

==============================

Bantu saya kurangkan pengambilan gula putih dengan #Potonguler! 🙏

Krimer Susu (350ml) RM8.00
Krimer Coklat (250ml) RM6.00

https://BantuSayaKurangkanGula.wasap.my

#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor


Monday, 27 July 2020

MENGAPA EMAS MAHAL?


Pada kebiasaannya sesuatu barang menjadi mahal oleh kerana dua sebab utama, iaitu sama ada ia sedikit ataupun ia mempunyai banyak kelebihan. Emas memiliki kedua-dua ciri ini.

Selain itu, ia mempunyai permintaan yang tinggi dan pengeluarannya pula melebihi penawaran. Faktor-faktor seperti suasana politik, bencana alam,kenaikan harga komoditi terutamanya minyak juga mampu memberi kesan kepada harga emas.

Faktor inflasi juga memainkan peranan.

Inflasi secara mudah membawa maksud kadar kenaikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dalam tempoh tertentu.

Kesannya dapat diperhatikan pada kenaikan harga barang pada setiap tahun.

Hakikatnya ia adalah penyusutan nilai wang manakala kesannya menyebabkan wang fiat yang disimpan semakin menurun nilainya.

- Nfam

Friday, 24 July 2020

20K ATAU BOYFRIEND?

Lalu-lalang cerita 20k ni. Sebenarnya Mamajuju tengok setiap episod sebab kebetulan bila bukak youtube ternampak. Ini pendapat peribadi Mamajuju. Kalau berbeza, kita raikan, bukan mengecam.

Tanya diri masing-masing. Siapa nak hidup susah kalau diberi pilihan? Kita tatau kesusahan apa yang mungkin seseorang tu dah lalui. So, don't judge.

Kalau pasangan suami isteri, mungkin pilihan yang ada untuk terus kerja kuat nak ubah nasib. Tapi kalau baru gf atau bf, mereka berhak pilih yang terbaik. Tapi kalau yang memang betul sanggup susah sama-sama, terpulang. Asal tak ada mengungkit belakang hari. Masalah pasangan sekarang ni, tak semualah. Kadang bila time susah, mula mengungkit satu sama lain. Cerita zaman purba pun boleh dikorek.

Sekarang ni tak ada yang tak pandang duit. Cuma jangan sampai jadi hamba duit. Dan betul duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit. Kalau untuk beli keperluan asas pun susah, masih kata seseorang perempuan tu mata duitan?

Dah tak ada zaman lautan api sanggup direnangi bagai. Bukan soal sebab pandang material tapi kadang kita jadi manusia pun hipokrit, boleh hidup susah konon. Tapi bila datang susah sikit pun dah meroyan.

Dan kena faham kita nak senang ni bukan untuk kita semata-mata. Tapi untuk bantu sesiapa yang kita mampu. Paling tidak dapat belanja mak bapak kita, adik-beradik kita tanpa perlu berkira.

Haishhhh, nakpa kau tok??

Mamajuju,
8.57pm, 24/7/20

Friday, 17 July 2020

KISAH SERAM PUTUS STOK

"Jangan putus stok tau. Saya dah serasi guna ni. Susah kalau tak ada sebab rambut gugur memang dah kurang sangat dari dulu." Ingat tak seram bila customer keluar statement macam ni pasal Asmak Hair Care?

Shampoo Bunga Raya yang all in one sekali untuk merapi rambut korang tu salah satunya sesuai nak kurangkan masalah rambut gugur.

Dah kalau gugur teruk sampai ada 'denai' , tak jadi resah hati tu? Salah satu ramuan bunga raya tu boleh jadi agen melawan keguguran rambut, bantu meningkatkan kesihatan kulit pada rambut selain jadi perapi.

Bau wangi semerbak tentu-tentu korang dapat. Berkali-kali suami teleng kepala cari mana datang bau wangi ni? Kalau lewat malam, naik seram jugak gais.

Bila kes gugur teruk sangat, masa malam nak tidur & rambut dah betul-betul kering, manjakan rambut dengan Hair Moisturizer with Serum. Boleh jadi sumber vitamin untuk rambut dengan dua kali lebih cepat mengatasi masalah rambut gugur.

Bila rambut jadi lembap, bangun pagi nak sikat pun, tak kusut masai terutama kalau rambut kerinting. Boleh lupakan cerita tersekat pada skala lapan belas sekali pun.

Rambut ni mahkota orang perempuan kan? Kalau mahkota, kita nak kena jaga macam mana? Mestilah elok-elok, tak gitu?


http://wa.me/60193392160 

Thursday, 16 July 2020

KITA ENJOY!

"Tinggal manis ni yang susah nak buat. Macam mana nak diet ni?!"

"Aku suka makan kek. Segala manisan semua jadi kalah, tak boleh tahan tengok."

"Mana boleh kalau tak dapat mengeteh dengan mengopi lagi?"

"Sekarang tak boleh sangat minum air manis. Takut kencing manis ni makin melarat nanti."

Macam-macam alasan dan sebab bila nak suruh kurangkan pengambilan benda yang manis dalam makanan atau minuman seharian kita kan?

Tapi kalau dah boleh dapat cara untuk tetap menikmati manisan, mana boleh nak tolak dengan krimer susu & coklat #Potonguler ni!

Mana nak cari krimer susu & coklat pertama di dunia tanpa gula putih yang terhasil dari susu sebenar New Zealand yang berkualiti macam ni? Kandungan susunya 70% dengan 30% pemanis semulajadi pulak tu.

Pendek kata bonus untuk semua golongan yang nak gantikan gula putih.

Benda baik pasti suka sangat nak kongsi


Bantu saya kurangkan pengambilan gula putih dengan #Potonguler! 🙏

Krimer Susu (350ml) RM8.00
Krimer Coklat (250ml) RM6.00

https://BantuSayaKurangkanGula.wasap.my

#SayNoToGulaPutih
#StokisPotongulerSelangor

CLOSE SALE DENGAN WASAP VOICE NOTE

Apa bezanya kalau kita berkomunikasi dengan cara menaip atau bercakap dalam wasap guna voice note bila nak kelos sel? 👇👇👇

Nada suara dan emosi masa berkomunikasi dan berurusan akan jadi berbeza.

Dulu Mamajuju suka juga menaip dalam wasap setiap kali explain pasal produk Asmak. Tapi lama-lama tu rasa macam personal touch dengan pelanggan maciam tak sampai. Ada juga pelanggan yang selesa untuk kita call terus je kan? Yang mana tak tu, kita boleh guna pendekatan voice note.

Setiap kali pelanggan bertanyakan tentang produk yang kita jual, cubalah sesekali bertukar cara dengan wasap voice note ni. Sesekali kita cuba asah skill kita bercakap tentang produk yang kita jual.

Walau tak semua, tapi bila pelanggan dengar suara kita dan cara penerangan kita yang jelas dan menyakinkan, tak mustahil dari satu barang dia nak beli, boleh grab terus apa-apa set kombo.

Kalau dah sakan guna wasap voice note tu janganlah komunikasi kita menjadi terlalu mendesak pulak. Elakkan menjual barang yang tak diperlukan pelanggan hanya kerana kita nak mengaut untung semata-mata. Kalau betul nak ikot syariah compliance, semua tu perlu diambil kira. Bak kata omputih tu, "Just go with the flow." Jangan gelojoh sangat ek?

Sebagai contoh dalam lima yang approach kita untuk membeli, InshaAllah dua akan cuba menambah produk walau hanya trial set jika cara pendekatan yang kita gunakan tu betul. Yang paling pentingnya janganlah gugup masa explain sebab kita nak cuba dapatkan kepercayaan pelanggan untuk beli produk kita. Kita layan pelanggan macam kawan supaya mereka rasa dekat dengan kita.

Janganlah risau pasal suara sedap ke tak sedap. Bukannya suruh menyanyi. Huahuahua.

Cuba tau. InshaAllah moga bertambah luas rezeki kalian!

Love, Mamajuju. 🍍

Wednesday, 15 July 2020

MAAF, CUMA TAK LUPA

Biasakan dengar pepatah, "Kita boleh memaafkan tapi takkan boleh melupakan."?

Mamajuju ni jenis tak amek port sangat apa pun orang nak kata. Tapi ia cuma akan jadi terkesan bilamana manusia yang kita rasa kita kenal dan sebaliknya luar dan dalam rupanya bukanlah yang betul-betul kita kenal.

"Kau belajar tak susah."
"Kau tak belajar apa aku belajar."

Hanya kerana background   kita Business Admin (Hons) Finance with Multimedia dan course hanya 3 tahun tanpa praktikal. Jadi kenapa?

Kejayaan kita harini bukan diukur dari susah atau senang masa kita belajar. Tapi usaha kuat yang berterusan untuk capai apa kita nak dalam hidup. Tapi takpe. Dah lama maafkan. Cuma ayat tu je masih berlegar dalam kepala.

Tapi dengan ayat tu juga minah yang belajar tak 'susah' dan tak ambil subjek 'canggih' ni, tetap ke depan melebihi manusia yang pernah memperlekehkan Mamajuju satu ketika dulu. Tak perlu nak list satu-satu. Cukup masing-masing tahu di mana tahap kita berada sekarang.

Posting ni buat mereka yang mungkin pernah diperlekehkan manusia yang kita anggap rapat tapi hakikatnya sangat jauh dari kita. Jalan terus dan buktikan kita boleh lebih ke hadapan. ♥️