Monday, 27 July 2020

MENGAPA EMAS MAHAL?


Pada kebiasaannya sesuatu barang menjadi mahal oleh kerana dua sebab utama, iaitu sama ada ia sedikit ataupun ia mempunyai banyak kelebihan. Emas memiliki kedua-dua ciri ini.

Selain itu, ia mempunyai permintaan yang tinggi dan pengeluarannya pula melebihi penawaran. Faktor-faktor seperti suasana politik, bencana alam,kenaikan harga komoditi terutamanya minyak juga mampu memberi kesan kepada harga emas.

Faktor inflasi juga memainkan peranan.

Inflasi secara mudah membawa maksud kadar kenaikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dalam tempoh tertentu.

Kesannya dapat diperhatikan pada kenaikan harga barang pada setiap tahun.

Hakikatnya ia adalah penyusutan nilai wang manakala kesannya menyebabkan wang fiat yang disimpan semakin menurun nilainya.

- Nfam

No comments:

Post a Comment