Biasakan dengar pepatah, "Kita boleh memaafkan tapi takkan boleh melupakan."?
Mamajuju ni jenis tak amek port sangat apa pun orang nak kata. Tapi ia cuma akan jadi terkesan bilamana manusia yang kita rasa kita kenal dan sebaliknya luar dan dalam rupanya bukanlah yang betul-betul kita kenal.
"Kau belajar tak susah."
"Kau tak belajar apa aku belajar."
Hanya kerana background kita Business Admin (Hons) Finance with Multimedia dan course hanya 3 tahun tanpa praktikal. Jadi kenapa?
Kejayaan kita harini bukan diukur dari susah atau senang masa kita belajar. Tapi usaha kuat yang berterusan untuk capai apa kita nak dalam hidup. Tapi takpe. Dah lama maafkan. Cuma ayat tu je masih berlegar dalam kepala.
Tapi dengan ayat tu juga minah yang belajar tak 'susah' dan tak ambil subjek 'canggih' ni, tetap ke depan melebihi manusia yang pernah memperlekehkan Mamajuju satu ketika dulu. Tak perlu nak list satu-satu. Cukup masing-masing tahu di mana tahap kita berada sekarang.
Posting ni buat mereka yang mungkin pernah diperlekehkan manusia yang kita anggap rapat tapi hakikatnya sangat jauh dari kita. Jalan terus dan buktikan kita boleh lebih ke hadapan. ♥️
No comments:
Post a Comment