Semalam sebelum tidur sempat dengar satu perkongsian tentang ciri-ciri isteri yang baik dan solehah.
Salah satunya adalah membantu suami menjadi suami yang baik. Sebagai contoh tentang aurat. Kita sebagai wanita memang dah tahu kan batas aurat? Jadinya bukan kita terus menyalahkan suami bila tak cakna pasal aurat. "Abg tak didik saya." "Awak tak tegur saya." Kita semua pernah ada pengalaman belajar agama dan kita tahu. Bukan terus menyalahkan suami 100%.
Dalam perkongsian yang Mamajuju dengar tu juga seorang isteri yang baik dan solehah, adalah menjadikan suaminya seorang anak yang baik kepada ibubapanya. Contoh selalu membantu suami untuk menjalankan tugas yang baik kepada ibubapanya. Isteri ingatkan suami selalu telefon mak ayahnya. Bila birthday, ajak suami belikan hadiah. Kalau dah rasa lama tak balik, ingatkan suami dah lama tak jenguk mak ayah. Isteri bantu suami ingatkan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki kepada ibubapanya.
Kalau isteri betul-betul buat tugasnya, berbakti, buat baik, InshaAllah suami akan berubah ke arah yang lebih baik. Tapi berbuatlah kerana mahu mendapat keredhaan Allah.
Assalammualaikum para isteri yang baik dan solehah! ❤️
#CelotehMamajuju
#StokisAsmakGombak
No comments:
Post a Comment