Wednesday, 15 July 2020

3 TIPS UNTUK MENARIK PROSPEK DAN PELANGGAN JATUH HATI.

Setiap yang berbisnes semestinya untuk menarik minat prospek dan pelanggan sedia ada untuk membeli. Tetapi tak semua yang kita sebagai seller jual akan terus ada yang membeli. Bagaimana kita boleh cuba menarik minat prospek dan pelanggan?

1. Betulkan niat kita berbisnes. Baik pelanggan sedia ada yang terus setia dengan kita ataupun yang hanya baru bertanya-tanya tentang produk kita, tetapkan rasa kesyukuran di atas nikmat dari-Nya.

Sebab apa kita perlu bersyukur pada prospek yang hanya bertanya sahaja tanpa membeli? Kerana sekurang-kurangnya Allah telah bukakan hati prospek memilih untuk bertanya tentang produk kita. Sebagai contoh bila Mamajuju menjual Asmak, ada yang akan bertanya apa kandungan bahan-bahannya, sesuai untuk umur berapa, dan sebagainya. Layan sebaik yang kita mampu selagi tak memudaratkan. Tak mustahil jika kita ikhlas berkongsi, senarai prospek akan bertukar kepada pelanggan. Walau belum menjadi pelanggan, kita sudah pun mempunyai database yang berguna untuk rujukan. Database ia a king gais!

2. Sentiasa mengucapkan terima kasih dan zahirkan penghargaan kita kepada para pelanggan sedia ada dan juga prospek. Mungkin ada di kalangan prospek yang belum bertukar menjadi pelanggan, tetapi layan sama rata tanpa memilih dan prejudis.

Kadang kita suka melihat pelanggan yang kurang membeli atau tak berbelanja lebih pada barangan kita sebagai pelanggan yang tak ada bajet. Jangan rasa macam tu sebab sesiapa yang datang pada kita baik membeli dengan nilai kecil ataupun besar, itu adalah rezeki yang Allah bawakan untuk kita.

3. Elakkan di awal perkenalan untuk terus berjualan. Haaaa biasa kan terus add, baru kenal dah terus menjual? Belum lagi yang suka tag sana sini kan? Rasanya prospek rimas tak? Sama juga buat pelanggan sedia ada. Janganlah kita asyik spam mereka dengan ayat-ayat jualan.
Kurangkan aktiviti 'hard sell' terutama dan perbanyakkan 'softsell'. Mulakan dengan perkongsian yang bersifat umum, isu-isu semasa atau tips dan info yang bermanfaat sesuai dengan produk yang kita bisneskan. Macam Mamajuju, ada masa kita kongsikan cara merawat batuk kahak dengan air suam dan lemon atau berkongsi langkah-langkah pencegahan untuk elak dari terkena batuk kahak dan selsema. Tekankan teknik "KNOW, LIKE, TRUST (KLT)" terlebih dahulu sebelum memulakan langkah untuk berbisnes. Ini membuatkan prospek lebih selesa kerana tiada unsur paksaan.

Semoga bermanfaat buat semua para usahawan!

Love, Mamajuju. 🍍

Stokis Asmak Gombak

No comments:

Post a Comment